ARA POV
Aku tersenyum berpuas hati. Semua barang-barang yang perlu dibawa sudah dimasukkan ke dalam bonnet kereta.
Hari ni kami ada trip ke Terengganu Darul Iman! Family Day kami akan diadakan di Pulau Redang. Dah lama gila tak tengok pantai. I LOVE BEACH DAMN MUCH!!!
Ini asyik tengok bangunan bertingkat. Bosan tau. Sesekali kita kena tenangkan fikiran kita and lari from kesesakan bandar. Cari ketenangan untuk minda kita beristirehat.
"Syazreennn!!!" Aku dengar Zef menjerit kecil. Kenapa pula tu? Aku menjengah.
"Kenapa Zef?" Tariq yang berada berdekatan menjongket kening.
"Reen ambil kunci kereta. Dia tak nak bagi selagi aku tak benarkan dia bawa Snowbell" aku ketawa kecil.
Snowbell tu anak kepada Snow White. Huhu... Snow white dah mati. Sekarang ni yang tinggal hanya lah Snowbell,Wolf and Brownie. Wolf sebab muka kucing aku macam muka wolf. Brownie sebab bulu dia warna brown.
"Hahaha... Bawa aja lah Zef. Ikut kan aja kehendak dia" Harraz menyampuk.
"Tak nak! Nanti kucing tu berak dalam kereta.. Busuk. Lagi satu, perjalanan kita ni jauh!" Zef menggeleng.
"Alah.. Mengaku aja lah yang kau tu takut kucing. Tak perlu nak cover macho" Illa smirk.
Muka Zef masam mencuka. Yuni hanya gelak. "Amboi... Gelak dekat aku, kau tu sama aja dengan aku!" Terus mati tawa Yuni.
"Reen!! Oo Reen!! Kita dah nak bertolak ni!" Lembut aku memanggil.
"Tak nak pergi selagi snowbell tak boleh ikuttttt!!!" Reen jerit dari Animal Planet.
Aku mengeluh. Keras kepala betul anak aku ni. Nak dengar cakap dia aja. Cakap orang langsung tak nak dengar. Haih... Ikut perangai siapa lah ni.
"Zef,bagi aja lah Reen bawa Snowbell. Daddy dah WhatsApp aku ni. Bas dah nak gerak" Harraz memberitahu.
Syarikat kami sewa 3 buah bas untuk para pekerja. Yang setengah lagi pergi sendiri. Memang tahun ni familt day company besar-besaran. Client terdekat pun dijemput. Enchanted dan Bad Boy sekeluarga turut hadir memeriahkan suasana.
Lepas tu 'pertengkaran' berlaku diantara aku dan Zef. Pada akhirnya Snowbell dibawa juga. Reen bukan main gembira. Tapi, Snowbell naik dengan Illa sebab Illa pergi dengan kereta Jeep baru dia. Jeep tu jenis open air.
Perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu dihabiskan dengan tidur... Hahaha... I love sleep. Reen ni pun jarang nampak pantai. Bukan main excited lagi dia bila kami guna jalan pantai bukan jalan highway.
Sempat singgah dekat kedai jual keropok lekor buat makan dalam kereta. Sedap. Aku suka. Kami naik speed boat untuk ke sana. Hahaha.. Speed boat tu sebenarnya yang dari Resort kami sendiri.
Kalau nak service murah,naik boat yang ada dekat jeti ni. Jimat dan murah. Resort kami dekat sini menawarkan package yang menarik dan selesa.
Kalau guna package VIP and VVIP, speed boat akan didatangi sekali. Hahah... Sebenarnya dekat Resort kami ni ada banyak package. Spa pun ada. Sauna. Pastu ada banyak activity menarik.
Contohnya banana boat, snorkeling, skuba diving, blob jump, motorski, ATV, bagee and banyak lagi. Tak sabar nya!!
Setengah jam kemudian, kami sampai ke daratan. Subhanallah.. Cantiknya ciptaan mu Ya Allah. Air lautnya jernih. Pasirnya putih. Tenang setiap jiwa yang memandang.
"Jom sayang" aku ditarik oleh Zef. "Ray!!! Jangan berlari. Nanti jatuh!!" Illa dah menjerit kecil.
"Reen!!! Snowbell jatuh dalam air,tak ada siapa nak selamatkan nanti!" Suara Zef agak kuat. Reen hanya ketawa kecil.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Novela JuvenilTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...