Budak Baru

10.7K 494 6
                                    

YUNI POV

Kami sampai ke VIP dengan selamat. Illa sampai last sekali. Marah benar gadis kacukan British itu. Kami sudahpun berjalan beriringan menuju ke loker. Illa senyap sedari tadi. Aku menyiku lengan Ara. Mulut dimuncungkan ke arah Adila Medina.

" Illa, sorry lah" Ara menghampiri sepupunya itu. Illa hanya mendiamkan diri.

" Illa, jangan lah marah kami. Lagipun inikan arahan Tok Ayah. Kau mana pernah membantah" aku turut sama memujuk. Adila Medina kalau merajuk memang payah.

"Apa-apa je lah" Illa membalas acuh tak acuh.

Adila Medina sedikit geram dengan perangai sepupunya itu. Suka memaksa. Padahal mereka tahu apa yang tidak disukai gadis itu. Sesampai di loker, Illa mencapai sesuatu dari dalam lokernya.

" nah! ambik beg aku. Aku nak pergi ladies. Pergi masuk kelas dulu" kami hanya memandang langkah Illa yang kian menjauh.

" jom lah Yuni masuk kelas" aku mengangguk. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke kelas.

Masuk sahaja ke dalam kelas, kami teru ke tempat duduk paling belakang. " Eh Yuni, Ara, Illa mana?" Ecah, rakan kelas kami sejak tingkatan satu bertanya.

" Illa pergi ladies" Ara menjawab. Beg Illa aku letak di tempat duduknya.

" ouh.. ingatkan dia tak sihat" Izzah hanya mengangguk faham.

Kami memang sekelas. Beberapa minit selepas itu, Illa muncul. Rambut yang tadi kusut masai kini cantik dengan fishtail plait style yang cukup simple. Tiada senyuman menghiasi wajahnya.

" Illa, kitorang minta maaflah. Lain kali kitorang tak buat lagi" Ara berkata setelah Illa duduk.

" tak buat lagi. Sembang korang berdua ni. Alih-alih aku pun kena sekali. Patutnya korang bersyukur sebab aku pujuk Tok Ayah. ish... kalau tak terkenangkan kau orang ni aja sepupu yang aku ada, dah lama aku selam dalam lubuk!" Aku dan Ara hanya tersengih comel.

" Weh Illa! Asal kau moody sangat ni? kau disebabkan kitorang, kitorang betul-betul minta maaf" aku turut sama memandang Illa. Asal mendung sangat muka dia tu.

" tak. Aku terserempak dengan gegediks tadi" Illa melepaskan keluhan.

" iya?! Diorang serang kau ke? kau okay tak?" gopoh aku bertanya.

" kauorang ni, chill lah sikit. Aku okay lah. Gegediks tu macam biasalah. Tak ada modal lain. Asyik ungkit benda sama aja. Aku buat bodoh je tadi. Itu yang dia bengang sangat tu" cerita Illa. perempuan berlima tu memang nak kena!

Tepat jam 8 pagi, sesi Pdp berjalan seperti biasa. And subject pertama di awal pagi ialah sejarah. Subject kegemaran Illa, Subject paling aku tak suka, Dan Subject yang boleh buat Ara tertidur.

Dah lah pagi-pagi buta subject ni. Siapalah yang susun timetable ni. Ara menguap entah keberapa kali pun tak tahu. Aku pandang Illa yang sedang khusyuk mendengar penerangan Cikgu Wan Zainon. Cikgu sejarah kami.

Cikgu Wan Zainon menyuruh kami untuk membuat folio secara individu. Sumpah aku malas nak buat. Illa sudahpun mengeluarkan MacBook golden miliknya itu.

Illa kalau buat kerja memang tekun. Aku dan Ara berpandangan. Akhirnya, aku dab aku melukis doodles di dalam kertas kajang. Kebosanan melanda tahap Infinity. Macam-macam kami lukis. Sampai gambar lalat pun dilukis.

Ketukan pintu mengalihkan tumpuan kami semua. Bukan semua seba Illa masih tekun menatap MacBook. Memcari bahan di dalam Internet mungkin. Rupanya Pengetua.

Pengetua sedang bercakap dengan Cikgu Wan Zainon. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka. Cikgu Wan Zainon hanya terangguk-angguk. Tidak lama selepas itu, muncul 3 orang jejaka beruniform VIP lengkap.

Budak Baru! WOW! Handsomenya. Itu aja yang boleh ditafsirkan. " Attention Class, hari ini kita ada 3 orang pelajar baru yang baru menyertai VIP. Mereka bertiga ialah sepupu. Sila perkenalkan diri masing-masing" Aku memandang Ara. Ara hanya mencebik.

