ARA POV
Enchanted and Bad Boy, diorang ni sweet lah bila together. Comel aja. Dah hampir seminggu kami duduk semeja. Memang makin bising lah Cafe dibuatnya. " Ayuni Izzah Abdullah!!!" berkumandang suara Syaifudin Saadon yang sumbang lagi mahram tu. Izzah ketawa. Mana tidaknya, Izzah pergi patahkan pensel katu yang terukir nama ' Denmark'.
" Fuh! Pudin sampai nama ayah Izzah kau sebut. Kau nak hafal lafaz akad nikah ke?" Aza mengusik. Izzah pandang Aza tidak beriak sebelum menghempuk kepala Aza menggunakan buku rujukan Chemistry yang tebal itu. "Aduh! Izzah!" Marah Aza. Kalau orang lain maybe akan takut bila Bad Boy marah,tapi kami biasa aja.
" Kau cakap baik-baik sikit eh. Aku tumbuk kau berterabur gigi!" Izzah menayang penumbuk. " Lek ah Izzah, gurau aja" Aza berkata membela diri seraya tersengih. " Izzah, kau tahu tak aku beli tu dekat Denmark tau. Habis patah. Nasib baik ...." then aku dah tak dengar ayat Pudin lepas tu. " Nasib baik apa pudin?" Yana tanya sebab tak jelas. " Hah?! Nasib baik sayang!" Juan yang berada di sebelah Pudin berkata kuat membuatkan kami semua terkejut. Dan muka pudin terus berubah. " Sayang?! Hahaha... Pudin suka Izzah!! Pudin suka Izzah" Dan Aimin kecoh. Siap nyanyi lagi.Pudin diam. Izzah pula sudah merah muka menahan malu. Hahaha.... Pudin blushing. First time kot. " Orang kata kan... senyap tandanya betul... Haahaha... tertangkap sudah" Afiq menambah lagi. " Fine aku suka Izzah kenapa? Ada masalah ke?" aku sudah melopong. Izzah memang dah blushing teruk. Muka dia mengalahkan blushing Illa. " Eleh.. sekurang-kurangnya aku dah confess. Macam aku tak tahu yang Juan suka Yana, Afiq suka Ecah, Adam suka Piqah, Aza suka Hanis, Dan Aimin suka Nuyyin. Hahaha.. alang-alang dah bocor, kita bocorkan semua" Kali ni Pudin gelak kuat. Yang lain pula yang tergamam. Yang si tukan bahan Pudin tadi tergamam tidak terkata lah. Triplet dan Musketeers hanya menjadi pemerhati.
" Okay aku nak jadi gentleman, aku mengaku aku suka Piqah" entah kenapa hari ni Cafe senyap sampaikan suara Adam dapat didengari seluruh Cafe. Semua tergamam. Aku, Illa dan Yuni sudahpun menjerit kecil. " Adam, kau dah mengaku, aku pun nak mengaku juga lah. Aku suKa Hanis. Simple. Don't say a words" Aza turut mengaku. " Aku suka Ecah. Done!" Afiq kata selamba. " Erk... aku jujur and serious this time, aku suka Yana"Juan mengaku akhirnya. " Aku aja lah yang tinggal ni? Okay lah aku suka Nuyyin. Habis cerita" Aimin tersengih.
" Semua dah dengar kan? So aku tak nak dengar sesiapa pun buat cerita atau menambah cerita. Kami tahu, siap korang! And Enchanted is ours. Remember that!" tegas Aza berkata. My... tak pernah tengok Aza setegas itu. Seisi cafe senyap mendengar amaran Aza. "Ai shippp sweet kau!!!" Illa dan Yuni memecahkan kesunyian.
" Wah!! Cinta berputik di Cafe VIP!!!" aku menambah mengundang tawa seisi cafe. Enchanted and Bad Boy sudah malu. "Sape kata aku suka kau..." Jari ditunding ke arah Juan. Air muka Juan terus berubah. Haha nampak sangat. "...aku bukan suka tapi aku sayang" sambung yana lagi. Yana menahan malu. Haa dah blushing dah. Juan tersenyum simpul lalu menyorok di belakang pudin. Aimin bantai gelak sampai tegolek-golek.
"Haa suka sangat..kau tak tahu ke aku pun suka kau?" Nuyin pantas menekup mulutnya. Tersasul la tu. Aimin yang dari tadi gelak terus tergamam. Juan pula mengambil alih ketawakan Aimin yang blushing. "Alaa dah semua confess aku pun nak confess laa.. " Izzah tersenyum simpul. "Pudinn..." izzah meleretkan suaranya. "Aku pun rasa suka laa dekat kau hehe." izzah menayang muka yang tersenyum sumbing. "ehem ehem" pudin dah blushing.
