ARA POV
Hari minggu seperti biasa. Memang kebosanan tahap abadi. Tapi nasib baik budak bertiga tu ada. " Argh!!! Bosan!" Yuni sudah mengeluh untuk sekian kalinya. " Aku pun bosan relek ah" Aku berkata. " Ajak Enchanted keluar jom?" cadang Yuni. " Enchanted ada kerja lah" Illa menyampuk akhirnya. " Kita nak buat apa ni? Dah lah kena tinggal" Maa, Mama dan Mummy keluar pergi butik kawan diorang. Abah, Papa and Daddy pergi main golf dengan business partner diorang. Abang Adiq pergi mahkamah. Salah satu sebab dia pulang ke Malaysia adalah untuk kerja. Kak Sabby keluar dengan Kak Saiyidah and Kak Ain, kawan baik Kak Sabby. Anak-anak dia, dia tinggalkan dekat kitorang.
" Ara, jom keluar date" Zefrieq muncul entah dari mana. " Date?" dia angguk. " Haah! Date jom lah. Just kita. Illa ngan Yuni kita tinggal" best juga. " Jom lah. Aku pon dah kebosanan ni" aku terus bangun. " Eh..eh... nak keluar kau bawa Rain sekali. Kesian budak tu. Dia nak keluar jalan-jalan" Illa mencelah. " Haah. Baik kau bawa Rain. Sekurang-kurangnya si Rain tu jadi orang ketiga. Okay lah tu daripada syaitan yang jadi orang ketiga" tambah Yuni. " Hmm.. iyalah. Ara aku tunggu dekat kereta. Rain biar aku yang uruskan" aku angguk. Dengan itu aku berlari masuk ke dalam bilik. Closet terus diredah. Nak pakai baju apa ni?? Aku berfikir. 5 minit bertapa depan tu aku membuat keputusan untuk mencapai sehelai season jeans, tank top berwarna putih dikenakan bersama sehelai cardigan berbunga pink, Tudung berwarna pink serona dengan warna bunga, make-up dipakai simple. Selepas berpuas hati dengan penampilan aku, aku grab phone, earphone, dan purse. Kasut di atas rak kasut turut dicapai. Aku memilih untuk memakai converse berwarna putih Selepas itu terus aku turun.
(Ara's)" Sorry lambat" Zef hanya senyum. " Rain, seronok tak kita nak keluar?" Rain laju angguk. " Mestilah seronok. Bosan la duduk rumah besar ni" aku sangat bersetuju dengan Rain. " Kita nak kemana Zef?" aku menyoal. " Erm... rahsia" nak rahsia lah pula. " Dah salam Kak Illa and Kak Yuni tak lagi?" Rain angguk. " Kak Illa and Kak Yuni pun nak keluar dengan Abang Arraz and Abang Ariq. Diorang bawa Ariel ngan Meena" lengkap dan padat laporan dari Rain. Bagus. Application Whatsapp dibuka. Group Triplet Musketeers dibuka.
Woi.. Illa.. Yuni.. kau pun keluar juga ke? - ARA
Laju aja aku taip. Tapi tak ada sekor pun buka.
Haah! Kami nak keluar. Aku pun nak date juga dengan Yuni - HARRAZ
Betul tu, takkan lah kau dengan Zef aja na date. Aku and Illa bawa Meena tau - TARIQ
Oooo... double date ke? - ARA
Buat apa double date. Aku nak date dengan Illa aja. Arraz dengan Yuni date berdua. Diorang bawa Ariel sekali - TARIQ
Illa ngan Yuni mana? - ARA
Diorang siapkan Ariel ngan Meena - HARRAZ
Okay... thanks sudi layan aku. Tadi sumpah aku rasa.macam aku sorang aja dalam group tu - ARA
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...