Berkubang Dalam Ban Sawah

5.7K 320 1
                                    


ARA POV

Aku menghembuskan nafas lega. Finally!!! Balik pun. Bukan niat aku nak menghalau dari rumah Wan diorang, mak diorang sendiri, tapi itu lah. Perangai kalau macam insan-insan biasa tak apa juga. Ini tak, aku rasa macam kena soal dengan polis sebab bunuh orang tau. Dah lah muka Mak Long and Mak Ngah Tariq macam warden penjara. Ngeri!

Lama juga diorang duk ' beramah mesra' dengan kami bertiga. Kalau lah Illa tak sabarkan aku, dah lama aku terkurang ajar dengan diorang. Tapi aku perasan, sepupu-sepupu perempuan Tariq, 3/4 aja yang okay. Yang 1/4 lagi memang awal-awal aku pangkah besar-besar.

Gedik, mulut busuk pula tu. Dah berapa tahun tak gosok gigi? Kalau nak suruh aku sponsor berus gigi, tak jadi masalah. Dah lah tak pasang insurance. Boleh Musketeers tinggalkan kami terkial-kial dekat tengah tu. Bercakap pasal bertuah tiga tu, ni buat aku geram. Disaat aku, Illa and Yuni berperang mati-matian dengan soalan-soalan maut mak saudara Tariq ni, boleh diorang bergelak ketawa dengan saudara mara dia yang lain.

Sampai atas pun boleh dengar. Pastu bila naik jenguk kitorang, bukan main happy lagi muka. Dia tak tahu ke yang kami ni dah nyawa-nyawa ikan. Bagai telur dihujung tanduk, abu di atas tunggul, lagi peribahasa apa lagi yang boleh menggambarkan situasi aku and Triplet sekarang ni?

Huh geram! Bukan nak selamatkan kitorang. Boleh siap melawak masa situasi tegang. Kalau boleh, nak aja aku cincang tiga mambang tu bagi makan harimau dalam Zoo Negara. Sabar ajalah. Kalau tak terkenangkan jasa-jasa diorang, memang aku dah lipat sekor-sekor. Aku cakap macam ni sebab tahap kesabaran aku dah capai tahap infinity..... infinity... eeehhh... yeahh eaahhh.. oh infinity....

Tak pasal-pasal lagu 1D keluar. Aku, Illa dan Yuni sekarang ni sedang melepak di atas pankin dibawah pokok menpelam rendang di halaman rumah Wan. Wan keluar pergi rumah Mak Cik Salmah jiran sebelah rumah Tok Su Sani yang duduk sebelah Kedai Rincit Hasnah Laris Enterprise. Okay aku tahu aku merapu sekarang ni.

Tapi aku just copy apa yang Wan cakap tadi aja. " Woi!Buat apa tu?" nasib baik tak keluar bunga tae kwan do aku. Kalau tak dah lama Si Zef ni masuk sawah. " Terkejut aku! Kau ni bukan nak bagi salam" marahku. Lelaki itu hanya tersengih. "Tak payah tayang gigi sangat lah. Ingat ini iklan Colgate ke?" aku sudah bercekak pinggang.

" Hahah... Bukan iklan Colgate, iklan Darlie okay" aku tepuk dahi. " Kau ni kalau datang loyar buruk, memang mengalahkan si Harraz" Harraz yang baru nak masukkan kacang panggang ke dalam mulut membatalkan niat. Harraz pandang aku dengan pandangan ' Kau dah kenapa' aku hanya tayang senyum comel.

" Kau buat apa tu?" Tariq mengulang soalan Zefrieq. " Kau tak nampak ke aku tengah pandu kereta ni" Illa menjawab geram. Dah tahu tanya lagi. " Owww... kau pandu kereta. Kereta apa? Kereta tolak?" Illa just roll her eyes. " Akak Cun!!!" kami memandang serentak ke arah suara itu. Tersenyum aku dibuatnya. Kakak Cun! gelaran yang diberikan oleh sepupu-sepupu lelaki Tariq yang kecik-kecik tu. Comel jaa aku tengok. Seronok aku melayan diorang.

Geram aku! Dah lah ada sorang tu nama Adam,ololo... dia punya pipi tembab ooo.. macam pau. Geram aku macam nak cubit-cubit aja. Zef jahat, dia cakap Adam berlari perut dulu and Yuni teruk tayang muka 'kau cakap baik-baik sebelum penumbuk aku wassalam kan muka kau' and he be like, I'm just kidding, chill girls' sambil angkat tangan tanda surrounded.

" Hai budak comel" aku membalas lambaian mereka semua. " Kak! Mai la join kami berkubang dalam ban sawah!" terangkat sedikit kening aku. " Hang tak usah nak mengajar kak hang ni! Depa budak bandar! Mana reti aktiviti meraduk aiq budak kampung lagu kita" aku hanya menjeling ke arah sepupu Tariq yang muda dua tahun dari kami.

" Tariq, meraduk air tu apa?" Illa pandang Tariq penuh curious. Aku pun nak tahu. "Meraduk air tu dalam erti kata lain berkubang dalam ban sawah. Tangguk ikan dalam tu" kami mengangguk. Oooo.... "Nak ikuttttt" Yuni bangun terus sarung selipar jepun yang di kidnap dari dapur dan terus berlari mengejar sepupu-sepupu Tariq. " Woi Yuni!!! Tungguuu!!" Harraz gaduh mengejar. " Ayuni Wathiqah!!!! Nak ikutttttt" Illa yang baru sahaja nak belari kejar Yuni dan Harraz ditarik Tariq. " Tariq... aku nak ikut" Illa sudah merengek macam anak kecil. Aku smirk. Tak pernah Illa merengek dengan mana-mana lelaki kecuali Tok Ayah, Papa, Abah, Daddy and Pak Man.

