YUNI POV
Aku berpisah dengan Ara dan Illa. Aku pantas melangkah masuk ke dalam court Badminton. Kelihatan sudah ramai yang berkumpul di situ. Aku sedar yang aku lambat. Mana tidaknya, kami seronok melepak sambil makan di bawah pokok rendang ditepi padang VIP.Beg sukan dan botol air diletakkan di kerusi penonton. " Ayuni Wathiqah!" laung Qarl Ryan kuat.
Hampir satu dewan boleh mendengar suara Si Qarl tu. Aku menjeling geram ke arah lelaki itu. Perlu ke dia buat cam tu? Sebelum dia melaung nama aku lagi, baik aku pergi dekat diorang. Aku bermonolog sendirian. Kaki pantas melangkah masuk ke dalam court badminton.
" Hah! kau nak apa?" aku bertanya acuh tak acuh.
" Kau asal lambat?" Aus yang berada di sebelah Qarl tiba-tiba bertanya. Dengan gaya serupa mak tiri cinderella nya.
" Kau ni sibuk ajalah Pak Cik! Blah lah kau!" Aku pantas menolak badan Aus untuk menghalau. Aus busy body.
" tak, actually kitorang nk kenalkan ahli badminton kita yang baru" serta merta, mata membulat memandang lelaki yang berdiri dibelakang Qarl dan Aus.
" Yuni, kenalkan ini Harraz Daniel, Arraz ini Ayuni Wathiqah" aku hanya mengangguk, dia turut melakukan perkara yang sama.
"jom lah start perlawanan" dengan itu, kami mengumpulkan ahli-ahli badminton.
" Okay, aku nak buat pertandingan satu lawan satu terlebih dahulu. So, volunteer sapa nak start dulu" hampir satu dewan mampu mendengar suara aku. Arraz mengangkat tangan.
Tumpuan kini terarah kepada Harraz. "Okay, kau nak cabar siapa?" penuh sopan aku bertanya.
" kau" dahi berkerut.
" pardon me?" Harraz tersenyum sinis.
" aku nak lawan dengan kau lah perempuan" seisi dewan terdiam. Aku memandangnya tunak. What the...
" asal kau nak lawan dengan aku" mamat ni apa hal.
" well, aku just tak percaya aja yang kau ni hebat macam yang dikatakam Aus" Aus dijeling sekilas.
" alah Arraz, aku nasihatkan kau tak payah lah lawan dengan Yuni. Lawan dengan aku lah" Aus menyampuk.
"nope! aku nak lawan dengan budak pendek ni" aku sudah melopong.
" kau panggil aku budak pendek?" Suara sudahpun meninggi. Pantang aku kalau ada yang panggil aku pendek. Rasa terhina gila! Arraz tenang mengangguk.
" Haah! serius aku tak percaya. Boleh ke gemuk macam kau ni nak kejar bulu tangkis tu" aku tersentak. Gemuk?
Perkataan keramat! " apa kau cakap?!" suara naik meninggi.
" laa.. sound trouble rupanya" penumbuk dikepal. Haih.. malaun ni memang cari pasal dengan aku!
" apa masalah kau cari pasal dengan aku? kau nak gaduh ke?"suara naik seoktaf.
" well, aku tak ada masalah nak cari gaduh dengan kau. Aku cuma luahkan isi hati aku dengan penuh jujur dan ikhlas aja" kepala bana dia!
Ya Allah... Annoying nya muka dia. Sengihan tidak bersalah ditayang. " Sabar Yuni, junior ada dekat sini" Qarl cuba tenangkan aku.
" argh!! aku tak kira! junior ke, apa ke. Yang aku tahu budak baru ni memang dah melebih! Pantang aku kalau ada orang cari pasal dengan aku" side jahat aku sudah muncul.
Harraz menunjukkan riak bosan. Siap boleh menguap lagi?! Ini dah lebih! " lame lah kau ni" ini menghina namnya.
" okay fine! aku terima cabaran kau. Cuma, aku nak pesan awal-awal kalau kalah jangan salahkan aku!" smirk terukir di bibir.
" tak mungkin! aku akan make sure kau akan kalah" aku mencebik.
" Qarl! aku nak kau yang jadi pengadil" Qarl menurut tanpa banyak bunyi. Takut mungkin. Gelanggang dikosongkan bagi memberi peluang kepada perlawanan kami yang bakal berlangsung.
" okay, kita akan main satu set aja memandangkan masih ramai lagi yang nak guna gelanggang ni" duit syilling dibaling bagi menentukan siapa yang akan memulakan terlebih dahulu.
