EPILOGUE

9.5K 381 39
                                    

ARA POV

6 tahun kemudian.....

Aku pandang Illa dan Yuni yang sedang disolek oleh team Kak Nazrahani Idora. Spa diorang ni pun tawarkan package solekkan. Enchanted yang turut berada di dalam bilik menolong apa yang patut. " Okay done" itu untuk sentuhan terakhir. Aku pandang diri aku dalam cermin. Ya Allah... aku ke ni? Aku pandang pula Illa dan Yuni. Dua-dua sangat cantik. " Triplet you guys are so damn gorgeous" dan kami dihujani pujian-pujian dari semua yang ada dalam bilik itu.

Pintu bilik dikuak dari luar. Muncul Tok Maa, Mama, Maa dan Mummy. Tok Maa pun sekarang dah tak berapa sihat. Dah tak larat. Maklumlah semakin di mamah usia. " Subhanallah" itu sahaja yang terucap. Aku nampak tubir mata mummy, mama dan Maa sudahpun berair. Lantas aku ditarik ke dalam pelukkan. " Dah besar anak mummy. Sekejap aja masa berlalu" aku turut sebak. " Please jangan nangis girls. Nanti habis make-up. Penat kami touch up tau" Kak Naz mula membebel.

" Dah. Tak mau sedih-sedih. Dah ready semua tu. Semua dah bagi green light. And yang penting semua dah sampai. Jom, nanti lambat pula" kami angguk. Tok Maa jalan di hadapan sekali. Kemudian Yuni jalan beriringan dengan Mummy. Mummy cantik memakai baju kurung moden berwarna biru cerah lembut. Aku duduk di belakang Yuni. Maa yang berada di sebelah cantik berbaju kurung moden pink lembut. Dan Illa di belakang aku. Mama yang mengiringi Illa turut cantik berbaju mint green lembut. Dan Enchanted berada di belakang semua sedondon mengenakan baju berwarna Purple lembut. Senang cerita semua cantik lah.

Kami di bawa ke rooftop. Majlis yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi diadakan di Rooftop Villa Alauddin. Buka sahaja pintu menuju ke rooftop aku terpegun. Subhanallah... Cantiknya. Rooftop dihiasi cantik. Bertemakan Taman Bunga, memang sangat sesuai. Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para tetamu dihiasi dengan bunga hidup yang sangat cantik. Ada rose, Carnation, Tulip, dan banyak lagi bunga yang aku tak tahu namanya.

Aku dah nervous ni. Rama-rama sudah galak terbang dalam perut. Aduh!!! Tangan Maa digenggam kuat. Dan Dia! Aku nampak dia segak bersama sehelai baju melayu putih bersih bersampin.... Pink? Terkejut! Aku sumpah terkejut. Ya Allah.. dia betul-betul pakai. Tak sangka.

Terharu aku dibuatnya. 6 tahun,tak banyak pun dia berubah. Cuma nampak lebih matang daripada dulu. Aku nampak muka dia sedikit pucat. Dia sakit ke? Jangan buat hal tengah majlis sudah. Gementar agaknya. Nampak sangat. Zayn yang duduk disebelahnya dah penat lap peluh di dahinya. Aku ketawa kecil. Hilang sikit nervous aku tu.

Hmmm... yang duduk di kiri dan kanan Dia pun nampak kacak luar biasa hari ni. Yang seorang tenang aja. Yang seorang lagi nampak teruk benar nervous dia. Mentang-mentang dia lah yang kena mula dulu nanti. Bad Boy dan Romeo setia berada di belakang mereka. Kami duduk bersimpuh di atas gazebo yang terhias cantik dengan kain putih yang dihiasi bunga yang segar. Haruman rose cukup membuatkan aku berasa sedikit tenang. Dulu dekat sini lah kami habiskan waktu petang dengan siapkan homework. I miss that moment.

Kami sign beberapa document dan disoal beberapa soalan. Dia walaupun sedikit gementar masih boleh jawab soalan dari lelaki berjubah putih dan turut berserban itu. Yang tepi Dia, tenang macam selalu. Tapi, yang seorang lagi Ya Allah... tergagap-gagap jawab. Aku berdoa agar majlis pada hari ini akan berlancar tanpa sebarang gangguan.

Cuaca pada pagi ini pun cukup indah. Matahari pagi ditutupi oleh awan-awan membuatkan cuaca begitu redup sekali. Aku nampak Tok Ayah bisik sesuatu kepada Abah. Abah angguk. Lens camera yang datang dari pelbagai arah. Hari ini akan menjadi hari paling bersejarah buat kami. Hari di mana kami menamatkan zaman bujang kami.

" Bissmillahirahmaniharim... Harraz Daniel bin Hafiz Daim" suara Daddy kedengaran melalui speaker menyeru nama indah yang diberikan oleh dua insan bergelar ibu dan bapa. " Saya" sang empunya nama bersuara. Jelas kedengaran suara yang agak bergetar itu. Aku jeling wajah Yuni di sebelah kiri ku. Gadis itu juga kelihatan sangat gementar. Sama macam pasangan dia. Tangan aku terus menggenggam tangan kanan Yuni. Yuni pandang aku. Dan kami sama-sama tersenyum. Kemudian tangan kiri Illa aku capai. Sejuk gila tangan Illa. Aku tahu,nampak aja luaran Illa tenang, tapi dalaman dia aku rasa lagi teruk dari aku.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now