IPhone 6

9.7K 483 1
                                    

ILLA POV

Aku menyiapkan kerja Fizik di dalam library yang terletak di tingkat 2. Tergerak hati hendak menyiapkam kerja di sini. Pintu library dikuak dari luar. Ara dan Yuni datang mendekati ku. Kedua-duanya pantas mengambil tempat bertentangan dengan ku.

" Banyak lagi ke Illa?" aku angguk tanpa suara. Sedikit sebanyak kejadian pagi tadi mengganggu mood aku.

Gegedik tu melebih. " kau okay tak ni?" Aku tersenyum nipis.

" aku okay lah. Kenapa datang sini? Kerja sekolah dah siap" perasaan marah aku usir. Mood diceriakan. Kesian Ara dan Yuni kerana terpaksa menahan perasaan dengan mood aku yang senang berubah.

Ara dan Yuni sedikit lega. " ada. Tapi... nanti lah kitorang siapkan" Yuni cuba mengelak. Kenal sangat dengan perangai Yuni yang suka buat kerja last minute.

" okay done!" finally. Siap pun. Mana tidaknya, aku bertapa dalam library sejak jam 3 petang sehinggalah jam 5 petang. Alat tulis yang bersepah segera di kemaskan.

" Illa, jom jogging" berkerut seribu dahiku.

" sejak bila pula kau rajin ajak aku berjogging. Bukan selama ni, kalau aku tak paksa, memang haram nak turun Apa dah jadi? Tiba-tiba rajin" Ara menunjukkan wajah yang tidak berpuas hati.

" kau ni, aku rajin bising, aku malas lagilah bising. Sekali sekala jadi rajin apa salahnya. Jom lah!" aku hanya tersenyum.

" okay. Kita start jogging dari Vila sampai taman. Tunggu aku dekat bawah" dengan itu kami berpecah.

Aku segera naik ke bilik untuk bersiap. Aku hanya mengenakan sehelai skinny sweatpants dari jenama puma berwarna hitam. Sehelai tank top dark blue. Aku turut menyarung sehelai Puma hoodie berwarna hitam. Rambut diikat tinggi. Kasut sukan yang turut dari jenama Puma dicapai. Duit dimasukkan ke dalam poket. Iphone 6 dan earphone yang berada di atas katil segera di capai.

" lambat lah kau ni" Yuni bercekak pinggang. Kalau aku semua hitam, Yuni dari atas sampai bawah grey. Ara pula bersama pink. Girly sangat.

" Sorry lah. Jom, aku aim nak balik dalam jam 6:30" dengan itu kami mula berjogging.

Salah satu cara untuk release stress dengan berjogging. 10 minit masa yang diambil untuk sampai ke Tasik Indra yang terletak tidak jauh dari taman perumahan kami.

Sebelum menyambung larian, aku menukar lagu terlebih dahulu. My fav song, 'Secret Love Song' by Little Mix. Aku terus berlari untuk menyaingi langkah Ara dan Yuni. Sedang seronok aku berlari, iphone yang berada di tangan bergetar. Segera aku memandang phone. Kaki sudah mula berlari secara perlahan. Whatsapp daripada Yana Fiera.

' Slm Illa, esok ada Persembahan Theater. So, khidmat korang diperlukan sebagai juru solek, penggaya rambut and penasihat fashion' Yana

' Wslm, eh.. bukan ke kelab theater dah ada juru tu semua' Illa

' mana sama. Korang buat terbaik. Pleaseee...' Yana

Dush... aku sudahpun jatuh terduduk. "ouch" aku mengerang kesakitan. Benda apa yang aku langgar ni. Tak logik ada dinding dekat tengah ni.

" buta ke?" aku mengangkat wajah. Aku kenal lelaki ni! Budak baru!! Nama apa entah.

Aku hanya menjeling. Perlahan-lahan aku bangkit. Mak ai.mahu boleh retak tulang pinggul aku. Apa malang sangat nasib aku hari ni.