"Aku.. aku..." Piqah bermain dengan tangannya tanda dia gementar. Adam hanya diam menantikan jawapan dari Piqah . "aku.. pun sebenarnya suka kau" perlahan aja suara Piqah. Kami menepuk tangan. Adam melompat kegembiraan . Suka sangat.
"Aza, kau ni kenapa confess depan orang ramai.. malu laa aku, " hanis dari tadi diam membuka suara. "mana kau je confess depan-depan, aku pun nak confess jugak. Saranghaeyo" kata hanis sambil menunjuk simbol love menggunakan jarinya. Telinga aza terus bertukar merah. "aza! telinga kau dah merah. Hahaha" kata yuni sambil ketawa. Sekarang ni kami hanya menunggu confess dari ecah.
"Ecah, kau taknak confess ke kat afiq. Sian afiq dah lama tunggu kau." aku buat muka seposen . Mahal sikit dari seposen. "aku...aku..aku.." tergagap gagap lagi ecah. "aku...aku. AKU APE??!" Laju je Illa menghentak meja . "Aku pun suka afiq" Laju ecah melatah. Terus menekup mulutnya kerana malu. kami terjerit kecil. "Tak sangka diam diam ubi berisi" Harraz yang dari tadi senyap buka mulut. kami tergelak dengar harraz berkata begitu. Muka afiq kelihatan teruja. hahaha comel je semua. " Kepada ahli kelab peminat Bad Boy, boleh bubarkan kelab tu ya.. aku tak nak share hak aku! Ingat tu. Enchanted lagi Bad dari Bad Boy. We can do anything!!!" keras amaran Izzah. " Faham tak?!" rata-rata mengangguk tanda faham. " And tak payah nak gedik-gedik dengan Aza okay. He just a freaking playboy. Aku tengok duduk bertempek dengan Aza, nahas korang semua" kalau Izzah dah garang, Hanis lagi garang. Takkan dia dapat nama timangan Singa Betina. Garang wooo... memang padan muka Aza. Aza terkenal dengan perangai Playboy kelas pertama. Awek keliling pinggang. Tapi sejak dua menjak ni tak ada dengar gossip pasal awek-awek Aza ni.
"Nasib aku lah sebab suka orang garang ni" dan Aza menerima cubitan berbisa di lengan. Kami gelak. Nasib kau laa.. Dan kami hanya tergelak. " Weh, kita ni nak cakap aku kau ke?" Adam tanya. " Eh aku kau lah. Apa masalahnya" Yana balas. " Haah! Kalau aku kau lagi sweet tau. Kalau saya awak tu geli lah" Izzah menambah. " Kan.. lagipun bukan kita bercakap dalam doa dengan Allah pun guna bahasa aku engkau ke?" aku turut sama menyampuk. " you got the point Ara, aku pun setuju. Lagipun kita ni bukan dalam flirtationship ke? Kita ni kan TEMAN TAPI MESRA" Illa menambah seraya tersenyum. " Aku no hal aja. Sebab tu aku tanya. Aku pun geli nak cakap saya awak. Berbelit lidah ni" Juan turut bersetuju.
" Aku kau is okay" Adam angguk. " Illa, aku nak panggil kau Bae. Tak kira lah kau suka ataupun tak" putus Tariq. " Suka hati kau lah Ariq. Asalkan kau bahagia" Illa balas. " ololo.. so sweet. Berbae bagai. Comel!" Enchanted teruja. " Dah-dah kita dah lambat masuk kelas ni. Jom blah" then kami belajar seperti biasa.
Habis waktu persekolahan, Zef bagi cadangan untuk keluar makan dekat Nando's. Jadi kami semua bersetuju. Walaupun aku kurang menggemari Nando's aku ikutkan aja. Nampak Illa and Yuni excited nak makan dekat sana. Aku selesa menjadi pemerhati. Wajah masing-masing terpancar sinar kebahagian. Semoga apa yang Allah berikan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amiin
----------------------------------------------------------
Hai everybody.... This part is quite cheesy. Hahah... Disebabkan I use nama all of my friends untuk watak dalam ni, sedikit sebanyak I feel it was so hilarious. Tadi masa tulis dalam kelas pun sedikit teragak-agak. Then bila terpandang wajah tuan punya nama, confirm saya gelak. Hahaha...Okay for your information sekolah saya benarkan pelajar bawa phone. Just nak cakap. So hope you guys enjoy. Stay cool and kept reading. Jangan lupa for VOTE AND COMMENT... I love you guys...
Sincerely
ADEL...
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...