ILLA POV
Pantas kaki menuju ke bilik Ara dan Yuni.Tetapi kedua-duanya tiada di bilik mereka.Illa terus menuju ke bilik yang terletak berdekatan dengan biliknya. Iaitu Bilik Lepak Triplet Troublemaker ( BLTT).Bilik yang dilengkapi dengan sebuah TV berskrin besar. Memang terasa seperti berada di sebuah panggung wayang. Dengan lantai yang diliputi carpet tebal, kusyen empuk memenuhi bilik tersebut. Itulah tempat di mana kami melepak sekiranya kebosanan.
( BLTT)Tepat tekaanya. Kedua-duanya sedag duduk di atas kusyen empuk. Muka masing-masing masam mencuka. Illa masuk dan terus duduk diantara mereka. " alah korang, tak payah lah buat muka serupa tempoyak basi. Tok Ayah bagi punya. Jangan lah risau" Illa memujuk.
" kalau Tok Ayah tetap dengan keputusan dia macam mana? Tok Ayah selalu ingat kita tak pandai jaga diri. Tak suka betul!" Yuni mendegus.
" haah. Tok Ayah selalu buat kita macam budak umur 7 tahun. Please lah, kita dah 17 tahun kot. Pandailah jaga diri" Ara menambah.
" Tok Ayah bukan apa, dia sayang kan kita aja. Tambahan lagi kita aja cucu yang dia aja. Perempuan pulak tu. Mestilah Tok Ayah bimbang. Tok Ayah buat macam tu mesti ada sebab. Insyallah Tok Ayah benarkan. Kalau nak Tok Ayah percaya kan korang, ubah lah sikit perangai tu, biar matang sikit. Kau berdua fikir apa yang aku cakap ni. Aku balik bilik dulu. Kerja still banyak" terus Illa bangun dan menapak ke biliknya. Ara dan Yuni diam.
Memang diakui Illa bersikap lebih matang dari mereka berdua. " Apa yang Illa cakap tu semua betul. Tak elok kita buat macam ni" Ara memandang Yuni.
" bila Illa cakap macam tu baru terasa apa yang aku buat tadi teruk. Esok wajib minta maaf esok ni" Ara bersetuju dengan Yuni.
" eh! kerja Add Math tak siap lagi. Aku cau dulu" Yuni menepuk dahi.
Sumpah dia terlupa. Dah lah esok kena hantar." weh! aku pun tak siapkan lagi kerja Kimia. Jom ah" terus kedua-duanya ke bilik masing-masing untuk menyiapkan kerja yang masih berbaki.
--------------------------------
Pagi itu Ara kecoh mengetuk pintu bilik Yuni. " Kau nak apa? pagi-pagi dah muncul depan bilik aku ni?" Yuni bercekak pinggang.
" Yuni, aku nak pinjam bobby pin boleh" Ara mengerdipkan matanya beberapa kali.
"hmm.. pergi lah ambil sendiri" Yuni membenarkan Ara masuk.
" alah.. Yuni, kau ambilkan lah. Aku mana tahu kau letak dekat mana. silap hari bulan boleh sesat tau" Yuni malas hendak mendengar Ara membebel pantas mengambil bobby pin yang berada di dalam closetnya.
" aku nak suruh Illa lah yang buat rambut aku" Ara lantas berlari.
" aku pun nak juga" Yuni turut sama berlari menuju ke bilik Illa. Pintu bilik Illa diketuk kuat. Tidak lama selepas itu, pintu bilik dikuak dari dalam.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...