YUNI POV
Cahaya mentari mengganggu tidur aku yang penuh lena. Aku menggeliat malas. Mata dibuka perlahan. Eh.. ni bukan bilik grey aku. Yuni! Kau kan sedang berkhemah. " Yuni, kau dah bangun" Illa muncul entah dari mana. " Haah.. aku dah bangun" Illa hanya berdiri dihadapan pintu khemah.
" Kau okay? Demam ke.. sakit kepala or anything?" aku menggeleng. " Tak sakit apa-apa lah. Kenapa kau tanya banyak soalan ni? Serupa polis pencen" Illa masih berdiri. " Haih.. kau ni lupa ke buat-buat lupa. Semalam kan kita sesat dalam hutan" dan aku baru tersedar. " Haah laa... kita sesat. Habis tu macam mana aku boleh ada dekat sini?" Illa menepuk dahi. " Ini sebab kes terkejut semalam sampaikan otak kau ni pun tak betul. Mestilah diorang dah jumpa kita dalam hutan! Kalau tak, mesti lah kita still dalam hutan sekarang ni" aku terangguk-angguk. Kepala aku ni pun dah tak berapa nak betul. " Apa yang jadi weh. Last sekali aku ingat, aku lempar batu. Itu aja" Illa mengambil tempat disebelahku. " Kau pengsan lepas tu. Kalau kau nak tahu, kau baling batu tu terkena Adam. Nasib sikit aja tau" aku menggigit bibir bawah.
" Kesian adam... Ara mana?" Illa menunjukkan di khemah sebelah. " Ara kaki dia terseliuh. Masuk angin. Itu yang kaki dia makin teruk" aku mengangguj. Illa terbatuk kecil. Tapak tangan aku dibawa ke dahi Illa. " eh.. kau demam ni. Dah makan ubat ke belum?" aku berkata bimbang. " Dah. Baru makan. Kau nak makan tak? Menu nasi lemak tau" dengan itu, perut aku berbunyi hebat. Illa tergelak kecil.
" Assalamualaikum and good morning girls" kami berpaling. Harraz Daniel! Harraz tersenyum manis. Lelaki itu melangkah masuk menghampiri kami. " Morning Yuni, Illa" aku tersenyum. " Morning Raz" hampir serentak aku dan Illa berkata. " Illa, Tariq cari tadi. Dia membebel sebab kau tak ada dalam khemah pesakit" terangkat kedua belah kening aku.
Wow! Illa mendegus. " Harraz aku bukan baby yang perlu dijaga 24 jam. Aku just nak jenguk Yuni aja" aku hanya memerhati. " Yes, tapi dia bimbang. Semalam kau demam menggigil kot. Cuba kau tengok, siapa paling bimbang. Tariq kan. Mati lah kau kalau Tariq membebel. Confirm takkan habis" masam mencuka wajah Illa.
" Adila Medina! Dekat sini pun kau! Aku cari kau satu camp! Meh sini kau" Tariq muncul. " Alah.. aku nak check Yuni aja" Illa sudah bangun. " Kau meh sini. Makan ubat tak lagi, nasi tak makan lagi. Meh" aku sudah bercekak pinggang. " Kau cakap kau dah makan" Illa tersengih. " aku tak nak kau membebel" Illa tayang senyum comel. Aku hanya menggelengkan kepala. " Tariq, aku serahkan tanggungjawab jaga Illa dekat kau. Jaga dia elok-elok" Illa terus mencubit lengan aku. Berbisa! Sakit kot. Tariq dengab selamba menarik tangan Illa untuk keluar dari khemah.
" Macam-macam" Harraz menggelengkan kepala. Lelaki itu duduk di tempat yang Illa duduk tadi. " Nah aku bawakkan bekal" bekal berwarna pink dihulurkan. Dahi aku berkerut. " Aku tapaukan untuk kau" terharu. Aku segera membuka penutuo bekas. Ya Allah.harumannya sungguh membuatkan iman aku goyah.
" Aku tak basuh muka lagi" laju sahaja Harraz hulurkan Air mineral. Aku senyum. Selamba badak berendam aku basuh muka dihadapannya. Tak payah nak cover sangat lah depan Harraz ni. Dia dah tiap-tiap hari tengok muka aku baru bangun dari tidur. Sudu yang disertakan bersama turut dicapai. Aku teringatkan sesuatu. " Kau dah makan ke belum?" soalan itu terpacul keluar dari mulutku. Harraz tersenyum dan hanya menggelengkan kepala. " kenapa tak makan lagi?" Aku meletakkan sudu kembali. " Tak apa. Kau makan lah dulu. Aku still tak lapar" lembut Harraz berkata.
" Tak nak. Aku tak nak makan selagi kau tak makan" aku berpeluk tubuh tanda protest. Harraz mengeluh perlahan. " Iya lah. Kau tunggu sini, biar aku ambik nasi sekejap" senyuman aku melebar. 5 minit selepas itu, Harraz muncul bersama pinggan yang sudah diisi dengan nasi lemak. Kami mula makan dengan penuh berselera.
TARIQ POV
Panggilan telephone dimatikan. IPhone dimasukkan semula ke dalam poket jeans. Aku baru sahaja bercakap dengan Tok Ayah. Bimbang sungguh lelaki itu. Tok Ayah menyuruh kami semua pulang. Jadi aku turut sama bersetuju dengan cadangan Tok Ayah. Tapi, aku tidak benarkan Tok Ayah pulang lagi dari Australia. Kesian mereka berdua. Baru aja sampai dah nak balik. Sebelum mereka ke Australia, kedua-duanya sempat singgah di Taiwan atas urusan kerja. He's to busy. Same like Atuk.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...