ILLA POV
" Guys... aku rasa macam kita dah lalu tempat ni tadi" baju Tariq aku tarik. Kaki sudah sakit. " Kan. Pokok besar ni dah tiga kali aku pegang" sambung Harraz. " weh.. jangan-jangan..." Ara memukul lengan Ara. " kau jangan sebut perkataan tu" Marah Ara.
Muka masing-masing kusut. Jam dipergelangan sudah menunjukkan jam 2 petang. Perut aku sumpah lapar. Pagi tadi aku makan sikit aja. " Aku rasa kita dah sesat" perkara yang aku takutkan kini berlaku. " Aaaaa... aku nak balikk!!" Ara sudah panik. " Woi! senyaplah. Apa kata kita duduk dulu. Tenangkan diri" cadang Harraz. Dan kami duduk.
" Raz, nak tenang apa! Kita dah sesat. Aku still nak jumpa Tok Ayah, Tok Maa, mummy and Daddy aku!" Sumpah Yuni dah macam nak nangis. " Yuni! Boleh tak jangan panik. Makin kau panik, makin rumit keadaan" Tariq cuba tenangkan Yuni. " Tariq... aku lapar" aku merengek. Lengan baju Tariq aku tarik. Perut dah macam kena gempa bumi.
Tariq memandang aku sebelum mencari sesuatu dalam backpacks hitamnya. Kami menjadi pemerhati. " Aku rasa cukup untuk alas perut" ada 3 roti dan sebotol air mineral. Kami makan dengan senyap. Aku still lapar. "Kita masuk ikut mana sebenarnya tadi?" Ara menyoal. " Kita masuk ikut anak panah merah tu lah" Zef berkata.
" Haah. kita memang dah ikut arah. Tapi.. kau perasan tak lepas kita ikut laluan tu, kita dah tak jumpa anak panah merah tu. Kan?" aku pun perasan. " takkan ada orang sabotage kita" Yuni buat andaian. Kami diam. " ish.. tak mungkin lah. Sekarang ni kita kena cari jalan keluar dari hutan ni. Ada idea?" kami diam.
Buntu! " Nak tak kita patah balik?" Ara bersuara. " payah lah weh. Dekat sini pokok nampak sama aja. Susah weh!" aku bersetuju dengan apa yang dikatakan Harraz. " Habistu? Kau ada jalan lain?" Harraz menggeleng perlahan. " Kita buat asap. Macam Red Indian zaman dulu. Mana tahu dengan cara tu diorang boleh jumpa kita" cadang Yuni pula. " Ish.. tak boleh macam tu weh! Nanti terbakar hutan nanti, mampos kita. Silap hari bulan boleh kena saman. Dah kena saman, kau nak masuk jail?" laju kami menggeleng.
" tak nak" aku berkata. "macam mana kalau kita dah tak dapat balik" Ara memeluk lututnya. " Kalau tak dapat balik, kita duduk aja lah dekat sini. Jadi geng orang asli. Best jugak" kan dah kena cubitan ketam aku. Gadis itu mengaduh kesakitan. "orang serius dia buat lawak membongak dia" Tariq menggelengkan kepala.
" Habis tu kita nak buat apa sekarang ni?" masing-masing sudah buntu. Tak tahu nak buat apa. Aku tak nak habis kan sisa hidup aku dalam hutan. Belum sempat habiskan sisa hidup, entah-entah dah kena baham. Astaghfirullah halazim.. aku cepat-cepat beristighfar. " Weh! Dalam ni tak ada harimau kan?" Aduh... asal lah kau pe sebut. " Entah lah. Tak ada kot" Zefrieq menjawab sedikit teragak-agak.
" In Sha Allah tak ada apa-apa. Kau jangan lah fikir benda yang mengarut" marah Harraz. " Aku tanya aja" Yuni membalas. " Aku rasa kam, kita terpaksa tunggu diorang cari kita lah. Kalau kita redah lagi, makin jauh kita pergi. So, aku rasa jalan terbaik kita just wait dekat sini" dan kami bersetuju dengan Tariq.
" Kau rasa diorang dah sampai ke belum?" Ara duduk disebelah ku. " Dah sampai lah tu. Lambatnya diorang nak sedar yang kita dah sesat ni" keluhku. " Sabar lah Illa, pasti ada jalannya" aku mengangguk lemah. Dah lah lapar. Nak nangis. Jam aku sudah menunjukkam jam 6 petang. Sudah 4 jam kami duduk bertapa di situ.
" Laparrrrr" Ara merengek. Aku pun lapar. "dekat sini tak ada something yang boleh dimakan ke?" Yuni bercekak pinggang. " Ada yang boleh dimakan. Tapi kita tak tahu. Kalau terkena tumbuhan beracun mati kita. Sabar lah. Sikit lagi. Anggap aja ni dugaan yang Allah bagi dekat kita" Zefrieq dah buat khutbah Jumaat.
Tapi hari ni hari sabtu. Lantak lah. Aku dengar seperti bunyi semak bergerak. Kami froze. Aku menelan liur. " Kau dengar tak bunyi tu?" soalan Harraz dijawab dengan anggukan kami. Tidak lama selepas itu, bunyi tu datang balik. Kali ini semakin dekat. Aku sudah berdiri tegak. Ya Allah engkau selamatkan lah kami.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Fiksi RemajaTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...