"Berani ke?" Tariq pandang Illa yang lagi pendek daripadanya. Sebenarnya Tariq yang terlebih tinggi menggunung. Illa tu padahal dah tinggi tapi, dahi Illa tetap dekat bibir Tariq. Hantu galah punya makhluk! Tiang elektrik. Kalau nak dibandingkan dengan aku and Yuni, memang macam orang kerdil tau. Si Tariq yang giant sebenarnya. " Ini Adila Medina lah. Mestilah berani. Jom lah Tariq.... macam best aja" Illa menarik baju Tariq supaya mengikutnya.

" Haih.. jom lah" Illa melompat kegembiraan. " Jom lah Ara, kita join diorang. Aku pun dah lama tak buat aktiviti budak kampung ni" aku mengeluh. Nak tak nak aku tetap mengekori mereka. Yuni aku tengok dah ada dah pun dalam ban. Aku tepuk dahi. Macam budak-budak. Illa dibantu oleh Tariq untuk turun masuk ke ban.

Ya Allah.. aku tengok dah serupa pesta air. " kau tak nak turun?" Soal Zef. Aku menggelengkan kepala. "Tak apa lah. Kau turun aja la" Zef hanya menjongketkan bahu sebelum melipat kaki seluar menampakkan betis dia yang putih tu. Tak padan dengan lelaki.

Aku tersenyum melihat gelagat Illa dan Yuni. Jakun gila! Mula-mula dia nampak lah tak berapa selesa. Lepas tu, dengar suara diorang berdua aja tengah ban tu. Illa and Yuni buat ban tu macam ban diorang yang punya. " Aktiviti ni memang aktiviti riadah untuk budak-budak kampung" nasib baik aku tak terjun masuk dalam ban ni ala-ala macam Nur Dhabitah yang join olimpik rio tu.

" ish.. salam tak apa tak nasib baik aku tak masuk dalam ban ni" aku marah yang tukang sergah. Yang tukang sergah relek aja ketawakan aku. Cis... budak ni. " Nama apa?" ringan pula mulut aku nak berbual dengan budak yang aku cakap dua tahun dari kami tu. Alah yang sepupu Tariq tu... kalau tak ingat mohon scroll atas balik.

"Nama aku? Panggil Atai aja" aku angguk. " Kau nama apa?" dia tanya aku. " Nama aku Ara" kali ni dia angguk. "Kenapa tak join?" aku sengih. "malas" selamba aku jawab. Takkan lah aku nak jawab aku takut kan. " Argh!!! Harraz!!! Ikan tu terlepas siap kau!!!" bergema satu kampung dengan jeritan Yuni. Aku ketawa terbahak-bahak.

" Cik Farha Umirah! Tak nak join kami ke? Best kau dapat tangkap ingan guna tangan! Rugi kau tak try. Tak luak lah kaki kau tu" Illa laung memujuk. Haih.. Illa ni nasib baik aja dia lupa pasal binatang yang ada dalam ban tu. Entah-entah ada lintah. Takut aku! Tak rela aku nak derma darah dekat si lintah-lintah tu semua.

" Tak nak! Kau main lah puas-puas wahai kanak-kanak ribena sekalian" aku balas balik laungan dia. Illa dan Yuni mencebik. Zefrieq menghampiri aku. Lelaki itu sudah kerabat tebing ban. Aku masih leka tidak menyedari rancangan jahat Zef. Terus Zef tarik aku masuk dalam ban. Disebabkan aku terkejut, aku.terjatuh. Pergh... sakit kau. Tak guna punya Zef. Bila aku dapat bangun, perkara pertama yang aku buat ialah kejar Zef sampai dapat. Bila dapat aku selam dia dalam ban. Haha.. gurau aja. Aku sekeh aja kepala dia. Anak orang tak boleh buat lebih-lebih.

Rasa takut aku hilang serta merta. Banyak sangat ikan yang kami dapat hasil tanggukan bersama. Seronok! Wan bercekak pinggang bila tengok kami berkubang sakan. Tepat jam 6 petang masing-masing berlari pulang ke rumah Wan sebab berebut bilik air. Nasib dalam rumah ada dua bilik air. Dan seperti kebiasaanya memang Illa lah yang menang sebab dia naik dulu dan sebab dia tak dihalang oleh sebarang halangan.

Wan hanya menggelengkan kepala melihat kami yang macam budak-budak. Pasal bilik air pun gaduh. Illa kalau duduk dalam bilik mandi, bom meletup pun belum tentu dia siap. Memang dah habis kecut jari kaki aku. Tak sangka Atai ni rajin jadi photographer tak bertauliah kami. Dia snap gambar-gambar candid kami dalam phone Ariq. Banyak pula tu. Lepas tu, phone Ariq yang jadi mangsa kami nak share gambar dekat wassap. And inilah kami.

-------------------------------------------------------------
Siap..... stay cool and kept reading.... VOTE AND COMMENT kalau rajin.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now