Dan syiling itu berpihak kepada Harraz. Tak apa, aku akan buktikan yang dia memang habis sebab cari pasal dengan aku! Perlawanan berlangsung. Pada mulanya dia bermain secara perlahan ingin mengejekku.
Dan aku hanya mengikutinya. 5 minit berlalu, dan aku sudah merasa bosan, pantas aku menukar corak permaina. Harraz kelihatan terkejut dengan serangan sepantas kilat aku.
Permainan menjadi semakin tegang. Handal juga dia main. Kami berbalas serangan. Dan aku yang menang. 21-19. Memang beza 2 mata aja. Nyawa pun dah berada dihujung tanduk. Pandai pula aku berperibahasa.
Aku dah terlompat-lompat dengan si Aus. Dia sejak dari tadi tak pernah putus bagi semangat dekat aku. " eleh... aku bagi chance aja tadi. Harap kau perempuan aja" aku mencebik.
" Tu ayat untuj loser. Dah kalah buat cara dah kalah. Terima ajalah hakikat yang kau tu dah kalah di tangan insan bergelar perempuan" pantas aku membalas.
" kau tahu tak, kau main badminton macam Atuk aku! Atuk aku main lagi baik lah" Aik.. aku yang kalah ataupun dia ni? Sedap mulut aja bandingkan aku dengan Atuk dia.
" Itu maknanya Atuk kau lagi hebat daripada kau sebab setanding dan setaraf dengan aku" I'm not trying to be RIAK here.
Kalau tadi dia yang seronok mengapi-apikan aku! Sekarang ambik kau aku balas balik. Ini Ayuni Wathiqah lah, Aku takkan duduk diam bila ada orang HINA aku.
" Kau main tak ubah macam pondan! Smash punyalah slow" dah tak ada modal ke?
" well, sekurang-kurangnya tak adalah malu sangat sebab dah menang! Yang kau tu, aku punya Smash yang bak kata kau 'macam pondan' pun tak boleh nak sambut. Dah lah main macam mak nyah tepi chaw kit road!" ambik kau! The bad side of Ayuni Wathiqah dah muncul.
Kalau si Aus memang dah bantai gelak separuh histeria. Muka Harraz merah padan akibat menahan amarah yang kian memuncak dan malu yang kian menebal. 'Shit! Minah Puaka ni memang dah melampau' gumam Harraz di dalam hati.
" Jahat kan mulut kau! Mulut busuk macam longkang! Memang betul apa yang The Glam kata, korang ni lagi teruk dari bitch, slut, klutz, whore..." PANG! Bergena sedewan. Semua tergamam. Tangan aku pedih. Tapi tidak sepedih hatiku sekarang ni. Harraz memegang pipinya yang ditampar.
Adehh.. tangan aku kebas! " kau memang kurang ajar!" tempikku kuat.
Aku memang pantang kalau orang cakap aku cam tu. And slut? klutz? whore? Like seriously? Dengan itu aku terus mencapai beg sukan dan botol air kesayangan dan terus berlalu membiarkan mereka yang masih terkejut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku.
Sampai di pintu utama dewan badminton, aku dikejutkan dengan kehadiran Farha Umirah. " Eh Ara! Kau buat apa dekat sini?" aku bertanya pelik.
" Aku nak ditch latihan. Si Mamat bajet bagus tu memang dah melebih" serius aku tak faham apa yang Ara bebelkan.
" Nanti aku story mory dengan kau. Yang so sure hanya ada satu tempat lagi yang tinggal. Jom lepak dalam dewan basketball. Boleh tengok Illa training" dengan itu kami terus menuju ke tingkat 2 bangunab sukan.
Dari pintu masuk utama, jelas kedengaran suara orang sedang bertekak. Dan aku sangat mengenali suara itu. ILLA! Aku dan Ara berpandangan. " Illa gaduh dengan Gegediks ke?" Soal Ara. Menyedari sesuatu, aku mengheret Ara untuk dapatkan Illa.
THIS.IS.BAD.
WE.ARE.SO.DEAD.
Matilah sebab Illa mengamuk. Illa mengamuk buruk padahnya.--------------------------------------------------
2 Chapter in 1 day. Nasib hari ni tak terlampau busy. Just busy a little bit aja petang sebab ada PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK..... Doakan Saya and the geng... hope semua enjoy dengan story saya.
VOTE AND COMMENT.... IT HELP A LOT
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...