YUNI POV
Sudah hampir seminggu Vila Alauddin ditinggalkan Musketeers. Cey... ayat bukan main sedih. Dan sudah seminggu juga VIP kecoh dengan berita Musketeers dan Triplet Troublemaker sudahpun berbaik dan mempunyai hubungan yang mesra.
Semalam, kami bertiga sudahpun di interview oleh wartawan VIP. Untuk mengisi ruangan GOSSIPISH majalah Victoria's sekolah. Musketeers pun turut bersama. Sumpah aku rasa macam artis sekarang ni. Antara soalan yang diajukan ialah ' Boleh tak nyatakan tentang hubungan diantara Triplet Troublemaker dan Musketeers' Ara volunteer nak jawab. So dengan penuh tenang Ara jawab "Well,hubungan kami ni more than friendship, less then relationships. Pernah dengar Flirtationship tak? Kalau tak pernah mohon tanya pak cik Google"
Dan ayat selamba Harraz masih terngiang-ngiang lagi. Harraz pesan ' Siapa rasa dia tu kaum Adam, sila jangan ada hati dekat TT sebab kami Musketeers dah curi hati diorang. Harap maklum'masa tu budak yang interview kami pun tergamam sama.
' Haah betul tu. Walaupun kami tak officially couple, They are still ours' Hambik kau Tariq dah bersura. " Betul sangat. Lagi satu couple tu haram tau. Sebab tu kami putuskan untuk berada di dalam Flirtationship'Zefrieq tambah.
Mengingati hal itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Protective sangat. Sekarang ni kami sedang berada di tepi kolam renang sekolah. Hari ni ada pertandingan renang diantara sekolah persendirian sekitar sini. VIP pun menyertai pertandingan renang. Kami nak jadi penyokong tau. Biar bersemangat sikit team renang sekolah.
" Haip!!! Girls tutup mata! Jangan tengok" nasib baik tak tergelincir aku. Kalau tak memang dah masuk dalam kolam. " Harraz! Nasib baik kami tak jatuh!" Illa marah Harraz. " " Hahah.. sorry-sorry. Tapi kami cakap benda betul okay. Jangan pandang tu semua. Berdosa" Aku pandang Harraz.
" Alah.. Enchanted boleh aja bersorak riang tu" Ara berkata sambil jari telunjuk diarahkan kepada Enchanted yang tergedik-gedik bersorak. Mentang-mentang lah yang datang ni semua handsome belaka. " Itu Enchanted. Sat lagi kena marah lah tu" Tariq membalas. " Enchanted!" bergema suara Bad Boy. Terkejut aku. Enchanted lagilah terkejut. Wajah Bad Boy garang. Takut aku tengok.
Muka Enchanted pun dah pucat. Kami berpandangan. " Meh sini! Meh sini sebelum aku piat telinga hang pa" nak tergelak aku dengar suara Si Juan. Tahan aja. " Woi pekak ke?!"lepas kena jerkah Aza terus diorang menghampiri. " Gatai kan. Tergedik-gedik. Baik tak payah pakai tudung lah kalau nak tergedik depan jantan lain" pedas. Enchanted menunduk.
" Sorry" perlahan aja mereka berenam meminta maaf. " Aku nak korang bersembilan keluar dari sini. Berdosa tau tengok lelaki-lelaki tu pakai macam tu. Haram.Zina mata tu!" Adam bercekak pinggang. " Hmm.. iyalah" Aku jawab. Memang tak ada chance langsung lah ni nak cuci mata.
" Tepi sikit" kami berganjak sedikit. Jazzy penuh gedik lalu. Hmmm.. since kejadian camping tu, Gegediks memang dah tak berani nak buat apa-apa dekat kami sebab Musketeers dan Bad Boy dah ugut diorang bukan main teruk lagi. Sampaikan nak libatkan polis. Serius betul diorang tu. " Ulat bulu dah naik daunnn!!" kami tergelak. Sedikit sebanyak sakit juga mata tengok si Jazzy tu gedik serahkan tuala kepada perenangan sekolah lain. Huh! Jatuh nanti baru tahu.
" Mama!!!" kami terkejut. Ya Allah masinnya mulut aku. Memang betul Jazzy terjatuh ke dalam kolam lepas tu. Yang melihat ketawa termasuklah Enchanted dan Bad Boy.Aku, Illa dan Ara membisu. Nampak Jazzy tenggelam timbul aja. " Dia berlakon aja tu"kata beberapa orang pelajar junior.
" Ya Allah! Jazzy tak pandai berenang!"mengingati hal itu aku terus terjun ke dalam kolam renang yang dalam. Air hampir mencecah leher aku. " I get you jazzy" badan Jazzy yang mulai lemah aku heret sehingga ke tepi kolam. " Ya Allah" Illa dan Ara membantu aku menaikkan Jazzy ke atas.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...