ARA POV
Aku duduk diberanda rumah menghirup udara segar. Fuh! Sedap nya masakan Wan. Aku tambah sampai 2 kali. Dahsyat tu. Balik nanti confirm kena buat double work out. Illa dan Yuni sibuk post gambar dalam Instagram. Gambar diorang dekat Menara Jam Besar Sungai Petani. Tak adil lah aku kena tinggal.
Tapi, nasib baik Zef berkorban nak temankan aku. Aku post gambar kaki berbalut ajalah. Nasib badan nak buat macam mana. " Eh Illa, kau beli apa sampai banyak sangat?" Aku baru teringatkan sesuatu. Belanja sakan semua. " Oh tu aku beli baju kurung dekat Aman Jaya Mall. Cantik-cantik kot. Dah lah murah. 2 baju RM 50 aja. Kain pun berkualiti" rasa nak nangis. Jealous!!! Aku duduk rumah. Diorang seronok makan angin.
" Kau beli berapa?" soalku ingin tahu. " Aku beli enam pasang" aku melopong. " Kau nak pakai ke, kau nak makan tu?" Zefrieq memandang tidak percaya. " Bukan yang aku semua lah. Aku nak bagi Wan satu, Tok Maa satu, Ara satu, Yuni satu lagi dua tu aku punya" Illa tayang sengih dia.
" Tak sangka kau still ingatkan aku" aku peluk Illa. "eee.. tak payah lah peluk-peluk. Malu dekat orang sikit" kami tergelak melihat muka geli Illa. " Kau beli warna apa Illa?" aku excited nak tahu. " Yuni warna Baby Blue, Kau warna Soft Purple and aku warna Light peach" Purple? " Asal purple? Aku nak pink"Illa menggelengkan kepala.
" boleh tak sekali sekala pilih warna lain. Walaupun tadi warna hitam ada, aku sanggup beli warna lain tau. Sekali sekala lah Ara. Takkan nak warna sama setiap masa" Yuni angguk tanda setuju dengan Illa. " Hmm.. iyalah" aku mengalah. Yuni bukan nak masuk belah aku.
" Girls" kami memandang Tariq. Lelaki itu selesa berdiri sambil berpeluk tubuh bersandar pada dinding rumah. " Aku sebenarnya ada something nak cakap dengan korang" bunyi macam serius. Aku membetulkan keadaan duduk. " Mungkin aku tak layak nak tegur korang sebab aku ni tak ada pertalian darah, tapi sebagai saudara sesama islam korang, aku wajib tegur. Aku pasti Ayah korang and Tok Ayah dah pernah tegur, tapi korang punya alasan mesti tak ready lah apa lah, still muda. Aku tahu tu. Tapi aku nak tegur sekarang ni sebab aku sayang korang bertiga. Aku anggap korang macam adik aku sendiri, sepupu aku sendiri. Aku tegur sebab aku sayang. Dengar lah baik-baik" aku bertiga berpandangan.
" Aku ni ilmu di dada tak ada lah banyak, tapi semua orang tahu ni. Aku nak cakap pasal Aurat" aku dah dapat agak. Nada Tariq lembut. Kami bertiga hanya tunduk. " Aku nak cakap, orang kampung aku ni jenis kolot sikit. Pantang nampak orang tak bertudung dalam kampung, mula lah diumpatnya. Aku tak nak korang diumpat. Jadi aku cadangkan korang bertudung. Tutup apa yang sepatutnya ditutup.Aku tahu,kitorang ni lelaki. Mungkin korang tak selesa dengan teguran kami. Tapi percaya lah. Aku buat, aku tegur demi kebaikkan korang" tiada siapa yang berani bersuara.
" Sebab tu lah aku belikan korang ni" plastik yang dipegang sedari tadi diserahkan kepada Illa. " Apa ni?" Illa blur. " Buka lah" lelaki itu hanya tersenyum. Tudung shawl! Aku pandang Tariq macam tak percaya. Ada warna hitam, pink and grey. " Aku pakat beli aja. Tak tahu lah sesuai or tak. Warna tu aku ikut warna favourite korang" sumpah aku rasa tersentuh sekarang ni.
