ARA POV
Cuaca pada hari ini sungguh indah sekali. Awan cantik berkabus. Langit cantik membiru. Matahari bersinar seperti biasa. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Latihan kembali bermula setelah seminggu bercuti. Yuni dan Illa turut mempunyai latihan pada petang ini. Kami sudahpun selesai menukar pakaian sukan.Hari ini, aku memilih untuk mengenakan sehelai jersi berwarna neon pink labuh melepasi punggung, sehelai track pant berwarna grey, dan sepasang kasut dari jenama Adidas berwarna grey. Rambut diikat kemas.
Yuni pula memilih Sehelai jersi berwarna dark purple, sehelai track pant berwarna dark brown dan sepasang kasut dari jenama Nike berwarna pink neon. Rambut disanggul kemas.
And Illa, mengenakan sehelai jersi berwarna hitam, sehelai track berwarna neon pink dan sepsang kasut dari jenama Puma yang berwarna hitam. Illa memang mempunyai confident level yang tinggi.
Aku dan Yuni berpisah dengan Illa. Gelanggang ping pong,badminton, dan squash berada di tingkat 1. Di tingkat bawah terletaknya gelanggang futsal. Gelanggang basketball berada di tingkat dua. Bertentangan dengan sport hall, terdapat padang bola sepak, padang rugby, dan juga padang baseball. Memang awesome.
Aku bertembung dengan Zayn Adrish sewaktu ingin masuk ke gelanggang ping pong. Dia hanya tersenyum manis memandangku. Nak tak nak aku membalas kembali senyumannya dengan tidak ikhlas.
Awkward sangat. " erm.. kau okay?" dahi berkerut.
" maksud kau?" sumpah aku tak faham.
" pasal kejadian a few days ago. Kau gaduh dengan the glam tu" penuh berhati-hati dia berkata.
"aku okay aja. Illa lah a bit moody. Alhamdulillah tidak ada sebarang gangguan jiwa" entah kenapa aku baik sangat hendak berbual dengan zayn. Kalau tak memang haram jadah la nak sembang cam ni.
Selepas itu, kami sama-sama terdiam. Aku terus warming up. " okay, aku nak pecahkan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan 4 orang. Aku, Zayn, Rash, Mai and Im akan jadi tenaga pengajar. Bergerak sekarang" tegas aku memberi arahan.
Tidak sampai 5 minit, kumpulan sudahpun siap dibahagikan. Tumpuan kami terganggu apabila Mohd Amin, Ketua kami, kiranya dia bawah sikit dari coach, melangkah masuk. Di sisinya ada seorang jejaka. Aku kecilkan mata. Macam kenal, bisik hati kecil. Eh! Budak baru!
" okay guys, kita ada member baru. Rasanya aku tak perlu kenalkan cause aku sure semua dah kenal. So, hari ni secara rasminya, Zef akan join our team" Amin bercakap penuh berkarisma. Sama macam ayah dia. Ayah dia kan YB. Like father like son orang putih cakap.
Setelah sesi perkenalan berakhir, aku kembali focus kepada latihan. Tiada langsung niat ingin menyapa jejaka itu. " Tidak ku sangka, perempuan ni aktif bersukan. Aku ingatkan jenis yang girly-girly tu" aku ternganga.
What he said?" Amin,Pandai ke perempuan ni main ping pong. Macam tak percaya aja" dia selamba mencebik. Amin yang berada di tengah serba salah.
" mestilah dia pandai. Kalau tak takkan lah dia join team elit sekolah" Firash or his glamour name Rash membela aku. Huhu.. terharu. Nanti aku belanja kau kitkat eh Rash.
Malas hendak melayan Si Budak baru tu, aku terus berlalu. Sambubg training pun ada faedahnya. Aku dapat team junior. Semua budak baru belajar. So aku ajar basic terlebih dahulu. Antaranya servis, Chop/cut, spin, smash, and side. Semua tu basic. Bet pingpong kesayangan aku capai. Sesi mengajar mula berlangsung.
Nak ajar orang kena ada kesabaran yang sangat tinggi. Kami di datangi si Zefrieq. Perasan tak suka dekat dia mula menjalar. Mulut cabuk.
