Kaum Kerabat

5.9K 352 1
                                    

YUNI POV

Kami bertiga baru lepas berbual dengan Tok Ayah dan Tok Maa. Kata Tok Ayah, mereka terpaksa stay di Australia 2 hari lagi kerana cuaca di sana tidak mengizinkan. Angin kencang. Well, we don't mind. Wan balik tidak lama selepas itu.

" Nih, kaum kerabat kita nak datang makan tengah hari dengan kita hari ni" oh dang! Dengan apa yang dah jadi pagi tadi.. Oh nooo... itu baru seorang, Tariq cakap dia ramai mak saudara. Huhu... nasib kami lah. Tariq hanya diamkan diri. " Akhtar, hang dengaq tak apa Wan habaq ni?" Wan sudah bercekak pinggang. Geram dengan cucu dia yang sorang ni.

" hmm.. tadi jumpa Mak Long" perlahan aja Tariq cakap. " Jumpa Mak Long?" Tariq angguk. " Tak suka lah orang kutuk Illa, Ara and Yuni. Tak perlu pun show off sangat tak suka dekat diorang bertiga. I know she still mad at me" Tariq mendegus geram. " Akhtar, Akhtar tahu kan Mak Long tu memang macam tu. Jangan lah ambik hati. Buat ajalah macam biasa. Tak payah lah nak terasa hati dengan Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang semua tu" Wan sentuh bahu Tariq lembut.

" hmm.. tengok lah macam mana. Tapi Akhtar tak janji" aku akui, Tariq Akhtar memang cepat naik angin. Aku tak rasa aku akan boleh bersabar kalau ada family macam ni. Dalam hati aku bersyukur dengan keluarga yang aku ada sekarang ni. Biarlah tak besar pon. Asalkan harmoni.

" Jom tolong Wan masak" aku hanya mengangguk. " Wan nak masuk apa?" Illa menyoal. "erm..Wan ingat nak masak Singgang pedas Ikan Baung"dan mata Illa sudah bersinar terang bak bintang-bintang di langit yang luas. " Kalau korang tak makan, nanti Wan suruh budak bertiga ni pe beli ayam" Kata Wan yang membelakangi kami.

" eh.. tak payah Wan. Kami makan. Lagipun itu favourite Illa tu"aku hanya menggelengkan kepala. " korang makan?" Wan bertanya sedikit terkejut. " makan sangat. Kami okay jerr dengan ikan sungai. Tekak boleh telan" Ara turut menjawab. " Wan tak tahu pula korang makan. Niat ni nak masakkan untuk Akhtar. Tahu kan yang ni pun favourite Akhtar" kami angguk.

" Tahu sangat Wan. Kalau Wan nak tahu, dua orang ni confirm akan gaduh nak habiskan singgang pedas ni. Dan confirm akan berlaku peperangan" pecah tawa kami seisi dapur. " macam-macam. Sejak bila Akhtar pandai gaduh-gaduh manja dengan perempuan ni? Selalunya sebut perempuan, 100meter dah lari"aku ternganga. Tariq Akhtar sudahpun macam udang kena bakar apabila dibahan Wan. Kami seisi dapur ketawa. " Maklum lah Wan. Dah jumpa yang berkenan di hati. Orang kata gaduh-gaduh sayang" Makin kuat tawa kami apabila Zef menambah perisa.

"Haah! Nampaknya cepatlah Wan dapat cucu menantu" Tambah Harraz. " Raz sayanggg... elok-elok orang lain makan nasi, kau makan lesung batu ni kan" Illa menghentak kuat lesung batu di atas meja. Nasib baik meja wan ni diperbuat daripada kayu jati. Kukuh! Kalau tak mahunya terbelah dua.

Harraz cepat-cepat menyorok dibelakang aku. Kami ketawa. "Seronok bahan aku eh... kata dekat orang padahal dia tu lagi lah melebih. Wan... wan.. betul tak orang kata kalau suka someone ni mesti dia akan selalu usik orang tu kan?" Wan senyum sebelum mengangguk. Senyuman sinis dihadiahkan khas buat Zef dan Arraz. Aku dan Ara pula yang terkedu kali ni. Dan Illa tersenyum kemenangan. Korang tak nampak ke betapa serasinya dua orang ni? Haih.. teruk benor. Lambat besar dua-dua tu, biar aku nikahkan diorang nih! Evil smirk tu memang sedang terlakar di bibir lah. Kan dah diam kami berempat. Disambung oleh tawa dua perfect couple tu. Ergh... kadang-kadang aku tak suka bila Illa and Ariq bergabung sebab confirm kami kalah. Huhu.. what a sad life.

" Dah-dah. Tunggu hang pa gaduh, sampai lusa pun lauk tak masak. Bergerak sekarang wahai cucunda sekalian" dan kami terus memulakan tugasan. Aku and Ara tolong potong-potong aja. Gaya Wan masak macam nak suruh ramai yang makan. Aku berdoa sangat agar tak ramai mana yang datang. Takut tak selesa.

" Ni sebelum Wan terlupa, Wan nak cakap malam ni ada majlis cukur jambul dekat rumak Mak Cik Odah, kawan Abah kamu. Dia jemput kita semua pergi. Hang pa jangan tak pi pulak" kami hanya mengangguk lemah. Biarlah Yuni, bila lagi nak beramah mesra dengan orang kampung kan. Silap hari bulan nanti kau yang bakal bawa rombongan hantar menantu dekat sini. Erk... tapi boleh ke family si Tariq ni terima. Ish.. boleh tak Cik otak sila duduk diam-diam. Jangan fikir benda yang bukan-bukan. Aku ni asyik merapu ikan kerapu masak tiga rasa aja. Lamunan aku musnah tatkala mendengar suara orang memberi salam.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now