ILLA POV
Hari ni aku turun agak lewat untuk breakfast. Ara dan Yuni sudahpun berada di meja makan. Tok Ayah dan Tok Maa juga turut bersama. Aku menguap. Masih lagi mengantuk. Mana tidaknya, kami tidur hampir jam 2 pagi kerana menonton Maze Runner.Demam aku sudahpun okay. And aku sihat seperti biasa. Alhamdulillah. Aku segera duduk disebelah Ara dan berhadapan dengan Yuni yang duduk di sisi Tok Maa.
" how are you today?" Aroma Nasi Lemak membangkitkan selera aku.
" felling so great" pinggan dicapai. Nasi lemak pantas disenduk ke dalam pinggan.
Sambal bilis! Macam yang aku suka. " Illa, tak payah pergi lagi basketball practice. Illa baru aja baik. Badan still lemah" aku mengeluh.
" baiklah Tok Maa. Illa balik awal hari ni" aku hanya akur.
" Illa, kau nak naik dengan aku ke? atau dengab Yuni?" Ara menyoal sambil memasukkan sesudu nasi lemak ke dalam mulut.
" mana-mana ajalah" jawabku. Balik nanti siapa nak ambil? aku bermonolog sendiri.
" Tuan! Dia dah sampai" tiba-tiba Abang Daud, pengawal keselamatan Vila muncul di ruang makan.
Kepada kami dia menunduk sedikit. Aband Daud ni anak kepada Mak Jah dan Pak Man. Isteri dia Kak Su sekarang tengah cuti di kampung. Jadi, tinggal lah Abang Daud seorang di sini.
" baiklah. Suruh dia masuk" dahi aku berkerut seribu. Siapa yang datang?
" Baiklah Tuan" Abang Daud menghilangkan diri.
Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki berbaju t-shirt lengan panjang bersama jeans. Aik.. siapa pula lelaki ni.
" Assalamualaikum Tan Sri, Puan Sri, Cik Muda" Yuni dan Ara sudahpun bantai gelak. Aku turut sama tergelak. Like seriously? Cik Muda? Please lah, aku rasa makin tua adalah.
" Illa, Ara, Yuni" kami terus berhenti ketawa.
" Maafkan saya Mikael. Cucu-cucu saya ni memang nakal" aku, Ara, dan Yuni hanya tersengih.
" Tak apa Tuan" lelaki itu tersenyum manis. Asal handsome sangat ni? Eh.. cannot be... Lucky aku lagi handsome.
" Sila perkenalkan diri kamu" uih.. rasa macam sesi perkenalkan diri for budak baru nih.
" Nama saya Mikael Azka. Berusia 24 tahun. Boleh panggil Abang Mika" aku terangguk-angguk.
" girls kenalkan diri" aku garu kepala. " Nama saya Adila Medina, panggil Illa" aku tersenyum.
" Farha Umirah. Ara aja" Ara tersenyum.
" Ayuni Wathiqah. Call me Yuni!" lelaki itu terangguk-angguk.
" Okay, girls, starting from now, Abang Mika will be your new driver" kami berpandangan.
" is that meant yang kitorang dah tak boleh bawa vespa?" Ara penuh berhati-hati bertanya.
" boleh. Boleh aja bawa Vespa tu. Tapi kalau rasa malas ke, Abang Mika boleh jadi driver korang. Tapi lebih kepada Illa lah, Tok Ayah tahu Illa tak suka drive" senyuman aku melebar.
" serious Tok Ayah?" lelaki itu hanya mengangguk.
" yeay.. sayang Tok Ayah. You really understand me" aku sudahpun bangun dan memeluk Tok Ayah.
" I love you to cupcake" kepala aku digosok Tok Ayah.
" mana aci! nak huge juga" Yuni dan Ara terus menyertai our group huge.
" Tok Maa tak sayang?" kami bertiga beralih pula kepada Tok Maa.
" mestilah sayang!" hampir serentak kami berkata. Mikael Azka hanya mampu memandang dengan senyuman lebar. One happy family.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...