ILLA POV
Suasana di dalam kereta senyap sunyi. Tiada tanda-tanda manusia yang ingin memecah kesunyia. Tariq Akhtar yang duduk disebelah aku di jeling sekilas. Entah apa masalah lelaki ni sampaikan di marah dekat aku. Apa yang aku dah buat? Somebody please tell me...
Aku mengeluh kecil. Ara dan Yuni duduk di hadapan bersama Harraz dan Zefrieq. Aku and Tariq aja duduk paling belakang. Tariq ni, mood dia cepat sangat berubah. Hari tu baik gila, sekarang ni dingin yang amat. Sedingin kutub selatan kot. Aku duduk sebelah dia pon boleh rasa tahap kedinginan. Aku keluarkan IP dari purse. Tangan menekan keypad laju. Selepas berpuas hati, aku mencucuk lengan Tariq untuk mendapatkan perhatian darinya.
Dengan wajah tidak beriak, dia memandang aku. Skrin IP aku suakan kearahnya. Berkerut sedikit dahinya sebelum faham tentang maksudku. Aku tak nak cakap. Nanti kalau tersalah cakap, tak pasal rosak malam penuh bahagia aku.
' Tariq, boleh tak kita lupakan sekejap tentang persengketaan kita? Aku tak nak lah disebabkan ni, mood aku rosak, mood kau, and mood semua orang' Adila Medina
Tariq memandang aku. Dia mengeluh. IP yang berada di dalam poket dikeluarkan. Dia melakukan benda yang sama. Skrin phone dihalakan ke arah aku.
' Persengketaan? Apa maksud kau. Aku tak faham. Kita gaduh ke sekarang ni?' Tariq Akhtar
Aku menepuk dahi. Harap muka aja handsome, otak lambat pickup.
' Habis tu, sekarang ni bukan kita sedang lancarkan perang dingin ke? Dah berapa hari tak cakap dengan aku. Pastu bila nampak aku muka kau automatically jadi masam mencuka. Moody. Cakap dengan aku serupa nak ajak bergaduh. So, what's that mean? Takkan kau panggil tu Kedamaian? Mestilah persengketaan' Adila Medina.
' Wait, bukan kau ke yang start dulu. Pandang aku macam nak telan. If just with looking can kill someone, I already die. Kau ingat dengan pandangan helang kau tu tak ada siapa takut? Gerun kot aku tengok. Muka kau pun terus berubah bila aku join kau. See.. siapa yang salah sekarang ni?' Tariq Akhtar
' Macam tu pula, hmmm... aku buat apa eh sampai kau marah? Ada ke aku buat kau marah? Ermm... rasanya tak ada' Adila Medina.
Tariq mengeluh. Kau buat aku jealous!. Bentak Tariq di dalam hati.
' Tak, maybe sebab aku letih a few day ni. Kau tak salah apa-apa pun. Sorry ah kalau buat kau rasa macam tu. Salah aku' Tariq Akhtar.Nak tak nak Tariq terpaksa mengalah. Kalau mana-mana sorang tak mengalah, siapa yang nak undur diri. Dua-dua kepala angin. Dua-dua nak menang. Kalau tak mengalah, masalah ni takkan selesai.
' Erk.. aku pon nak say sorry. Emosi aku kurang stabil. Kau tak salah dalam hal ni. It's okay' Adila Medina
Aku turut meminta maaf. Mahu menamatkan salah faham yang berlaku diantara kami.
' We good?' Tariq Akhtar
" Yes we were' Adila Medina
Dan aku terus senyum melebar. Lupa aku nak cakap yang, Tariq so damn hot tonight. Dia pakai hitam. Handsome kau kalau lelaki pakai hitam. Haih... kenapa lah kau ni suka sakitkan hati aku Tariq.... Girls problems, like the one who hurt them, boys problems, hurt the one that they like.
Aku berpaling memandang Tariq. Lelaki itu tersenyum sebelum mengangguk. Harraz dan Yuni sedang usik mengusik. Comel. Zef dan Ara pula mengutuk sesama sendiri. " Ya Allah... pink lagi. Nasib baik muka dan rambut kau tak warna Pink. Gegirl sangat" aku menahan tawa melihat gaya lembut Zef. Ya Allah! Asal lah diorang bodoh tak bertempat ni.
" Suka hati aku lah. Kau tu, ingat cantik sangat ke baju kau! Cantik lagi baju Harraz" Ara membalas geram. Suka hati aja kutuk pink aku! Gumam Ara. " Sampai! Sekarang dipersilakan Puteri-puteri dan Putera-putera boleh turun. Abang Mika pun ada date malam ni tau" mulut aku melopong.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Fiksi RemajaTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...