Usai makam malam, kami sekeluarga akan duduk di ruang tamu utama menonton berita. Khusyuk sungguh Illa dan Tok Ayah menonton berita bola sepak." hmmm.. like grandfather like granddaughter sungguh. Kalau bab bola, tengok lah muka sorang-sorang tu" Tok Maa membebel.
Yuni dan Ara mengangguk setuju. " hah! Kan tak dengar pun apa yang kita cakapkan ni" comment Tok Maa lagi.
" hmmm.. Illa naik dulu lah Tok Ayah, Tok Maa. Banyak lagi kerja yang tak siap" Tok Ayah mengangguk.
Illa terus mencium tangan tua Tok Ayah dan Tok Maanya. " korang tak ada kerja sekolah yang nak disiapkan ke??" Illa berpaling ke arah sepupunya yang sedang seronok bersantai di atas sofa Cleopatra mewah milik Tok Maa itu.
" ermm.. kejap lagi lah" Illa hanya mengangguk perlahan lalu terus menuju ke biliknya yang berada di tingkat paling atas.
Illa terus menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok. Tekun dia menyiapkan nota PAI yang Ustazah Filzah inginkan. Earphone menjadi peneman setia sedari tadi. Dari satu lagu, ke satu lagu.
Sedang leka menulis, Yuni dan Ara terus menyerbu masuk ke dalam bilik gadis itu. Terkejut dia dibuatnya. " Kau orang ni, main redah aja. Ketuk lah dulu pintu tu" marah Illa.
Mereka tersengih. " Alah... dah ketuk. Kau tak dengar. Jadi kitorang redah lah" jawab Yuni.
Tanpa dipelawa dia terus dudk di atas sofa berwarna hitam bersulam benang emas itu. Diikuti dengan Ara disebelahnya.
" korang berdua nak apa?"Illa kembali duduk di atas kerusi meja studynya. " Illa, temankan kitorang ke bilik kerja Tok Ayah kejap" berkerut-kerut dahi Illa.
" perlu ke aku temankan? Eh kawan! Kau dah besar Tak perlu aku temankan. Dah lah, aku nak siapkan nota. Nanti tak pasal-pasal Si Mira Filzah a.k.a Ustazah baling kasut" bebel Illa.
" alah... jom lah Illa. Backup kitorang. Tok Ayah dengar cakap kau" pujuk Yuni.
"Kalau aku tak nak?" dan.. dia nampak wajah evil Yuni.
" Aku akan pastikan kau takkan mampu siapkan nota PAI kau macam mana sekali pun" nak tak nak, Illa akhirnya mengalah.
Entah apalah yang mereka berdua hendak lakukan kali ini. Sampai sahaja di bilik kerja Tok Ayah, Ara mengetuk pintu sebelum meredah masuk.
" ada masalah ke?" lelaki tua itu bertanya.
" erk.. Tok Ayah, sebenarny kami nak berunding sesuatu dengan Tok Ayah" Yuni berkata.
Illa mengambil tempat di sofa kulit dan dia mencapai sebuah buku milik Tok Ayah yang menarik perhatiannya.
" berunding tentang?" perhatian kini dialihkan kepada dua orang cucu dia yang teramatlah nakal itu.
" kitorang sebenarnya kesian tengok Pak Man. Asyik berkejaran aja nak hantar kitorang, hantar Mak Jah pergi pasar, hantar and ambil Tok Ayah dan Tok Maa, so cadangan kami untuk ringankan beban Pak Man ialah Tok Ayah kena benarkan kitorang bawa Vespa comel dekat dalam garage bawah tanah tu. Cun kan idea tu?" Yuni bersunggug-sungguh mencadangkan ideanya kepada Tan Sri Haji Alauddin.
" No!" pantas Tok Ayah membangkang.
" tapi Tok Ayah, niat kami murni tau Tok Ayah. Pleaseeee... Tok Ayah" Ara cuba memujuk.
" no still mean no. Korang tak ingat apa yang jadi bila Tok Ayah bagi korang drive? Ingat tak? Tak pasal-pasal kaki Illa patah" kedua-duanya terdiam.
Disebabkan Ara dan Yuni lah kaki Illa patah. Sebab mereka langgar pokok menyebabkan mereka jatuh dan Vespa yang di bawa jatuh ke atas kaki sepupu mereka itu.
