ARA POV
Hari minggu datang lagi. Illa seperti biasa gym. Yuni ada dalam BLTT layan cerita The Good Dinosaur. Malas aku nak join. So, aku ambik keputusan untuk duduk di Animal Planet. Bagi makan arnab lagi bagus.
" Ara" aku berpaling. Tariq Akhtar. " Hah! ada apa Ariq?" Aku menggosok arnab lembut. " Erk... aku nak minta tolong kau" dahi aku berkerut. " minta tolong apa? Boleh tak cakap terang-terang" Tariq menggosok leher. Dia duduk di sebelah aku.
" erm.. macam ni, aku kan selalu buat Illa marah.. jadi aku nak..nak.." aku mengangkat tangan. " okay aku tahu maksud kau. Tak payah sambung. Well.. kau ingat tak yang kau pernah langgar Illa dekat taman sampai IP dia rosak" teragak-agak dia mengangguk. " so, sebagai tanda maaf kau, kau belikan lah dia IP baru. Illa pakai IP 5s yang lama tau. Nak pergi beli dia malas. Aku cadangkan kau beli warna hitam. And the rest pandai-pandai kau lah. Belikan dia novel ke, chocolate ke" bersemangat aku berkata.
Tanpa mengucapkan apa-apa Tariq bangun dan berlalu meninggalkan aku. " Sama-sama!!" aku menyindir. Geram aku dengan Tariq ni. " Thanks Ara" aku mendengar sayup-sayup kedengaran suaranya. Macam-macam lah Ariq ni. Diorang ni macam tak boleh dijangka. Kejap okay, kejap tak bercakap. Pelik sungguh aku dengan
Aku perasan yang Tariq ni cepat marah. Cepat melinting. Event dengan sepupu dia sendiri. " Hantu Pink!!" haih mambang ni nak apa lah... patahkan mood aku dipagi hari. Dah lah tak minta maaf lagi dengan aku sebab tengking aku. Alah... pasal kes gegedik tu. Still berlarutan.
Masa pementasan teater tu pun, aku buat dia macam tak wujud. " Woi.. kau masih marahkan aku ke?" aku hanya diam. " Tak best ah macam ni, kalau pasal gegediks tu kau jangan lah marah sangat. Aku cakap macam tu sebab nak berhenti gaduh. Aku tak nak kau sakit. Perempuan gaduh, lagi teruk dari lelaki gaduh. Lagipun kau dah kurus macam tu. And satu lagi maruah. Maruah kenalah jaga. Kalau gegediks tu saman kau, tak ke maruah Tok Ayah akan jatuh. Aku marah bersebab. Aku ni bukan cepat sangat marah macam Ariq, aku harap kau faham" sepanjang aku berkenalan dengan Zefrieq Shafeen, tak pernah lagi aku dengar suara dia selembut ini.
Hati perempuan aku tersentuh dengan kata-katanya. Terharu pun ada. " Tak best lah tak gaduh dengan kau. Rasa hidup aku tak lengkap. Janganlah merajuk Ara" aku memandang lelaki itu. " okay.. boleh! Tapi dengan satu syarat" aku tersenyum. Otak nakal sudah memainkan peranan.
" okay.. aku rela kotakan syarat kau tu. Asalkan kau nak gaduh dengan aku balik" aku pandang muka dia tak percaya. Ada juga orang macam ni dalam dunia ni. " Aku nak kau masakkan aku nutella pancake" aku dari semalam lagi nak makan pancake. " senang aja tu. Kacang. Ambil kura-kura Yuni nama pancake tu, lepastu kau sapu nutella. Siap" aku berdekah-dekah ketawa. Bongok lah dia ni.
" Mahu patah gigi aku makan pancake dalam sangkar Yuni tu" Zefrieq tersengih. Berjaya juga dia dia buat Ara ketawa. Gumam Zefrieq. " Haha.. paling teruk pun gigi jadi rongak aja. Jom lah. Kau nak makan pancake sangat kan. Aku akan make sure, kau akan craving nakkan pancake aku" Zefrieq sudah bangun meninggalkan aku. Ini sudah bagus.
Arnab segera diletakkan di dalam sangka dan aku mengejar Zefrieq yang sudah menuju ke dapur. " Okay we need tepung, susu, telur, and most important ingredients is nutella. Chop..chop Ara" semua bahan yang disebut aku keluarkan. Zef mencapai apron lalu disarung. Aku ralit memandang Zef mengacau bahan-bahan.
Nampak hot aja orang lelaki memasak. Nampak macam professional aja. Tiba-tiba Zefrieq mencalit tepung ke pipi aku. " Zefrieq!" dia ketawa. Aku caai tepung dan membaling ke arahnya. ops.. terbanyak. Habis putih baju warna hitam dia. Aku menutup mulut.
Aku ingat dia nak maraha, tapi dia tersenyum cantik. Terkesima aku dibuatnya. Dengan itu perang tepung berlaku. Habis kotor dapur. Jeritan aku dan ketawa Zefrieq sahaja yang dapat di dengari. Nasib Tok Maa dan Tok Ayah tak ada. Diorang pergu usrah di Masjid. Mak Jah dan Pak Man ke pasar. Kak Su entah dengar entah tidak suara kami.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...