HUTAN SIMPAN BUKIT LARUT

5.9K 315 2
                                    

ARA POV

Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Perjalanan selama 3 jam ini sungguh banyak mencipta moment indah bersama Zefrieq. Sumpah aku terkejut bila dia join otak gila-gila aku. Masa kami nyanyi, pemandu lain memandang kami pelik. Aduh! Buat malu aja.

Aku menggeliat. Membetulkan tulang belakang aku yang dah sakit sebab duduk dalam posture badan yang sama selama 3 jam. Aku terus turun dari kereta. Bas yang membawa pelajar seramai 40 orang itu masih belum sampai. Ada satu team lagi yang pergi dengan kereta. Aku turun dari kereta. Illa dan Yuni sampai sedikit awal daripada aku.

Segarnya udara dekat sini. Bagus juga datang sini. Sekurangnya dapat lari dari kesibukkan bandar. " So, what we should do now?" Tariq dan Illa mendekati. " Just wait for the others" dan kami bersetuju. Hutan Lipur Kaki Bukit Larut sememangnya salah satu tapak perkhemahan yang popular di negeri Perak ini. Bukit larut atau turut dikenali sebagai Maxwell Hill.

Hutan Lipur Kaki Bukit Larut terletak di daerah Matang, Perak.Kemudahan yang disediakan ialah tapak perkhemahan, dewan terbuka, tandas awam, pondok rehat dan denai hutan. Kawasan di sini sangat sesuai untuk dijadikan tempat pendidikan dan penyelidikan. Nasib Principle pilih dekat sini instead od Hutan Belum. Fuh! dekat sana lagi seram.

Dalam pada berani aku, sebenarnya aku tetap takut. Dalam hutan ni ada macam-macam mende. Sebab tu kita tak boleh buat sesuka hati dekat sini. Lokasinya terletak 1km daripada Bandar Taiping berdekatan dengan Taman Tasek Taiping dan 74 km dari bandaraya ipoh-taiping. Hutan Lipur Kaki Bukit Larut terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Larut.

5 minit selepas itu, Bas rasmi VIP sampai. Finally. Sir Han, Sir Zal, Sir L, Cikgu Zainon, Cikgu Hani, Miss Kay dan Miss Gina antara guru pengiring kami selama 3 hari ni. Kelibat Enchanted dan Bad Boy dicari. Itupun! Yuni segera memanggil mereka.

" Okay guys, sekarang ni kita akan dengar penerangan daripada Encik Saiful. Beg-beg tinggalkan dekat sini terlebih dahulu. Lepas dengar sedikit penerangan, kita akan makan tengah hari, then pasang khemah. Berehat sekejap. Lepastu kita terus akan dengar ceramah daripada Penceramah yang kita jemput datang khas dari Perak sendiri. Now move" penuh tegas Sir Han berkata. Diakui, Sir Han antara guru paling garang dalam VIP.

" Sebelum tu, Bad Boy tolong jangan buat perangai" Sir L warning diorang awal-awal. Bad Boy hanya buat muka 'whatever you say teacher'. Kami bergerak ke dewan terbuka. Encik Saiful memberi penerangan yang ringkas dan padat. Kemudian kami diberikan makanan. Ya Allah, Gegediks asyik merungut. " Miss Gina! Tak ada spaghetti ke?" Aku sumbat juga mulut dia dengan pasir nanti. Geram aku. Aku tengok pun sakit hati.

Kami makan dengan tenang setelah Aimin, Pudin dan Juan menghalau gegediks. Gegediks sumpah takut dengan Bad Boy. Terus menikus diorang makan dekat lain. Jahat betul diorang ni. Aku tak adalah teruk sampai nak menghalau. Tapi, kalau Bad Boy halau tanda dia serabut.

Selepas makan, kami diminta untuk mengambil khemah. 1 khemah 9 orang. Cukup untuk Triplet dan Enchanted. Kami mula memasang khemah. " Pandai ke korang pasang ni?" Musketeers menghampiri. " eh! mestilah pan...dai" aku garu kening. Jujur sebenarnya aku tak pandai. " iya ke? habis tu kenapa tak tolong yang lain?" Zef menjongketkan kening.

