ARA POV
Petang-petang kalau kitorang tak busy, kami akan habiskan masa di gym ataupun menguruskan haiwan peliharaan kami. So, hari ni memang free. Semua kerja kursus dan nota-nota sudahpun siap di hantar." Yuni!!!!!! kenapa siram pokok Tok Maa macam ni!!" Tok Maa sudah terjerit-jerit memarahi Yuni. Mana tidaknya, gadis itu memang tidak pandai siram pokok bunga. Pernah sekali tu, lepas Yuni siram pokok bunga ros kesayangan Tok Maa, esokkannya terus mati pokok bunga tu. Tok Maa tak nangis depan Yuni, tapi aku tahu wanita itu menangis di dalam hatinya. Kata Tok Maa, pokok bunga itu dihadiahkan oleh arwah kawan baiknya. Seharian Yuni nangis sebab rasa bersalah. memang bersusah payah nak pujuk.
Aku yang sedang bermain dengan Oreo, kucing jenis parsi kesayangan aku di atas rumput carpet hanya tersenyum. Nama oreo diberikan kerana warna bulunya yang persis biskut oreo. Plus, Kucing ni sangat suka makan oreo. I'm not kidding. Kucing tu memang suka oreo. So, lekat lah nama oreo.
(Oreo)
Illa yang sedang memberikan ikan-ikan koi Tok Ayah makan turut sama ketawa kecil. Tok Ayah memang suka bela ikan and burung. Kalau burung dalam sangkar, memang berwarna-warni. Pelbagai jenis spesies burung ada. Nasib baik Tok Ayah tak bela burung raja udang. Kalau Tok Ayah bela, memang win.
Kalau ikan pula, memang banyak. Tapi, yang peliknya Illa boleh bezakan. Selain sugar glider, Illa pun suka jaga Ikan. Aci lah Ikan tak payah dimandikan. Sebab memang dah sedia ada duduk dalam air. Aku pula selain daripada kucing, aku suka arnab. Dekat Animal Planet, ada 4 ekor arnab. Suka sangat. Bulu gebu, comel, suci aja.
Kalau Yuni, ermmm... Yuni bela kura-kura. Jangn pelik, sebab Yuni geli semua benda. Kucing yang comel tu takut, Arnab yang gebu tu dia geli, sugar glider Illa yang innocent tu dia cakap serupa tikus. Cicak geli, serangga dan kalau nak senarai memang tahun dapan pun tak habis.
So, akhirnya dia bela Kura-kura. Katanya kura-kura tak cerewet. Tak payah nak buat jalan-jalan selalu. Tak perlu dimandikan selalu. Just bagi makan aja. Suka hati kau lah Yuni... Dia punya kura-kura bukan kura-kura paya okay. Baka exotic. Ada jenis pancake lah.. entah berbagai lagi. And sampai satu tahap, dia sendiri tak boleh nak sebut nama baka kura-kura tu.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...