GEGEDIKS... ERGHH...

6.4K 367 9
                                    

ARA POV

Aku, Illa dan Ara bergerak malas ke cafe. " Illa kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan" Yuni bersuara. " Betul kau nak tolong belikan ni?" Illa sudah teruja. Mana tidaknya, Yuni ni pemalas nak tolong orang. Terutamanya dengan sepupu sendiri.

" Betul lah. Kau tak payah buat muka kagum kau. Cepat sebelum aku ubah fikiran" Illa dan Yuni bergerak terlebih dahulu untuk ke gerai makanan. " Illa aku nak Nasi Lemak sambal kerang" Illa mengangguk. Aku ke bahagian air.

Penuh sabar menunggu giliran. Bila time aku nak order, Zef muncul entah dari mana memintas aku. " Woi! pergi beratur. Suka hati iguana kau aja pintas aku" Zefrieq menjelirkan lidah. " Nanti kalau dekat padang mahsyar kau tak ada lidah, padan muka" Zef froze ditempat dia berdiri. Deep sekejap. " Suka hati aku lah. Aku dahaga!" Zef membentak. " Kurang sivik punya manusia. Aku dari tadi duk beratur, kau dengan muka sememeh boleh potong aku! Ey... panas hati aku!" dan kami mula bergaduh.

Abang jual air tu dah tak tahu nak buat apa. " Eh.. kenapa ni?" Qarl muncul. " Tak payah sibuk boleh tak" Penuh kurang ajar Zef berkata. " eh! apa masalah kau" Qarl menolak Zef sehingga dia terdorong sedikit. " Kau tu yang dah kenapa" Zef turut sama membalas tolakan Qarl. " Zefrieq! Enough. Jangan nak bergaduh dekat sini. Kau pergi duduk" Dan Harraz muncul. Wow! Tak sangka Harraz yang gila-gila pun tegas. Zefrieq mendegus. Dan lelaki itu terus berlalu pergi. Harraz menjeling tajam ke arah Qarl.

Dan Harraz mengambil tempat yang ditinggalkan Zef. " Harraz!!!! Aku datang dulu!!!" lama-lama boleh jadi mereng aku kalau setiap hari berurusan dengan orang-orang macam ni. " Alah.. kita order sekali ah. Aku malas nak beratur. Eh Ara.. kau cantik sangat hari ni" aku mencebik. " Baru sedar ke kau tu pemalas" Arraz tersengih macam kambing. Malas melayan, aku hanya membiarkan Harraz.

Air aku bawa bersama tray. Sewaktu aku berjalan menuju ke meja Triplet Troublemaker, bahu aku dilanggar kuat sehingga aku hilang keseimbangan dan aku tersungkur ke lantai. Air yang dibawa sudah tumpah ke lantai. Semua terkejut. " Ara!" Aku dapat dengar suara Illa dan Yuni bergabung. Aku mengangkat wajah. Gegediks tersenyum sinis. Aku mengetap bibir.

Aku bangun berdiri. Kini cafe sudahpun senyap. Cis.. dejavu sangat. "Apa masalah kau" Yuni datang dan terus menolak Elya sehingga jatuh ke lantai. Okay.. ni ganas. " Hey!" suara Elya terjerit. " Apa hey, hey! Aku tak senang jumpa kau lah! Asal jumpa memang malang nasib aku!" Yuni laju aja membalas.

" Bitch! siap kau aku kerjakan" seperti dapat mengagak serangan Emy, Yuni pantas mengilas tangan Emy dan menolaknya ke lantai. Tersungkur macam Elya. " kau tu Bitchacos! Sebelum nak cakap dekat orang cermin diri kau dulu" Tengking Yuni. " Kau tu! Dasar perempuan murahan! Semua jantan kau nak" aku ternganga. " Apa kau cakap?! Kau tu perempuan murahan! Terhegeh-hegeh nak kan Romeo! Romeo tak nak dekat kau pun" Yuni tersenyum sinis.

" Kurang ajar kau! Memang mak bapak kau tak ajar kau beradab ke?" bukan setakat yuni, aku dan Illa pun macam nak explode. " Eh! lupa diorang kan duduk dengan Grandparents. Kurang perhatian" aku mengepal penumbuk. Bila-bila masa boleh dilayangkan. " well.. sekurang-kurangnya duduk dengan Tok Ayah still dapat perhatian and kasih sayang. Serba serbi cukup. Sebenarnya kau tu yang kurang perhatian daripada parents kau! tengok lah sekarang ni, cuba curi perhatian orang. Attention seeker. Sebelum cakap tu,muhasabah diri dulu"Sekali Illa balas pergh... power dia sampai ke tanah ke tujuh...

