Theater Club

10.4K 442 13
                                    

YUNI POV
Hari ni Illa datang sekolah dengan aku. Adila Medina memang terkenal dengan sikap pergi dihantar, balik berjemput. Ala-ala princess gitu.

Disebabkan aku ada penumpang, aku membawa Vespa dengan kelajuan 60km/j. See.. bertapa sayangnya aku dekat Si Illa tu. Sesampai di VIP, Illa segera turun dari Vespa. Helmet dibukan. First thing yang dia check of course rambut cantik dia tu. Illa buat gaya waterfall hari ni.

" lambat nak mampus lah kau bawa Vespa. Macam atuk! Kalau race dengan Siput, silap hari bulan siput sampai dulu" Illa membebel. Aku menjeling Illa geram.

" Kau ni, aku bawa slow kau bising, aku bawa laju kau bising. Apa masalah kau sebenarnya ni?" aku sudah bercekak pinggang. Geram dengan sikap Illa yang satu ni.

" weh! asal lambat?" Ara menjongket kan kening. Sekali tengok persis Ziana Zain. Mahu tidaknya, berpeluh-peluh dia menunggu kehadiran Puteri Gunung ledang and Puteri Santubung berdua tu.

"Yuni lah! bawa moto mengalahkan orang mengantuk" aku buat muka bodoh. Kami berjalan beriringan menuju ke kelas. Masuk ke dalam kelas, kami disapa rakan sekelas yang sememangnya friendly.

Wajah Illa yang tadinya berseri dengan senyuman menjadi keruh dan Aku tahu puncanya kerana kejadian pergaduhan antara Illa dengan jiran sebelah dia yang baru tu. Masih segar dalam ingatan aku. Kalau cakap tak ingat, memang conferm tak lama lagi nak mampus lah tu..hahaha... gurau jerr..

Jelingan maut dihadiahka kepada jejaka itu. " Hai Triplet" aku tersenyum.

" Hai Echanted" kami menjawab hampir serentak. Enchanted antara nam yang boleh dikatakan famous di VIP. Mereka ni famous sebab diorang adalah ahli kelab theater. Lakonan diorang memang menjadi. Drama Queen semuanya.

Terdiri daripada 6 ahli. Leadernya ialah Yana Afiera. Then Ayuni Izzah, Aisyah, Rafiqah Raimilya, Putri Hanis Nur Dalila, dan Nurrin Syauqina. Mereka berenam pantas menarik kerusi berdekatan. Meja aku menjadi tumpuan ramai.

"kenapa woi? Ada gossip sensasi ka?" Ara bertanya dengan riak teruja. Ara kalau dengar mengenai gossip, memang mata terus celik. Tadi bukan main mengantuk.

" Kau kan, kalau dengar gossip laju aja. Kau pe join gegediks nung lah. Macam ada ciri-ciri gedik. Pe blah kau" Illa menolak bahu Ara. Aku dan Echanted tergelak melihat wajah Ara.

" argh.. lantak pi lah" sapu tangan berwarna pink miliknya dikebas ke muka aku.

" aey... kurang keajaran sungguh kau ni" makin aku marah, makin dia buat. So, aku just ignore. Kadang tu menyampah gak. Tapi sikit je la.

" Dah-dah. Gaduh pulak! Nak dengar story tak ni?" Piqah mula bersuara. Pening melayan karenah tiga sepupu itu.

" mestilah nak! Cepat lah story mory dengan kitorang" Apa nak jadi dengan Ara ni. Aku hanya menggeleng perlahan.

" okay. Aku dengar desas desus menyatakan bahawa The Romeo bakal join Theater club!" kami bertiga terkejut bukan kepalang dengan berita yang disampaikan oleh Piqah itu.

" serius? biar betul korang ni? boleh percaya ke?" aku berkata penuh ragu. " Betul lah! Theater Club paling awal yang tahu. Sekarang ni berita ni dah tersebar meluas tau" Hanis menyampuk.

"Haah. Yang menyokong kuat lagi apabila kelibat Luth Adrean di Victorious Auditorium dengan Miss K. Muka masing-masing bukan main serious. Geng-geng Kimi yang bagitahu kitorang" Terang Nuyyin lagi. Kami terdiam. Tidak lama selepas itu, Ara menghamburkan tawa kuat.

"Aduhai! Macam mimpi. Apakah? Romeo masuk Theater club? pergh... That's new. Yuni..Yuni.. kau boleh bayangkan tak si Zayn and Qarl yang keras macam balak tu berlakon?" serentak itu, tawa aku bergabung dengan tawa Ara.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now