Tak pasal-pasal berbulan juga Illa duduk di runah dan belajar di rumah akibat tidak dapat berjalan.
" alah tu dulu Tok Ayah. Sekarang memang janji akan bawa Vesp tu elok-elok. Janji Tok Ayah" Yuni masih mood memujuk.
" betul tu Tok Ayah. Masu tu tengah excited nak bawa benda alah tu. Sekarang dah tak. Pleaseeee Tok Ayah" Ara dan Yuni separuh merayu.
" Tok ayah tak nak apa-apa jadi dekat korang aja. Tak payah lah. Nanti Tok Ayah ambil driver baru untuk korang kalau kesiankan Pak Man" Tan Sri Haji Alauddin memujuk lembut dua orang cucunya yang keras kepala itu.
" tak nak Tok Ayah! Illa back up lah kitorang!" Ara berkata dan memandang tajam ke arah Illa yang khusyuk membaca buku. Entah buku apa yang dibacanya.
"alah Tok Ayah, bagi aja lah diorang tu bawa Vespa. Bukan laju mana pun Vespa tu" Illa and buku memang tak boleh dipisahkan.
Kalau dapat buku memang tak hiraukan orang sekeliling. " haaa.. dengar tu Tok Ayah. Illa pun cakap tak apa" Tan Sri Haji Alauddin mengeluh.
" biar Tok Ayah fikirkan terlebih dahulu. Apa kata korang naik ke bilik dan siapkan homework. Esok Tok ayah bagi jawapannya" Yuni terus menghentak kaki dan keluar dari bilik kerja Tok Ayah.
Diikuti dengan Ara. Merajuk lah tu. Memang macam tu perangai Ayuni Wathiqah dan Farha Umirah kalau tak dapat apa yang diorang mahukan.
Dia memandang pula kearah cucu dia yang seorang lagi. "Illa" dia menyeru nama gadis itu. Memang persis menantunya.
"iya Tok Ayah" Illa bangun dari duduk. "dah siap kerja sekolah?" Tan Sri Haji Alauddin suka berbual dengan cucunya yang ini. Adila Medina lebih matang.
Pendiam sikit dari yang dua orang tu. "sikit lagi Tok Ayah" dia menjawab. " Illa tak nak bagi pandangan atau apa yang patut ke?" Illa menutup buku dan tumpuannya 100% kepada Tok Ayah kesayangan.
" well to me cadangan Tok Ayah nak ambil driver baru tu Illa setuju sebab kesiankan Pak Man. Dia kan dah tua. Kena kesana kemari. Bukan dia muda belia lagi. So, driver baru tu I setuju. Kalau berkaitan dengan Ara dan Yuni, Illa rasa dah tiba masanya untuk Tok Ayah bagi diorang berdikari. Kalau tak sampai bila Tok Ayah nak manjakan diorang termasuk Illa sekali. Berkaitan kaki Illa yang patah tu, tak perlu diugkit lagi kot. Kejadian tu dah hampir setahun berlalu. Masa tu kami 16 tahun. Insyallah sekarang ni masa yang sesuai. Just think about it. Sometime you have to teach us macam mana hidup susah" lelaki itu diam
" lagi satu Tok Ayah, buat apa beli Vespa limited edition tu kalau Tok Ayah tak benarkan kami membawanya. Bagi ajalah diorang bawa." sambung gadis itu lagi.
" Tok Ayah bukan apa, bimbangkan Yuni. Kalau dapat moto or kereta, dia bawa macam tengah race dekat litar sepang" gadis itu ketawa kecil.
" setuju! Insyallah tak ada apa-apa. Lagipun it just a Vespa. Not a big deal. Lagi satu, nanti kalau belajar luar negara mesti dah tak boleh bawa vespa tu. Tok Ayah renung-renungkan lah. Illa dah nak naik. Ada sikit lagi kerja yang perlu disiapkan" Illa terus keluar dari bilik kerja Tok Ayah.
-----------------------------------------------------------
Alhamdulilah.. done untuk Vespa part 1 ni. Kalau nak tahu Ara dan Yuni ni memang keras kepala. Cakap dia aja yang nak ikut. hahahaha... Dan yang selalu jadi mangsa pastilah.. ILLA!
Kalau nak tahu what next, baca next chapter. Vote if you guys like it and Comment untuk sebarang cadangan. PEACE YOO...
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...