"Ya Allah, apa ke buruk servis yang kau ajar ni, Kau ni sebenarnya reti main ke tak?" Malu! Gila aku malu. Dah lah semua budak-budak junior. Pastu geng Mai ada sebelah. Bertambah bergandalah malu aku.
" suka hati aku lah. My game my style. Kau jangan cabar kesabaran aku! Kuang ajar" suara ditahan.
" laa.. ingatkan tak ada perasaan" muka aku mulai merah.
" eh pergi blah lah kau! Menyemak aja" marahku. Sakit hati tengok muka toya dia tu.
" eh.. halau orang pulak. Malaysia ni kan sebuah negara yang bebas, so suka hati aku lah nak duduk dekat mana pun" muka habis selamba.
" Ya Allah, kenapalah ada hamba engkau yang annoying tahap infinity ni" tahap kesabaran aku sudah menipis.
" How many night have you wish someone would stay, lay awake only hoping they're okay , I never counted all of mine, if I try I know it will feel like infinity... infinity... infinity yeahh.. infinity" Zef menyanyi dengan penuh sumbangnya.
Aku pantas menutup telinga. " eee... jangan nyanyi lah! Sumbang. Telinga aku ni dah menanah tau. Kalau suara sedap cam Zayn Malik tak apa juga" Firash dengan pantas lalu menghampiri aku.
"Ha? ZAYN?" smirk terus terukir di bibirya. Sambil menyiku Zayn yang berdiri di hadapan aku. Zayn hanya tunduk je. Malu le terr.
"ZAYN MALIK ok." Cepat aku memprotes. 'Takde mase nye la nak puji si Zayn tu ' ngomel aku sendiri.
"Suara aku, suka hati aku laa." Zefrieq membela diri sendiri. Malu laa tu aku kata camtu. Arh biar dia, sapa suh cari pasai ngan cek.
"Daripada kau menyanyi tak tentu arah, better kau mengaji, confirm suara kau yang tak seberapa nak sedap tu AKAN sedap." Haa, kan dah kene ayat deep yang tak berapa deep ni dari aku.
"Ada hati nak nyanyi, kat rumah tu, entah mengaji atau tak." Sambung aku. Berubah terus muka dia. HAHAHA. Padan muka. Aku ni kalau bagi ayat-ayat deep memang win. Maaf lah kalau terlepas cakap.
"Eleh cakap orang, kau tu belum tentu baca al-Quran kat rumah ." Zef melembut kan tangannya. 'Eii nyenyeh nyaa mamat ni' getus hati aku.
"Mana kau tahu aku tak baca al-Quran kat rumah, kau tak caye, kau tanya lah sepupu-sepupu aku." jawab aku.
Iya , memang kat rumah Tok ayah selalu suruh kitaorang membaca al-Quran tiap-tiap malam dekat mussola Villa Alauddin. Belum sempat Zef membalas, Amin terus memberhentikan perdebatan antara kami.
"Eh dah dah, jangan gaduh, tak malu ke junior-junior tengok. Macam budak-budak lah."
"Aminn! Dia yang start dulu." aku menghentakkan kaki. Persis budak kecik yang tidak dapat lollipop.
"Eh , aku pulak, bukan kau ke yang cari pasal dulu ha?" Zef mempertahankan diri. Dah salah tu salah je lah, bak backup diri sendiri lah bagai.
"Kau tipu ! Kau yang start duluuu!" Aku menggenggam tangan menahan kemarahan .
"Kau! " Tanpa aku sedar, aku memukul Zef betubi-tubi dengan bet pingpong .
Zef menahan kesakitan. Ahh padan mukaa heran apa aku. Aku terus keluar dari dewan , beg dan botol air lalu dicapai.
"Ergh, baik aku tengok Yuni training." Kaki laju menapak ke arah gelanggang badminton.
Aku perasan beberapa pasang mata memerhati gerak geri aku. Whatever lah.. Sesampai di court Badminton, aku mengecilkan mata. Eh! What the... aku nampak dengan mata aku sendiri yang Yuni tampar lelaki dihadapan dia itu. Aku ternganga.
-----------------------------------------------------------
yeay..... siap. Harap okay. Annoying tahap gaban si ZEFRIEQ SHAFEEN TU.Thanks to frhaaumiera because tolong taipkan untuk saya. Love u mua..muah.. And thanks sebab sumbangkan your precious ideas...
VOTE AND COMMENT ( hiraukan typo?
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...