Pool Party

6.1K 384 0
                                    

ILLA POV

Aku duduk bersantai di tepi kolam sambil membaca buku bertajuk FOUR yang dihadiahkan Tariq. Sungguh aku tak sangka yang lelaki itu sungguh sweet. Dah lah bagi aku IP punya cantik. Warna hitam gold casing dia. Then a glitter. Bila aku baca buku FOUR ni, suddenly terbayangkan Tariq. Dah lah nama Hero dia Tobias. Dekat-dekat dengan Tariq. Masa dia bagi, hati aku mula berbunga-bunga.

Sekarang ni, bila bertembung dengan Tariq mesti hati aku berdebar. Dah lah senyuman dia versi pencair hati. Aduh... macam mana ni Cik jantung, Cik hati, takkan dah cair?? Dinding perisai yang aku bina  berlapis-lapis tu takkan dah roboh?? Aku dah teruk sangat ni.

Entah lah.. aku susah nak cakap. Kalau dengan Luth tak macam ni. Cik Jantung and Cik Hati tak menggedik macam dengan Tariq. Masalah jiwa sungguh. Aku cepat-cepat menggeleng. Tumpuan kembali terarah kepada buku yang dibaca.

Aku rasa macam ada yang memerhati. Liur ditelan. Takkan lah ada makhluk halus siang-siang hari macam ni. Nak kata malam jumaat, memang tak lah. Sah-sah hari ni Ahad. Bukan Jumaat. Aku memberanikan diri untuk berpaling ke sebelah kanan. Pusing aja setongkol muka Tariq Akhtar. " Argh!!" aku menjerit kerana terkejut. Mujur tak tercampal buku tu dalam kolam.

Tariq menghamburkan tawa. Dada aku urut perlahan. " Ee. kau ni boleh tak jangan muncul macam hantu. Terkejut aku. Nasib aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak dah lama aku go ahead. Lepastu, tak reti nak bagi salam ke? Kau ni! Kalau buku ni jatuh dalam kolam, siaplah kau aku kerjakan. Pastu ketawa macam langsuir" aku mula membebel. Tariq menompang dagu sambil memandang aku.

Tiba-tiba Cik Hati dan Cik Jantung berdebar. Ish.. duduk diam-diam dalam tu sudah lah. " Dah habis dah membebel?" dia menyoal. " Ini, bukan membebel, ini namanya berkata-kata menggunakan kosa kata yang banyak dengan laju dalam satu masa" selamba aku membalas. " owww... baru aku tahu. Tapi, dalam erti sebenar tetap membebel lah mak cik! Kau tu, kalau baca buku bukan nak sedar. Penyangak duduk sebelah pon kau tak nampak. Dah lah berangan. Macam nak tembus langit kau pandang. Fikir apa lah agaknya. Aku tertanya-tanya pastu tergeleng-geleng. Macam orang kena sawan khinzir tau. Ish.. apalah kau ni. Lain kali kena ada senses of humor" aku ternganga.

Sekarang ni Tariq ganti aku membebel. " Kau kata aku kena sawan Khinzir??!! Kuang ajak" Aku memukul bahu Tariq menggunakan buku ditangan. Lelaki itu hanya tergelak besar. " Malas aku layan kau. Buang karan" aku kembali membaca buku. Tapi sedikit tidak selesa kerana Tariq sibuk memerhati.

" Ish.. boleh tak jangan tenung aku!" aku memarahinya. " Mana ada tenung kau, aku kira berapa helai bulu mata yang kau ada" Ariq membalas dengan muka innocent dia dia. Aku menepuk dahi. " Ya Allah! Kau ni macam-macam. Pergi lah buat kerja. Kau dah tak ada kerja ke sampai nak kira bulu mata aku?" aku sudah bercekak pinggang. "Nope! tak ada kerja. Sebab tu kira bulu mata kau"aku menggelengkan kepala.

" Suka hati kau lah" aku terus membaca. Suddenly... buku aku dirampas Tariq. " Tariq Akhtar!! Bagi lah balik buku tu" dia sudah berdiri. Buku diangkat tinggi. " Ambik sendiri" Ya Allah dia dah lah tinggi, tanggan dia angkat pula bertambah tingginya. " Tak lawak lah weh" aku menghentak kaki persis anak kecil yang tak dapat lolipop.

