ARA POV
Aku berdiri penuh gementar. Tok Ayah dan Tok Maa masih belum mengetahui tentang penghijrahan kami. Sedikit sebanyak aku tetap nervous. Tak sabar nak tengok reaksi mereka berdua. Illa dan Yuni sibuk dengan tiga beradik yang comel tu. Kak Sabby dan Abang Adiq terkandas di Malaysia atas urusan kerja. Banyak lagi benda yang tidak diselesaikan. Katanya.
Shawl aku betulkan sedikit. " Tok Ayah! Tok Maa!!" aku berpaling sewaktu mendengar jeritan Zef. Aku tersenyum melebar. " Assalamualaikum!" tersenyum lebar kami semua. Alhamdulillah. Mereka berdua selamat sampai.
" Illa, Ara ngan Yuni mana? Diorang tak ikut ke?" aku ternganga. "Tok Ayah! Tok Ayah tak nampak kami ke?!" Suara Yuni sedikit tinggi. Tok Ayah dan Tok Maa sedikit tergamam. Nampak ketara sangat perubahan wajah kedua-duanya.
"Farha Umirah?" aku angguk. " Ayuni Wathiqah?" Yuni laju angguk. " Adila Medina?" Illa ketawa halus. "Ya Allah, Tok Ayah!Tok Maa, ini kami lah. Cucu perempuan Tok Ayah yang paling cantik, paling vogue dalam dunia ni tau"mereka meletuskan tawa tatkala mendengar Illa masuk bakul angkat sendiri.
"Bangang punya Illa! Masuk bakul angkat sendiri"Yuni disebelah menggelengkan kepala. " Subhanallah... Alhamdulillah. Gembiranya Tok Ayah dan Tok Maa tengok. Meh sini nak peluk"and we pull in a hug. " Kalau Tok Ayah tahu, dah lama Tok Ayah and Tok Maa pergi bercuti tinggalkan korang. Bila balik dah pakai tudung"sempat Tok Ayah melawak. "Dah lah jom balik.Kita sambung dekat rumah pula sesi jejak kasih" Abah berkata selamba membuatkan tawa yang baru reda meletus kembali.
Adoi... macam-macam. Sampai di Vila, Tok Ayah dan Tok Maa terus menggesa kami untuk bercerita. Jadi kami cerita lah. Ada beberapa part yang kami skip. Khusyuk betul semua dengar. Lepas dengar cerita once upon a time kami, Mak Jah dan Kak Su memanggil kami untuk makan tengah hari.
" Rugi tau Illa, Ara, ngan Yuni tak nak ikut kami pergi Australia"aku mencebik. "Alah buat apa.... Tok Ayah bercuti sambil kerja. Nanti kami kena tunggu Tok Ayah habiskan kerja, baru boleh pergi jalan-jalan" Selamba Yuni membalas. " Alah.. itu tidak dikira. Tok Ayah and Tok Maa dapat bagi kangaroo makan tau"Mata kami bersinar-sinar. " Kangaroo?! Bestnyaaaa" Illa berkata.
" Hahaha... Tok Maa tahu korang mesti jealous soo.." belum sempat Tok Maa menghabiskan ayatnya, Yuni laju mencantas. " Tok Maa bawa balik Kangaroo tu ke?"dan... dan... Yuni menerima sekehan dikepala oleh Daddy. Yang lain tergelak. " Ingatkan hantar belajar tinggi-tinggi jadi pandai. Ini makin bodoh ada lah" aku memang dah tak tahan. Sumpah bodoh! Mulut Yuni sudah ditarik. "Buat lagi muncung macam tu. Daddy ikat terus jadi muncung itik! Elok-elok Allah buat bibir cantik, dia pergi buat muncung"bebel Daddy. Makin masam wajah Yuni dibuatnya.
" Dah-dah. Anak beranak berdua ni tak habis-habis nak bergaduh" Daddy tersengih. " ololo... Dad gurau ajalah" kepala Yuni digosok. " Malas kawan dengan Daddy" rajuk Yuni. " macam-macam kamu berdua ni. Tak ada maknanya Tok Maa nak bawa balik Kangaroo! Tok Maa bawa balik Teddy bear Kangaroo aja" wah! Teddy bear!!! Memang makin bertambah lagi lah koleksi teddy bear aku.
Selesai makan tengah hari, kami sekeluarga duduk bersantai di halaman rumah. Di gazebo kayu cantik itu. " Dad!!! Fish!!" Meena dan Ariel menarik Daddy mereka ke arah kolam ikan koi. " Meena! Ariel! Jaga-jaga. Nanti tak pasal-pasal tiga-tiga jatuh dalam kolam, Mummy tak nak dekat. Bau hanyir!" Kak Sabby yang sedang membantu Tok Maa menyiram pokok melaung ke arah ketiga-tiga mereka.
" Daddy yang lambat sangat berjalan" laju aja mulut Ariel menjawab. " Eh budak ni! Tok Maa tengok lah tu. Sab tak geram macam mana kalau mulut tu asyik nak menjawab aja. Umur baru setahun jagung" Kak Sabby mula membebel. Aku nampak Tok Maa ketawa kecil. " Budak zaman sekarang. Rain, seronok betul duk bersihkan pokok-pokok bunga Nyang ni. Good Boy. Kamu dua beranak sambung lah, Tok Maa nak duduk" Puan Sri Hajah Fatimah merapati kami.