Tok Ayah, Abah, Papa and Daddy pernah tegur. Tapi kami ambil mudah hal tu. Selama ni tak ada orang pun berani tegur. Tak terkata kami bertiga. " Rambut kan mahkota wanita. Jadi perlu lindungi. Jangan bagi ajnabi macam kami tengok. Korang solat tak tinggal, Al-Quran hampir dikatakan setiap hati baca, anak yang patuh, cucu yang taat. Gadis yang baik. Wanita ni nabi kata senang nak masuk syurga dan senang nak masuk neraka. Ibadah kita jaga, tapi kalau aurat tak tutup, tetap sama. Aku cuma nak bagi nasihat. Terpulang pada korang sama ada nak dengar ataupun tidak nasihat yang aku bagi ni. Kalau aurat kita pelihara, in sha allah, Allah akan pelihara maruah kita. Okay, aku tahu aku bukan Ustaz, bukan ilmiah agung, cuma seorang hamba yang kerdil, yang hina di mata Allah ingin menegur. Kalau tak nak pakai sampai bila-bila pun, pakai lah sepanjang kita duduk kampung. Boleh? Aku tak minta banyak, just sarungkan tudung tu menutupi setiap helaian rambut korang. Okay?" kata-kata Tariq benar-benar menusuk ke tangkai hati. Lembut sangat dia menegur. Ya Allah...
" Tau tak, kalau korang pakai tudung lagi cantik. Lagi lagi lawa" Zefrieq yang sekian lama diam bersuara. Melihat tiada sebarang reaksi dari kami, Tariq mengeluh. " Korang jangan lah marah. Aku tegur untuk kebaikan. Dah lah pergi masuk. Dah malam ni. Nanti masuk angin pula. Dah pergi" patuh dengan arahan, kami bertiga bangun untuk ke bilik. Sempat kami bersalam dengan Wan yang sedang duduk bersantai di ruang tamu.
Masuk ke dalam bilik, kami tenung tudung ditangan. " Apa yang Tariq kata tu betul" Illa memecah kesunyian. " Aku sebenarnya ada tergerak juga nak pakai tudung" pengakuan ikhlas Illa buat aku dan Yuni tertunduk. " aku pun ada hasrat nak pakai. Tapi aku takut. Takut pandangan orang" Yuni pun bersuara. " Aku pun. Bila fikir balik, buat apa takutkan pandangan orang sedangkan kita perlu lebih takut dengan pandangan Allah terhadap kita" aku yang kata, aku sendiri terasa.
" Jom kita berhijrah nak?" aku dan Yuni berpandangan sebelum tersenyum memandang Illa. " jom" dan bermulalah perjalanan baru dalam hidup kami. " Tapi nak belit macam mana? aku tak reti. Tariq ni beli tudung, anak telekung tak beli. Kerongsang, pin tudung mana cukup weh" Illa membebel seorang diri. Tidak lama selepas itu, pintu bilik kami diketuk. And kami froze sekejap. Yuni pantas membuka pintu. Wan berdiri sambil memandang kami. Dahi aku berkerut.
" Ni, Akhtar cakap dia terlupa nak bagi. Lepastu dia pesan suruh esok bangun awal. Dia nak ajak joging sambil keliling kampung" selesai menyampaikan pesanan Tariq, aku tarik yuni duduk untuk buka isi di dalam plastik.
Buka sahaja plastik berwarna hijau luut itu,terdapat 3 helai anak telekung dan Satu bekas kerongsang pelbagai bentuk. " Sayang Tariq" kata Illa. Aku dan Yuni hanya menyorokkn senyuman. Alahai.. asal korang baik sangat. " Macam mana nak belit weh?" Yuni menggaru kepala. " Tak apa, YouTube kan ada. Kita belajar yang senang aja" cadangab Illa diterima baik dan kami bertiga rebah ke tilam. Penat. Illa tidur diantara aku dan Yuni. Memang Illa lah yang akan jadi mangsa bantal peluk ki. Haha...
-------------------------------------------------------------
Done..done..done... huhu.. Stay cool and kept reading. Don't forget to VOTE AND COMMENT ... love all my readers... Mi amas vin...
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...