" Eee... lame lah kau ni" rungutku. " Lame? kau kata aku lame? kita tengok siapa yang lame" dan senyuman sinis dia muncul. Buku aku dicampakkan di atas kerusi. Aku menelan liur kesat. Badan dia semakin menghampiri badan aku. Aku berganjak ke belakang, semakin dia dekat semkin aku menjauh. Akhirnya aku sampai ditepi kolam. Setapak lagi conderm jatuh. Dan Tariq menapak satu langkah kehadapan. aku sudah hilang keseimbangan. Badan aku yang ingin jatuh aku paut pada badan Tariq. Disebabkan dia yang turut sama tak bersedia, kami berdua jatuh kedalam kolam. Aku muncul dipermukaan air.

" Tariq!!! Aku baru salin baju!!" air disimbah ke arahnya. Dan aku dengar suara orang gelak. Cis, Ara dan Yuni yang berada di balkoni tingkat 3 mengetawakan aku. Harraz dan Zefrieq menghampiri dengan tawa yang masih bersisa. " Padan muka. Dua-dua jatuh" Harraz yang duduj di tepi kolam masih mengetawakan kami bersama Zefrieq. Aku dan Tariq berpandangan. Isyarat mata dihantar dan kami mengangguk. Dengan pantas aku grab kaki Harraz, Tariq grab kaki Zefrieq dan kedua-duanya jatuh ke dalam kolam. Aku dan Tariq ketawa sambil.membuat high five. Ara dan Yuni sudahpun turun turut tergelak sama. " woi!! aku baru mandi. Kekurang ajaran kau berdua. Meh sini"dan bermula lah aksi kejar mengejar di dalam kolam renang.

Harraz dan Zefrieq menarik aku. Aku menggelepar minta untuk dilepaskan. "Duk diam-diam lah weh. Jom tarik Yuni and Ara" bisik Harraz. Aku mengangguk setuju. Segera aku berenang menuju ke tepi kolam. " Ara, meh sini tolong angkat aku naik" Ara yang masih blur bangun dan menghampiri aku. Tangan yang dihulurkan aku tarik menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam. " Illlllaaaaa!!!" Ara menjerit. Zef buat high five dengan aku. Yuni ditepi kolam ketawa macam nak mati. Tiba-tiba dia tergelincir dan jatuh ke dalam kolam. Ketawa kami bergabung. Ya Allah sumpah lawak. Dan bermulalah sesi peperangan air kami.

Pistol air yang disimpan dalam store turut dikeluarkan. Nak buat serangan dekat diorang, tapi kami diserang terlebih dahulu. Diorang guna paip air. Mana aci!! tawa kami berselang seli. " Ya Allah budak-budak ni main habis masuk dalam garden Tok Maa" kami froze disitu. " Alah Mah, biarkan ajalah budak-budak tu. Bukan selalu. Tok rosak lagi" aku tersengih apabila Tok Ayah back-up kami.

Aku berhenti untuk melepaskan penat. Ingat tak penat ke asyik ketawa. Aku memerhati telatah mereka. Tersenyum sendiri aku dibuatnya. Harraz macam biasa suka usik Yuni. Zefrieq dengan Ara gaduh lah. Aduh lah sepupu aku ni, tak tahu ke yang diorang sedang create moment sweet dengan our enemies. Enemies lagi ke? Tak. Frenemies. Friends but still enemies. Tu status kami sekarang ni.

Kejap-kejap okay, kejap-kejap tak. Aku pun pelik. Tak faham dengan situasi kami. Diorang kadang-kadang annoying tahap infinity. Tapi kalau datang baik dia macam malaikat. Hahaha... over sikit di situ. Tapi, aku okay aja macam ni. Biasalah gaduh tu tanda sayang... erk... sayang??? Sayang ke??? Itu persoalanya.

------------------------------------------------------------
Done.. hoorey... Tapi pendek aja chapter ni. Dah tak tahu nak susun kata macam mana. Whatever it is, enjoy it. Hope you guys like it. VOTE AND COMMENT... Kept reading and wait for my update. Love you....

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now