" Buat apa tu?" Tok Maa mengambil tempat disebelah Illa. " Siapkan kerja ni hah! Esok baru nak sekolah baru ingat masih ada kerja yang tak siap" aku tolong jawab bagi pihak kami bertiga. Aku tengok Illa and yuni tu bukan main focus buat latihan subject killer SPM.
" Itulah. Suka buat kerja last minit kan" Aku sengih. Nasib baik aku dah siapkan separuh sebelum pergi camping. " Hey girls!" kami berpaling. " Hai Tok Ayah" hampir serentak kami membalas. " Tok Ayah buat apa tadi?Dengan berpeluh-peluh bagai ni?" Yuni bertanya pelik. BK Chemistry sudahpun di tutup. "Tok Ayah tengok Papa dan Ariq main basketball dekat belakang. Seronok sangat. Sama-sama hebat" Tempat kosong disebelah aku diisi oleh Tok Ayah.
" Hahah... Kenapa Tok Ayah tak join?" Illa turut sama menutup BK Chemistry nya itu. " Uih... mahu patah riuk pinggang Tok Ayah ni" kami tergelak. " Girls, korang happy?" kami bertiga memandang Tok Ayah pelik. " Maksud Tok Ayah?" Lelaki tua itu tersenyum simpul. "Macam lah Tok Ayah and Tok Maa tak perasan. Kamu berenam dah berbaik kan?" kami tak angguk dan tidak juga menggeleng. " Orang tua-tua cakap senyap tu tandanya betul. Mah,nampaknya berbesan lah kita dengan si Daus tu" Tok Maa dan Tok Ayah tergelak. Haih... memang tepat tekaan mereka. Baru nak rahsiakan dari pengetahuan diorang.
Kuat betul firasat Tok Ayah dan Tok Maa. Kalau muka Illa tu tak usah nak dikata lah, merah padam menahan malu. " Hmm... Tok Ayah suka tengok kamu semua dah berbaik-baik. Tenang sikit hati kami. Andai kata Tok Ayah dan Tok Maa sudah dijemput ilahi, sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga korang bertiga" bagai ditampar, hati aku perit mendengar bicara Tok Ayah.
" Tok Ayah! Jangan lah cakap macam tu. Tak mau lah cakap macam tu!!" Air mata aku sudah bergenang. Kalau aku baru bergenang, Yuni tu dah berjujuran air mati di pipi. " Tok Ayah cakap benda betul. Semakin hari kami berdua semakin tua. Bukan makin muda" air mata yang ditahan gugur jua. " Mana ada tua! Tok ayah handsome lagi okay!" aku membalas menyebabkan lelaki itu ketawa kecil.
" Tak suka lah Tok Ayah cakap pasal mati ni" Illa bersuara. Illa pun sudah menangis. " Illa, mati itu pasti. Kita tak tahu berapa lama lagi kita hidup. Semua terletak di tangan Allah SWT. Mengingati kematian tu dapat pahala tau. Sebab kita akan sentiasa berjaga-jaga. Akan ada satu masa, kamu
bertiga akan kehilangan kami. Tapi kita tak tahu" Illa sudah dipeluk Tok Maa." Tapi, sebelum Tok Ayah tutupkan mata buat selama-lamanya, Tok Ayah nak sangat kamu bertiga berjaya. Tok Ayah nak kamu bertiga buktikan yang korang boleh berjaya. Di dunia, mahupun di akhirat. Janji dengan Tok Ayah, jadi seorang anak yang patuh, mendengar kata, baik hati, penyayang, dermawan, taat pada semua perintah Allah SWT dan jauhi larangannya"aku angguk semahunya. Yuni memang sudah tersedu sedan. Banjirlah KL.
Illa dia jarang nangis, tapi sekali nangis memang susah nak berhenti. Yuni senang nangis, susah berhenti, dan aku sama macam Yuni. Aku rasa macam segala jenis air dah keluar. Tambah air liur sikit, perfecto...
" Korang bertiga adalah cucu paling awesome yang Tok Ayah pernah ada. Walaupun korang nakal, suka buat kecoh, huru-harakan keadaan, buat masalah dan sebagainya, tapi disebabkan perangai macam tu lah buatkan hidup kami berdua tak pernah sunyi. Even selalu buat Tok Ayah sakit kepala, Tok Ayah tetap suka. Dengan lawak bodoh korang, perangai gila-gila tak matured macam budak umur 5 tahun. Sayang dekat korang tak akan pernah pudar. Ingat tu"terharu!!! Sungguh dan sangat terharu.
Tak tahan. Aku terus peluk Tok Ayah erat. " Nak peluk juga!!!!!" dan kami buat group hug. " Love you forever! Tok ayah, Tok Maa" gumamku. " Abah, Maa kenapa ni?" jelas dengar suara Tan Sri Nashiruddin bertanya. Tok Ayah hanya menggelengkan kepala. Tanda tidak apa-apa.
"Korang nangis ke?" apa ke bodoh soalan si Harraz. " Eh tak ada lah! Mata bocor. Sebab tu lah air keluar" meletus juga tawa ku kami akhirnya. Haih... Yuni kalau menjawab, memang kaw..kaw... Tok Ayah, Tok Maa, walau apa pun yang berlaku, kami akan tetap sayang the both of you forever. Tok Maa dan Tok Ayah akan sentiasa mendapat tempat di hati kami. We Love You...
------------------------------------------------------------
A little bit emotional... Hope you guys like it. Stay cool and kept reading. Jangan lupa VOTE AND COMMENT!!!! Saranghea yooo...
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...