BREAKFAST

5.3K 316 2
                                    

YUNI POV

Aku terjaga dari lena. Peluh merecik di dahi. Aku beristighfar di dalam hati. Bumbung khemah ditenung. Aku terus memandang Illa yang masih lagi tidur. IPhone dicapai. 5:40 pagi. Aku masih terbayang mimpi tadi. Siaplah Pudin and Juan. Aku jumpa, aku cincang bagi singa makan.

Tak pasal-pasal aku mimpi kena kejar dengan 'benda tu'. Aku membuat keputusan untuk kejutkan Illa. " Illa.. Illa... bangun lah. Dah pagi ni" gadis itu menggeliat kecil. Perlahan mata dibuka. " dah pukul berapa ni?" suara Illa serak. " 5:40 pagi" gadis itu menggosok mata dan terus bangkit dari pembaringan. Pinggang dibetulkan.

Ikat rambut di dalam beg dicapai lalu aku ikat rambut yang panjang mengurai itu. " Kau okay tak ni?" dahi berkerut mendemgar soalan Illa. " aku okay lah. Kenapa?" Illa menggeleng. " Tolong aku kejutkan diorang" Aku mengangguk kecil. Sesi mengejutkan Enchanted dan Ara bermula. Ya Allah... susah betul lah Ecah nak bangun. Sampai kan suara Ara yang nyaring tu pun tak terkesan. Dah tak ada pilihan lain, so Yana memercikkan air ke arah Ecah. Terpisat-pisat gadis itu bangun.

" woi! habis basah baju aku" Izzah menolak kepala Ecah. " kah ni tidur mati ke? dah lah jom pergi mandi" kami terus bergerak ke tandas awam. Tak ada seorang manusia pun lagi. Jadi boleh mandi lama sikit. 10 minit selepas itu, nasing-masing sudah siap mandi. Sekejap aja. Buat apa lama-lama dalam tandas. Lagipun seram. Bagi mengelakkan aku fikir bukan-bukan, tak pasal-pasal aku berbual dengan Piqah yang mandi bilik air sebelah aku. Macam-macam isu keluar. Sampaikan nama Obama pun disebutkannya.

Siap mandi, kami yang tak uzur terus pergi solat di surau. Yang period semua tolong Cikgu memasak. Menu hari ni ialah Nasi Goreng. Okay lah tu daripada tak ada. Kami yang sudah selesai menunaikn solat subuh terus bersama-sama menolong menyiapkan makanan untuk 60 orang makan.

Illa nampak lesu tidak bermaya. Mata dia pun sedikit merah menahan mata yang mengantuk. "Kau tidur pukul berapa semalam Illa?" Ara menyoal. " Erm.. entah lah. Aku asyik terjaga. Tempat baru kan" Ara mengangguk. " Teruk semalam Yuni mengigau. Itu yang aku tak tidur sangat" aku laju pandang Illa. " aku mengigau?" Illa angguk.

" Masa.kau kejutkan aku pagi tadi, aku baru aja nak lelap." kesian Illa. " Teruk ke?" Illa hanya anguk. " Siap lah Pudin and Juan nanti" penumbuk dikepal. Semua salah jentolak berdua tu. Makanan sudah siap dimasak. Cikgu Hani menyuruh kami untuk susun. Tepat jam 8 pagi semua sudah mula masuk ke dewan terbuka untuk mengambil makanan.

Bad Boy melangkah masuk beriringan dengan Musketeers. Pantas aku mencari Pudin dan Juan. Aik.. tak ada. Pelik ni. Apabila diorang sampai dekat, aku terus menahan. " Pudin and Juan mana?" soalku. " Pudin and Juan demam" Afiq menjawab sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. " Demam? tak payah nak tipu lah. Ni mesti takut lah ni"darah aku sudah menggelegak.

" Tak tipu. Kalau nak tahu masa kitorang on the way nak pergi mandi, Pudin and Juan nampak 'benda tu' dalam tandas. Terus demam" aku terlonggo. " Ya Allah... hmm.. siapa suruh usik orang. Kan Allah balas cash" memang terbantut niat aku nak kerjakan diorang. Tak apalah Allah dah tolong balaskan.

" Okay, lepas makan kita akan berkumpul untuk aktiviti Jungle Trekking" seisi dewan bersorak. Aku memang nantikan aktiviti ini. Dan.. Gegediks datang melangkah masuk. Ya Allah.. dia ingat nak pergi paris and milan ke? Jeans, baju ketat, heels. Weh agak-agak ah. Aku tepuk dahi.

" What the..." sebelum Adam sebut, Izzah terus potong " Fudge..". Miss Kay menggeleng. " The Glam, why you wearing like this? We are going to jungle trekking" Sir L bercekak pinggang. Susah kalau anak murid terlebih DIVA. " Ikut suka hati kami lah nak pakai apa" kurang ajar betul lah cacing-cacing pita ni.

" Miss Gina! Tak ada makanan lain ke? I nees salads! Makanan ni semua banyak cholesterol. Tak pasal-pasal nanti I jadi gemuk" Ya Allah.. gediknya. " Betul tu.. yulks" aku rasa macan nak tampo aja mulut selebet Jazzy itu. " I don't wanna eat this!" muka Bad Boy bukan main bengang.

" Eh perempuan! boleh tak sesaat kau diam. Memekak pagi-pagi. Nak makan pun tak senang lah" Adam mendegus. " Entah duduk ' I don't wanna eat this' bagai. Tengkorak kau! Dah ada makanan, makan ajalah" Aza turut sama berang. "Nak salad pulak. kita ni orang Melayu, kau tu acah-acah orang putih aja. Cuba kau tengok minah bertiga ni yang ada mix blood, tak ada maknanya berlagak macam kau!" Afiq menambah.

" manusia tak reti bersyukur macam kau lah! Kalau dah sedia ada gemuk tu, tak payah perasan skinny!" Ya Allah... mulut Aimin. " Ke kau nak makan cicak? Lipas? Meh aku tolong gorengkan"pengotor punya Aimin. " Aimin!! Aku nak makan lah siot!" Nuyyin memarahi Aimin. " Aku cakap benda benda betul. Cicak masak kicap. Simple but nice" Dan aimin dihujani sekehan di kepala. Terbantut niat aku nak makan. Bahana punya Aimin.

Muka gegediks sumpah sikit lagi nak nangis. Mereka terus storm out meninggalkan dewan terbuka. " Berambus pun lalat-lalat tu"Bad Boy buat high five. Aku hanya menggelengkan kepala. " Yuni" aku berpaling memandang Harraz. Kening aku terangkat. " Kenapa?" dia tersengih. " Saja. Rindu"dengan itu Harraz terus berlalu. Aku terkaku,tergamam, terkelu dan termacam lagi. Apakah....

Aku hanya memandang susuk tubuh lelaki yang semakin lama semakin mendapat ruang di hati ku ini. Haih... Harraz what have you done to me. Lepas Breakfast Sir Zal cakap kami kena bersiap untuk jungle trekking. Aktiviti paling dinantikan. Tak sabar aku nak menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi

----------------------------------------------------------

A short chapter. Enjoy the chapter. Stay cool and Kept Reading... VOTE AND COMMENT if you guys like it..

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now