Muka gegediks merah padam. " Haah! Tergedik-gedik depan orang semata-mata nak kan perhatian. Poor girl" aku sudah join. Tindakan pantas Jazzy membuatkan aku bermandi Jus oren. Aku tergamam. Semua tergamam. Dia tersenyum sinis. Air si malang mana lah. Aku terus mencapai Air coke di atas meja milik sekumpulan budak nerd lalu dicurahkan ke atas kepala Jazzy. Sampai habis satu botol. Puas hati aku. " baju aku!!!!!!" bergegar satu Cafe. " Kau tahu tak ni baju aku beli dari butik Forever 21!!!" aku mencebik. Hari ni, hari Rabu, so kami dibenarkan untuk memakai pakaian bebas. Uniform rasmi wajib pakai hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hari Rabu bebas. Hari Jumaat wajib pakai samaada Baju kurung, jubah and so on. As long as lose and tak ketat.

" Like I care" dan aku menerina tamparan ala-ala service bola tampar. Pang! kuat. Aku pegang pipi yang kebas. Sakit! Dan tangan kiri yang mengepal penumbuk pantas dihayun mengena tepat pada pipi Jazzy. Dia terundur ke belakang. Patah tulang pipi nasib lah. Dan sesi tarik menarik rambut berlaku. " Farha Umirah!" aku berhenti, begitu juga Jazzy. Zefrieq!

" Apa ni! Tak malu ke gaduh depan orang ramai. Jaga sikit perangai. Tak ada maruah ke?!" aku terkedu. Tak pernah aku dimarah sebegini. " Bu..bukan aku yang mulakan!!" air mata sudah bergenang. "Habis tu tetap kau join juga. Kau tumbuk anak orang, kalau patah tulang pipi, patah hidung macam mana?! Berfikir pakai otak! bukan pakai lutut!" aku menahan rasa. Gegedik tersenyum sinis. " Kau nak bela diorang dah kenapa!!!! Suka hati dia lah nak jadi apa! Nak mampus ke! Aku tak kisah. Dia yang start dulu! Kau jangan bajet tahu semua sedangkan baru stay VIP tak sampai 2 bulan! Kau dengan gegedik ni sama aja!" tempikku. Dengan itu aku terus tinggalkan cafe. Dada sudah berombak. " Gila!" Yuni dan Illa mengejar langkah aku.
Kami naik ke bumbung VIP. Dekat situ ada terdapat beberapa buah beans bag. Sebenarnya ni tempat lepak rasmi The Romeo. Tapi kitorang pinjam sat. Pintu untuk menuju ke bumbung dikunci Yuni. Terserah lah! Kami nak ponteng. Kalau dulu-dulu kami ponteng, mesti akan ke sini. Tahun ni, first time ponteng. Kalau tahun-tahun sebelumnya, kami ponteng setiap kali moody. Haha.. buat macam sekolah sendiri. Eh! Tapi memang sekolah sendiri pun. Tok Ayah pegang saham terbanyak atas this school. So what?!

" eee... benci lah aku dengan si Pelat R tu!! Apa masalah dia dengan aku!" penutup minuman dibuka. Tadi sebelum kami datang ke sini, sempat kami singgah di vendor machine atau nama famous dia Mesin Degang. Disebabkan bunyi yang terhasil apabila tin air jatuh.

" Entah! Mamat tu insane. Sakit tak lagi pipi kau tu Ara?" Illa lembut bertanya. " Sakit lagi hati aku sekarang ni! Lantak ah pipi ni" kami melepak sampai waktu persekolahan tamat. Kami habiskan masa dengan menonton movie dalam MacBook Illa. Nasib baik Illa sempat grab MacBook dia. Kami tengok Finding Dory atas permintaan Yuni. Kami keluar sedikit awal. Masa nak ke loker, kami bertembung dengan Musketeers. Dang!. " Kau pergi mana tadi?" Harraz bertanya.

" Non of your business" laju Yuni menjawab. " KRUZZZ!!" aku memanggil Kruz yang baru sahaja keluar dari Bilik Muzik terkejut. " Aku nak balik dengan kauu!!" aku terus berlari meninggalkam yang lain. Tak nak duduk satu kereta dengan Zefrieq Shafeen. " Aku tumpang Qarl lah" aku dah tak kisah. " Nak tumpang jugak. Jom! Jom" dan aku balik dengan Qarl.

Di Vila, aku tak cakap sepatah pun dengan Zefrieq. Aku masih geram sebab dia menyebelahi Gegediks. Ingatkan dah baik. Kalau bertembung dengan dia, aku akan make sure aku tukar arah. Biar lah. Enchanted membebel sebab katanya aku dah lah partner dengan dia. Pertandingan pula dah dekat. Bila menari, mata aku aku pandang tempat lain.

------------------------------------------------------

Salam Jumaat guys.... so chapter ni a little harsh. Tapi, memang gegediks tu annoying tahap abadi. Character gegediks ni sebenarnya ada betul dalam real life saya. Character ni memang betul-betul wujud. So, saya dapat inspiration daripada diorang.

Diorang tu jenis semua lelaki dia nak minat, crush kita buat crush dia. Kita minat orang tu, dia minat orang tu. Suka meniru. Everything. Duh... so enjoy this chapter. Kept reading. Jangan lupa kalau murah hati VOTE AND COMMENT...

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now