YUNI POV
Prom! Prom memang sangat ditunggu-tunggu oleh pelajar yang berada di senior year. Iaitu kami form 5. Nama aja prom, sebenarnya lebih kepada annual dinner. Kami makan-makan. Ada penyampaian anugerah tokoh pelajar. Dan time tu lah nak menunjuk baju siapa paling lawa. Aku tunggu saat ni dari form 1 tau. Selalunya kalau zaman kami lower form, kitorang still attend Annual dinner tu dengan Tok Ayah dan Tok Maa. Well, Tok Ayah and Tok Maa kiranya dijemput sebagai YB lah.
Dulu masa datang kami menyibuk aja, sekarang ni dah jadi majlis kami. Memang dah menjadi tradisi VIP sejak dulu lagi. Lepas prom, kami akan ada beberapa aktiviti dan masa prom ni lah yang pegang jawatan-jawatan besar mahupun kecil. Contohnya jawatan ketua pengawas, penolong ketua pengawas. Ketua-ketua biro dan lain-lain. Sebab lepas ni kami perlu tumpukan perhatian kepada SPM tidak lama lagi. Mengingati SPM, rasa tak sedap hati pula.
Kami triplet mana pegang apa-apa jawatan. Sebab pertama kami tak nak, sebab kedua kalau jadi pengawas ke apa ke boring. Asyik kena ikut peraturan. Kami ni troublemaker mana lah ikut mana pertaturan tu. Aku tertanya-tanya prom tahun ni tema apa. Tahun lepas tema winter, dua tahun lepas tema candy, tiga tahun lepas aku dah tak ingat.
Tak sabar aku nak tengok tema tahun ni. " Weh, tahun ni siapa yang uruskan bahagian prom?" aku menyoal Ara dan Illa yang sedang khusyuk bermain game Need For Speed. Kalau Illa sampai berdiri sambil pegang joy stick. Kalau dengan game nombor satu.
" Weh! aku bercakap dengan kau ni!" aku membentak. Macam bercakap dengan tunggul kayu aja. " Ni.. Geng Rendezous and Enchanted yang uruskan" Ara menjawab. Aku mengeluh. Telephone Illa berbunyi. " Yuni angkatkan" aku terus mencapai IP baru Illa dan mengangkatnya. Terangkat kedua belah kening aku melihat nama yang muncul. Sulhi? panjang umur. Sulhi ni lelaki okay. Full name dia Muhammad Sulhi. Dia ni salah seorang geng Rendezous.
' Assalamualaikum' Sulhi
' Waalaikumussalam... ni Yuni. Illa sibuk berlumba kereta secara halal. Ada masalah ke sampai call Illa?' Yuni
' Lumba secara halal? maksudnya dekat litar lah ni' Sulhi
' tak lah sampai litar, dia berlumba dalam Xbox ni' Yuni
'Cey... aku ingat dekat litar, nih! Aku sekarang ni ada di Texas dengan Enchanted. Triplet datang lah sini' Sulhi
'Buat apa datang sana? Cuba bagi sebab yang kukuh' Yuni
'Well, kami sedang bincang tentang tema dan segala keperluan untuk Prom night nanti' Sulhi
'iya? Okay-okay kitorang datang right on the way' Yuni
'Thanks Triplet' Sulhi
' Pleasure to help. No prob. Jumpa kau dalam 15 minit lagi' Yuni
'okay' SulhiAku menamatkan panggilan. Aku memandang Illa dan Ara. Dah habis race dah pon. " Sapa call?" Illa menyoal. " Sulhi" Ara dan Yuni berpandangan. " Dah kenapa dia call aku? Nak apa?" aku tersenyum. " Dia suruh kita pergi Texas. Enchanted pun ada sekali. Katanya nak bincang pasal prom night. Jom-jom. Bersiap. 5 minutes only"
Kami bertiga segera bersiap. Abang Mika pantas dicari. Rupanya ada di belakang Vila bersama Abang Daud sedang berbual. Lelaki itu pantas digesa. 10 minit kemudian, kami tiba di Restaurant Texas. Restaurant yang menyajikan makanan barat yang tip top. Memang terbaik lah.
Masuk ke dalam restaurant serba mewah itu. Kelibat Rendezous dan Enchanted dicara. Okay cerita sikit pasal Rendezous ni terdiri daripada 4 orang ahli. Sulhi ni satu-satunya lelaki dekat dalam group. Yang lagi 3 perempuan. Ayien, Ily, and Qis. Diorang ni terkenal dengan sifat creative dan inovatif. Sebab tu diorang dilantik. Diakui kalau bab menghias kelas, dewan, auditorium, memang serah dekat diorang.
" Triplet!" ketiga-tiga kami berpaling. Itupun diorang. Meja besar juga lah untuk menampung kami yang seramai 13 orang. " Dah lama ke sampai?"Ara bertanya. " Tak adalah lama mana pun" Ayien menjawab bagi pihak mereka semua. " Okay, kita order dulu sebab aku tak makan lagi. I'm hungry" Ecah sudah pun memanggil waiter. Kami mula memesan makanan. Aku memilih Beef grill with blackpaper sauce. Illa dengan makanan kegemarannya Mix Grill dan Ara memesan Spaghetti Carbonara.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...