ILLA P.O.V
Aku terdorong sedikit ke belakang. Aduh.... sakitnya bahu aku. Bahu yang dilanggar digosok. Tunggul mana pulak yang duduk tengah jalan ni. " Buta ke?" dada berombak. Berani orang yang langgar aku ni tengking aku?! Dia yang langgar aku. Angkat sahaja muka, terus angin ribut taufan Katerina aku datang." Eh! Malang sungguh nasib aku sebab selalu bertembung dengan kau! Asyik jumpa, asyik aku aja yang kena langgar. Sakit kau tahu tak?! Dah lah marahkan aku! Bukan salah aku! Sakit sungguh hati aku!" kali ini, aku yang menengkingnya.
Tariq Akhtar memandang aku tunak. " Memang tak sia-sia aku bagi nama Gorilla dekat kau" senyuman sinis terlakar di bibir sexy lelaki itu. Wait! Sexy? No. Cepat otak menidakkan kata hati. " Tarzan, kau jaga sikit mulut kau. Kan tak pasal-pasal aku robekkan your pretty face" suara aku garangkan. " my pretty face? Aku bukan cantik lah sayang. I'm handsome okay. Akhirnya kau admit juga yang aku ni handsome" aku ternganga. What the.... Sayang?! Cik jantung dan Cik Hati sudah berdebar sakan. Cis kek perisa blueberry punya Tarzan!
" Ya Allah, kau ni memang spesies hormon sapiens yang kuat perasan kan? Aku tak admit pun kau cantik. Mamat perasan. Ingat handsome ke dengan smirk dia tu? Kambing senyum lagi lawa lah" aku segera membalas. " Kau ni, asyik dengan kambing aja, tak ada benda lain ke? Lembu ke? Kerbau ke? ni kambing? Lame lah" aku hanya menjeling geram.
" Well, setiap kali aku pandang muka kau, confirm teringatkan kambing" perlahan-lahan senyuman smirk dia mengendur. " Illa!" baru sahaja Tariq hendak membalas, dia dihentikan oleh Kruz Ayman. " apa kau nak? kau tak nampak ke aku tengah busy ni" kepada Kruz aku hadiahkan jelingan. " Alah kerja kau bukan penting pun. And Illa, boleh tak jangan jeling-jeling, nanti mata jadi juling tau" dia membebel dekat kita pulak.
" Tak, sekarang ni cuba kau cakap kau nak apa sebenarnya?" aku sudah bercekak pinggang. " aku nak selamatkan kau. Dah jom. Yuni and Ara dah tunggu kau lama sangat dekat parking lot" lengan aku pantas ditarik Kruz dan kami terus menjauh daripada Tariq. Tariq Akhtar hanya memandang kepergian gadis itu. 'Sibuk aja budak pendek tu! Aku baru nak bercakap dengan Gorilla. Dah lah seminggu aku tak cakap dengan dia' gumam hati Tariq Akhtar.
" Kau ni Kruz, aku baru nak gaduh dengan si Tarzan tu" aku sudah menarik lengan yang dipegang Kruz. " Sejak bila Adila Medina tak reti nak sabar ni? Sejak bila Adila Medina suka cari gaduh dengan orang?" Kruz menjongketkan kening. " Sejak aku kenal insan bernama Tariq Akhtar. Kau tahu tak, dia tu manusia paling annoying abad ini. Annoying lagi daripada kau" Dan, tangan Kruz pantas memukul belakang kepalaku.
"Sakitlah siak!" aku memarahi Kruz. Belakang kepala yang dipukul digosok perlahan. Kami terus melangkah ke Parking Lot. Ara dan Yuni sedang bersandar pada kereta Chevrolet Camaro berwarna merah terang milik Kruz. "Dah cepat naik" Hari ni Kruz berbaik hati nak hantar kami balik. Terus aku melompat masuk ke passenger seat.
" Kau gaduhkan apa dengan Si Tariq tu?" Ara yang duduj di belakang bertanya. " Tak, Si Tarzan tu langgar aku. Pastu tengking aku. Aku apa lagi melentinglah" Kruz hanya menggelengkan kepala. " kalau Ara and Yuni aku boleh terima, ini kau. Kau babe. Agak-agaklah" aku hanya mencebik.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada Kruz, kami bertiga terus berlari masuk ke perkarangan Vila Alauddin. " Assalamualaikum Tok Maa, Mak Jah, Kak Su" aku menyapa tiga wanita yang sedang bersantai di gazebo. " Waalaikumusalam.. kamu bertiga naik mandi. Nanti turun tolong apa yang patut" kami mengangguk dan terus berpecah untuk ke bilik.
Aku segera mandi. Pakaian ditukarkn kepada sesuatu yang selesa. Dan terus aku solat asar. Selesau solat, seperti yang diarahkan kami terus turun ke dapur. Lepas selesai memasak dan tolong apa yang patut, aku, Ara dan Yuni terus menapak ke ruang tamu utama. TV dibuka.
Dan kami menonton 'TEEN WOLF' yang dubintangi Dylan O'brien, Tyler Posey and the geng. Selepas Tok Ayah selesai solat, kami menikmati makan malam penuh kesederhanaan. " Girls, macam mana sekolah? Okay?" Tan Sri Haji Alauddin bertanya kepada cucu-cucunya. " okay aja Tok Ayah. Tak ada masalah" Jawab Yuni mewakili kami bertiga. " Tok Ayah! Tok Maa! tahu tak, nanti kitorang ada pesembahan theater!" penuh teruja Ara bercerita. " iya? Cerita apa?" Tok Maa turut sama teruja. " Erm...Cinderella" jawab Ara lagi. " Pegang watak apa?" Ara tersengih. " entah. Tak tau lagi" terus satu cubitan diterima. " ingatkan dah tahu. Main-main" Ara hanya ketawa kecil.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...