" Hai, nama saya Harraz Daniel, call me Arraz" aku hanya merenung jejaka tinggi lampai itu. Mata amber, rambut pula light brown cantik terletak. Muka melayu tulin.

" Hey, nama saya Zefrieq Shafeen. just Zef" kali ini lelaki disebelah Arraz yang memperkenalkan diri. Bermata cognan brown serta berambut dark brown beralun cantik.

" Tariq Akhtar. Ariq" ringkas tapi padat. Mata lelaki itu macam Illa! tapi sedikit pudar. Aku agak Baby blue. Rambutnya pula berwarna light golden brown. Dengan tinggi lampai bak model. fuh!

Aku memandang Illa. Payah orang macam ni. Sikit pun dia tak berpaling. Memang langsung tidak menunjukkan minat pada jejaka-jejaka itu.

" Illa! budak baru" aku cuba mencuri perhatiannya.

" tak ada kena mengena dengan aku" tangan ligat menekan papan kekunci.

" ish kau ni! malas lah aku cakap dengan kau" aku berkata geram. Aku kembali memandang ke hadapan.

" okay, Arraz, Zef, and Ariq korang boleh duduk dekat tempat kosong sana. Beside Illa. Illa can you please raise your hand" mendengar namanya dipanggil, Illa mengangkat wajah.

" pardon me?"Mana nak dengar kalau tumpuan ke lain.

" so, korang boleh duduk sebelah Illa. Berkenal-kenalan lah" serentak itu, mereka bertiga mula mengambil tempat di sebelah Illa.

"psst....psstt... Illa.."aku berbisik. Cuba menarik perhatian Illa.

" oit.. Adila Medina" kali ini aku berkata sedikit kuat.

" arghh!! kau nak apa Yuni? Dari tadi duk kacau aku. Daripada kau kacau aku, baik kau buat kerja yang cikgu bagi. Tak boleh langsung tengok aku senang" inilah padahnya apabila mengganggu Illa sewaktu dia sedang buat kerja.

" tak adalah. Hmmm.. untung lah duduk sebelah budak baru" Illa mencebik.

" ee.. malas lah aku layan kau ni! Kalau kau nak bergossip, jangan ajak aku. Better ajak gegediks. Sekali lagi kau kacau aku, kau akan tahu langit tu tinggi ke rendah" aku terus mengangkat kedua-dua belah tangan tanda 'surrounded'. Tak berani cari pasal lagi dengan Illa.

Ara disebelah hanya ketawa kecil melihat aku yang dimarahi Adila Medina. Dan, seperti yang dijangka, tempat kami menjadi tumpuan ramai. Ara sememangnya tidak suka suasana yang semak dan merimaskan.

Bukan setakat Ara, aku pun tak suka sebenarnya. Hanya gagahkan hati untuk bersabar. Illa pula hanya buat bodoh. Katanya di sudah terbiasa dengan kekacauan yang Aku dan Ara cetuskan. Cis kek punya sepupu!

" Ya Allah, engkau tabahkan lah hati hamba mu ini bagi menempuhi dugaanmu. Tenangkan lah jiwa ini supaya senang untuk selesaikan masalah Add Math yang susah macam nak mati dalam keadaan yang bising ini" Ara mengeluh kuat.

Sakit otak dia fikir macam mana nak selesaikan masalah Add math itu. Tambahan lagi bising.

" Apa yang kau keluhkan sangat ni Ara?" Illa yang berada di sebelah kanan aku bertanya.

" inilah. Soalan Add math yang senang macam kacang lupakan kulit pun aku rasa susah. Dengan kebisingan yang melanda. Serabut tak dak" Ara berkata kuat. Sengaja nak suruh orang sebelah sana diam sikit.

Dah lah suara dia kuat. Macam tertelah speaker. " kan... aku sokong kau babe! Aku dari tadi dok fikir, tetap tak dapat jawapan. Lambatnya masa berlalu. Nak buat jejak sinetron jangan buat dekat sini. Time add math pula tu" Illa laju sahaja menyindir. Suasana yang tadinya bising, kini senyap. Aku menepuk dahi. Aduh.. laser nya mulut diorang nih...

" apalah korang ni, tak boleh ke cakap perlahan sikit. Tak pasal-pasal suasana jadi awkward kan" aku memarahi kedua-duanya.

" kau ni, bukan nak berterima kasih sebab kitorang tolong mendamaikan suasana. Kau suka mana satu nih" Ara bercekak pinggang. Aku hanya diam.

" okay class, semua boleh rehat" serentak itu, kami bertiga bangun dan berlalu ke Cafe. Sumpah aku lapar!!
-----------------------------------------------------------

Done!! chapter ke 5... lepas ni akan jumpa banyak lagi watak-watak yang memeriahkan cerita ini...
VOTE AND COMMENT.... need this as your support....

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now