" Lain kali jalan tengok depan! Bukan pandang phone! Ada akal tak nak guna" Suara lelaki itu naik meninggi.

" Sorry lah! Yang kau emo lebih ni kenapa. Aku tahulah tu salah aku. Tak perlu jerit-jerit. Makin sakit pinggul aku ni!" aku memarahinya kembali.

"Mana phone aku?" mata liar mencari iphone yang dipegang tadi.

" nampak phone aku tak"aku menyoal lelaki itu.

" tu" dia memuncungkan mulutnya. Aku terus memandang arah yang ditunjukkan. Mulut ternganga luas. What the ? Iphone 6 yang dihadiahkan papa sudah wassalam mencium lantai.

Skrin phone, retak seribu. Aku termanggu. Aku tunduk mengutip IP yang sudah menjadi arwah itu.

" cuba kau tengok apa yang kau dah buat" tiba-tiba sahaja aku memarahi lelaki itu.

" What the hell.. kau salahkan aku?! Kau yang salah, asal aku dipersalahkan ni?" orang yang berada di taman itu sudahpun memandang kami pelik.

" Kalau kau tak jadi tugu negara dekat situ! Aku pun takkan langgar kau lah!" Ara dan Yuni sudah gopoh mendapatkan aku.

" Illa, kenapa ni?" Ara yang berada di sebelah kanan menyoal.

" Ni mamat ni lah! Dia langgar aku. Dah lah sakit jatuh tu. Badan serupa Hulk! IP aku dah jadi arwah tau. Dah lah WA tu urgent. Penting. Kena balas A.S.A.P
Pastu nak salahkan aku. Padahal dia pun salah gak" selamba bercerita.

Tariq Akhtar sudah terlopong. Apakah?? Perempuan ni gila agaknya. Psycho.

" Hell O cik adik! Aku langgar kau ke, kau langgar aku. Kut iya pun nak balas WA yang dikatakan Urgent tu, berhentilah berjalan! Bila jatuh salahkan aku! Gila lah kau ni" Tariq membalas geram.

" arghh.. aku tak kira, aku nak kau ganti balik IP aku!" aku bercekak pinggang.

" Tang pe aku kena ganti. Aku tak akan ganti. Muktamad. Titik. Fustop!" Tariq Akhtar menyilangkan tangan ke dada sasa miliknya.

" Kau yang salah! kau ganti!" aku masih tidak mahu kalah. Sedang suasana tangah tegang, boleh Phone Ara berbunyi. ' cause he was just a...and I knew it, got me going mad sitting in this chairr' pantas Ara mengangkat selepas mendapat jelingan tajam daripada aku dan lelaki serba hitam itu.

" Waalaikumussalam, iya Tok Maa. Kitorang dah on the way nak balik ni. Jangan risau Tok Maa. Kitorang boleh jaga diri. Yes Tok Maa. Orait. Tak perlu! Kitorang dah nak sampai ni. Haah. Okay Tok Maa. Love You.. Muah..muah.. Bye Assalamualaikum" panggilan segara dimatikan.

" jom lah Illa. Tok Maa dah bising" Ara menarik lenganku.

" huh.. you save by a phone call" dengan itu, kami bertiga pantas berlari pulang semula ke Vila. Lelaki tu memang. Kami sampai ke Vila hampir maghrib.

Tanpa menegur sesiapa, aku segera naik ke bilik dan membersihkan diri. Laci di dalam closet aku geledah. Nasib baik jumpa. Nak tak nak, terpaksa guna IP 5s lama aku.

------------------------------------------------------------

Perbualan pertama dengan TARIQ AKHTAR!! I just wanna thanks to all my friends because support me. Tanpa korang siapalah aku.

And for all readers... Comment and Vote.. whatever is it, enjoy the story. ( hiraukan Typo)

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now