" alah... dah ramai yang tolong. Buat apa ramai-ramai. Pergilah sana tu. Mind your own business!" aku menghalau. " Nak pergi lah ni. Aku nak pergi mandi. Bye" I just roll my eyes. Perlu ke? " Siap!!" aku berpaling. Khemah sudahun cantik dipasang. Kami mula masukkan beg. Untung tak bawa beg besar.

" weh! aku nak pergi mandi!" Ecah memekak. " Kau nak mandi pergi ajalah mandi! Tak perlu memekik!!" Yana memarahi Ecah. Ecah tersengih. " Entah! Kau nak mandi aja pon! Bukan nya anak raja hang lipur pun yang mandi" Hanis turut sama menambah. " Biaq pe lah. Aku tetap nak mandiii!!" Ya Allah annoying nya!

Izzah mengambil bantal bunga nya lalu terus kepala Ecah dihempuk. Aku ketawa. Padan Muka!. " Sakit lah Yong!" Yong ialah nama panggilan manja Izzah. Sebab Umi dia panggil Izzah Kak Yong. Izzah kan anak sulung. Jadi kami pun kadang-kadang terpanggil Yong juga.

Selepas itu Ecah hilang. Mandi mungkin. Yang lain main phone. Aku pun dengan phone juga. Masukkan gambar dalam IG. Apa lagi. Jam 2:30 kami diarahkan untuk ke surau menunaikan Solat. Illa period. Jadi aku tinggalkan dia di dalah khemah.

Usai sembahyang, aku kembali ke khemah. Illa sedang melepak bersama Yana, Yuni, dan Yong. " Jom lah weh. Pergi dewan sana tu balik. Slot dah nak mula" Piqah muncul. " Okay. Jom" kami semua terus berjalan masuk ke dalam Dewan terbuka tadi. Sesi ceramah dimulakan. Buku nota sudah berada di tangan untuk mencatat. Bagi mengelakkan aku daripada mengantuk, aku makan coklat berangin. Halls. Favourite Illa. Dari jam 3 petang sampai lah jam 5 barulah ceramah habis. Memang apa yang penceramah tu nak bagi memang dapat. Bad Boy bukan nak dengar. Tidur adalah. Bangang!

" So, lepas ni korang boleh buat aktiviti bebas. Sir Han membenarkan sesiapa yang mahu mandi sungai" seisi dewan sudah bersorak. " wait.. ada tapinya pergi solat dulu baru pergi mandi. Dan jangan pergi jauh sangat. Faham?" Cikgu Zainon bertanya sekali lagi. " FAHAM!!!" bergema satu dewan. Inilah padahnya bila budak bandar masuk hutan. Excited kot dapat mandi sungai. Biasanya kami mandi kolam, hari ni dapat mandi Sungai. Awesome lah tu.

Air sungai bukan main sejuk lagi. Seronok. Meriah bukan main lagi. Petang itu hanya gelak tawa yang menghiasi keindahan alam ini. Musketeers bukan main jakun lagi. Orang overseas kan. Sekurang-kurangnya ini bukan kali pertama aku mandi. Ini kali ke tiga. Okay lah tu. Tapi kalau Musketeers kali pertama. Keterujaan diorang sangat luar biasa. Baru jumpa erti bahagia budak kampung. Gegediks memang haram lah dia nak turun. Duduk tepi sungai duk cakap geli-geli. Cakap air kotor lah, air tercemar dengan sampah lah.

Dia rabun agaknya. Masa sampai sini, aku kagum sangat bila tengok kawasannya bersih tanpa sebarang sampah pun. Nama pun hutan simpan. Tak sekolah punya minah! Sir Zal menyuruh kami naik jam 6 petang. Semua perlu bersiap sebab nanti ada slot. Tak sabar.

------------------------------------------------------------
Dah lama tak camping... last sekali camping bulan 6 tahun lepas dengan kawan-kawan. Tapi bukan dalam hutan, dekat sekolah. Hmmm... apa-apa pun selamat bercuti.

Stay Cool and Kept Reading. Enjoy the story. Just ignore the typo. VOTE AND COMMENT...

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now