DAMN!!!

7.3K 355 10
                                    


ARA POV

Selama 3 hari ni, The Musketeers tak kacau kitorang. Maybe sebab macam dah tahu-tahu bakal menumpang dekat rumah kami. Hari ni seperti yang dijanjikan diorang akan officially tinggal dengan kami.

Haih... kenapa lah nasib kami malang sangat. Use to be childhood bestfriend tak serupa orang. Kami dijemput oleh Abang Mika seperti kebiasaanya. " Assalamualaikum Abang Mika!" aku menyapa penuh ceria. Illa sudah mengambil tempat disebelah Abang Mika. " Waalaikumussalam adik-adik yang Abang Mika tak pernah ada" serupa kanak-kanak tadika yang baru dapat gula-gula kapas gaya Abang Mika. Teruk daripada kami bertiga lagi.

Kereta Jeep Illa mula bergerak meninggalkan kawasan VIP. " Are you guys ready?" dahi aku berkerut seribu. " ready for what?" Yuni disebelah bersuara. Tangan ligat menekan skrin IP. " Well, korang dapat housemate baru" aku terus buat muka tak suka. " ish.. asal Abang Mika bring it back. Baru tak nak cakap pasal tu"Illa mendegus. " lah.. itukan reality. Kita tak boleh lari dari kenyataan hidup. Kalau kita lari, masalah tetap takkan selesai. Cara terbaik kita atasi masalah tu" kata-kata Abang Mika terus tersemat di dalam hati.

Nampak aja Abang Mika ni perangai gila-gila. Sekali bagi nasihat, pergh.... macam William Shakespeare. Cey... aku terhiperbola sekejap. Tak lah sampai setaraf The Shakespeare. Tapi nasihat dia berguna. Sebab tu suka share problems dengan dia. Sekarang ni, kalau Tok Ayah busy, kitorang akan minta pandangan daripada Abang Mika.

" Baiklah Abang Mika. Jawapan untuk soalan Abang Mika tu, yes! Kami dah ready. Kitorang prepare mental, fizikal, rohani dan jasmani kitorang dari 3 hari lepas dah. And totally ready" Illa menjawab penuh bersemangat bagi pihak kami. " Bagus. Abang nak jumpa juga diorang. Nak tengok sangat siapa yang dah buat adik-adik abang ni marah selalu. Sebab Tok Ayah cerita yang korang jarang marah. Tapi, sejak kebelakangan ni, marah selalu" aku tersenyum

" Memang patut jumpa pun. Kalau Abang Mika jumpa dia, abang tayang muka garang eh" Abang Mika mengangguk. " Orait.. nanti bila abang jumpa, Abang warning jangan kacau Adik abang yang bukan kandung ni" ololo... so sweet Abang Mika nih.

" Ingat apa yang Abang pesan, cakap elok-elok dengan diorang" kami mengangguk redha. Sesampai di Vila Alauddin kelihatan 4 buah kereta mewah terpakir di halaman Vila. Diorang dah sampai ke? Hati tiba-tiba berdebar hebat. uih.. lawanya kereta. "Abang Mika! kereta apa tu?" aku bertanya ingin tahu. " Aston Martin, Dodge Challenger dan BMW i8" jawab Abang Mika. Turun sahaja dari kereta, kami terus berlari masuk ke dalam Vila. Bagasi-bagasi elok terletak di tepi pintu utama Vila.

" Mana orangnya" Illa bertanya. Mata meninjau sekeliling ruang tamu. " entah lah" mata juga masih mencari. " Jom lah naik bilik. Mandi dulu apa ke"Aku pantas menarik tangan Yuni dan Illa untuk naik ke bilik. Aku tidak ke bilik, sebaliknya menyerbu bilik Illa.

" Kau nak pakai baju apa weh?" aku hanya mengekori Illa yang masuk ke dalam closet. Illa tersenyum sinis. Dan aku tahu, Illa versi mischievous dah muncul. " Woi!!! kau tinggal aku sorang-sorang!" aku melompat akibat terkejut. " kau tak bagi salam ke??" aku memarahu Yuni kembali. " Sorry.. sorry" Yuni tersengih comel.

" Illa kau jangan buat kerja gila!" Illa hiraukan kami dan terus. " Jumpa!" aku tepuk dahi. " Kau serius nak pakai tu?" jari telunjuk ditunding ke arah baju yang dipegang Illa. " why not. Dah lama aku tak pakai. Lagipun comel okay" aku memandang onesie comel Illa. Diakui, aku pun ada. Dua lagi. " Kalau nak join aku boleh, tak nak aku tak kisah, cepat blah" badan aku dan Yuni ditolak.

" Ara, nak join Illa tak?" Yuni bertanya. " Jom lah. Sekurang-kurangnya we do it together" dengan kata sepakat, aku terus lolos ke bilik mencari onesie di dalam closet. Found it! Aku terus mandi dan sarung onesia pink putih aku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now