ILLA POV
Kami memang tak sabar nak pergi VIP. Nak jumpa Enchanted danBad Boy. Tak lupa dengan Romeo. Rindu Kruzzz!!! Aku ni bukan setakat ada rama-rama terbang dalam perut, ni dah tahap burung terbang dalam perut. Nervous! Siapa lah yang tak nervous kan.
"Illa! Boleh tak kau bawa bertenang. Macam kucing jatuh anak tau" tegur Tariq. " Aku takut Ariq. Apa pandangan orang nanti" tisu dicarik menjadi cebisan kecil.Memang dah kronik sangat ni. " ish... hiraukan pandangan orang lain. Just be yourself. Be THE GREATEST ADILA MEDINA TAN SRI NASHIRUDDIN. Just believe in yourself. Jangan dengar apa yang orang cakap. Biarlah orang nak cakap apa pun, sekurang-kurangnya Allah tahu niat kita. Lantak lah dengan pandangan orang. Yang paling utama sekarang ni ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita" aku angguk.
Kagun sesaat. Hebat lah Tariq. Terus confident level aku naik menggunung. Kata-kata Tariq memang tersemat elok di hati. Akan ingat sampai bila-bila. Hari ni kami datang sekolah berasingan. Aku dan Ariq datang dengan Dodger Challenger Tariq. Ara dan Zef naik kereta Audi Ara. Yuni dan Harraz naik Aston Martin Harraz.
Kesian Abang Mika masuk hospital. Dia accident. Kaki kanan patah. Sebab tu lah diorang semua jadi driver kami. Kami cadang nak lawat Abang Mika petang nanti. Dah lah lama tak jumpa. Kata Tok Ayah teruk juga. Haih... kes.langgar lari. Abang Mika dengan motosikal. Yang langgar tu lori. Nasib tak jadi apa-apa dekat Abang Mika.
"Okay,dah sampai. Illa are you ready?" aku angguk penuh semangat. " Ai..ai.. Sedia!" Tariq senyum. " So let's go then. Kita ada assembly dekat auditorium kan?" aku angguk. Pantas aku keluar dari kereta handsome tu. Shawl dark blue aku betulkan. Haaa.. kalau nak tahu Pelajar VIP yang bertudung memang pakai shawl warna dark blue. Sedondon dengan uniform rasmi sekolah. Satu lagi kelebihan VIP. Boleh pakai shawl pergi sekolah.
"Dah cantik dah. Jangan risau" compliment dari Tariq sedikit sebanyak membuatkan hati aku sedikit tenang. "Illa! Ariq!" kami berpaling secara serentak ke arah suara tersebut. Ara, Zef, Yuni dan Arraz merapati kami. " okay jom. Nanti kalau lambat tak pasal-pasal kena detention. Hurry up ladies" dengan langkah yang penuh confident, kami menapak ke Victorious Auditorium. Aku perasan pandangan-pandangan yang dilemparkan kearah kami. Ada yang terkejut, ada yang tergamam, ada yang tersenyum dan banyak lagi reaksi. Melangkah masuk ke dalam auditorium, benda paling utama ialah cari Enchanted dan Bad Boy.
" Tariq! Harraz! Zefrieq!" aku nampak Adam melambai memanggil kami. Enchanted turut bersama. Jadi kami terus mendekati mereka. Seat memang terbaik punya. Seat paling belakang, jauh dari cahaya, dan yang paling penting dekat dengan air cond.
" Assalamualaikum guys!" sapaku riang. Enchanted dan Bad Boy menjawab serentak sebelum memandang aku. Then diorang pandang aku, Ara dan Yuni tidak berkelip. Dah agak dah, mesti reaksi diorang macam ni. " Ya Allah! Tak payah lah buat muka tercengang macam tu. Buruk tau tak. Dah-dah tepi aku nak duduk" Yuni berkata selamba sambil mengambil tempat di sebelah Izzah.
" Subhanallah.... Triplet! Alhamdulillah" terucap juga kalimah syukur daripada mereka semua. " Since when ni?" Yana bertanya teruja. " Since lepas balik dari camping. Dah nak dekat 2 minggu kami berhijab" tenang Ara berkata. " Cantik! You guys look more gorgeous with hijab" puji Piqah. " Kenapa tak bagi tahu nak bertudung, kalau tu boleh aku join sekali" perlahan aja Hanis berkata.
Bad Boy dan Musketeers hanya selesa menjadi pemerhati. " Iya ke?" aku sedikit terkejut. " Sebenarnya dah lama simpan niat nak berhijab. Tapi tak ada courage masa tu. Tapi bila tengok korang pakai tudung, keinginan tu semakin membuak-buak tau" Yana turut meluahkan isi hatinyan
" Aku pun sama. Tengok dah ramai pakai tudung, terdetik juga nak berubah" Ecah mengeluh. " Alah babe! Daripada korang duk luahkan perasaan dan keinginan terpendam tu, apa kata korang just do it. Berhijrah macam Triplet. It's better. Baru lah lengkap" Zefrieq menyampuk jua.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...