SPM

5.4K 310 8
                                    

ILLA POV

SPM ialah singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia. SPM merupakan kunci kejayaan dimana akan menentukan masa depan kami semua. Di sini permulaan bagi masa depan samada menjadi seorang yang berjaya ataupun sebaliknya.

Sebab tu kami kena struggle betul-betul untuk peperiksaan besar ni. No more playing around. Kami sekarang ni misi. Misi untuk mencapai straight 'A'. Masa yang berbaki hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dan bermulalah hari-hari penuh sibuk dan sengsara kami. Siang malam ada kelas.

And now kami sedang countdown untuk SPM. Berdebar tu semestinya. It the biggest exam kot. Penentu segala-galanya. Sekarang ni Triplet, Musketeers, Bad Boy dan Enchanted sedang study bersama-sama oleh kerana ramai guru-guru yang terlibat dengan SPM.

Nampak aja Bad Boy tu nakal, suka buat masalah, tapi sebenarnya mereka tu tergolong dalam Top50 ranking VIP tau. Nakal-naka pun, tetap pandai. Kalau Pudin tu nampak aja blur, sekali buat Add Math dengan Afiq, memang tiada tandingi.

" Hmm.... bosan lah belajar Bio ni! Aku bukan nak jadi Doctor pun bila besar nanti. Bidang kerjaya doktor langsung tak ada dalam senarai kerjaya aku tau" keluh Piqah. " Alaa.. Piqah aku pun tak minat juga Bio ni. Tapi nak buat macam mana. Tetap kena belajar kan" Yuni berkata. " Weh! ni tisu apa ni? Aku tak ingat lah. Menyesal aku tak pinjam buku budak-budak form 4 tadi" Aza sudah menggaru kepala. Sumpah tak ingat. " Itu tisu epitelium" Zef tolong jawab. " oh! thanks Zef" Aza terus pandang balik BK Bio. " Susah lah!" Aimin sudah menjerit. "Min,kalau kau cakap susah, makin susah lah. Cuba bertenang. Baru jawab pun senang" Nuyyin bagi nasihat. Aku pro Sejarah. Kalau kami study Sejarah memang aku lah yang jadi cikgu terangkan balik tentang apa yang diorang tak ingat. Entah kenapa sejarah sangat kena dengan jiwa aku. Add math and Math boleh bagi dekat Pudin, Afiq, and Tariq. Sekejap aja diorang ajar. Dah lah cepat faham. Bio pula memang kegemaran Zef and Ara. PAI, BM, and BI rasanya tak menjadi masalah. Sebab tu memang teras. Fizik and Kimia semua handal. Semua pro. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kami ni ambik 9 subjek aja. Tak mampu nak ambil banyak.

" Siap BK form 4, jom sambung BK form 5 pula" kami akur. " Okay, aku nak sorang nyatakan components of circulatory system" Zef dan Ara bakal ajar kami. Kami usik panggil Cikgu Zef and Cikgu Ara. " err... Medium of transport/Blood, Blood vessels and heart" aku jawab. " Good Illa" aku sengih. " someone terangkan pasal Composition of Human Blood. Senang aja ni" Izzah angkat tangan. " Human blood terbahagi kepada dua, Cellular components 45%, Plasma 55%" Ara angguk. Dan begitulah seterusnya. Sesekali kena marah sebab salah buat benda simple.

Jujur aku cakap study group memang berkesan. Tujuan study group beramai-ramai adalah untuk berkongsi ilmu sesama sendiri, share tips and so on. Tapi kena betul-betul study lah. Kalau main-main pun tak ada guna. Seiring dengan itu, pihak sekolah telah melakukan solat hajat berjemaah, solat dhuha berjemaah dan bacaan Yaasin. Memang kita telah usaha, tapi kita tetap perlu memohon bantuan, pertolongan daripada Allah SWT supaya memudahkan kita memahami apa yang dipelajari, memohon supaya diterangkan hati, moga-moga dapatmenjawab dengan tenang.

Tok Ayah turut berpesan kepada kami untuk bangun disepertiga malam untuk melakukan solat sunat Hajat, solat sunat tahjud, sebab masa tu memang mustajab. Pada petang hari pula kami mengambil masa untuk beriadah. Setengah jam pun sudah memadai. Otak kita pun perlukan rehat.

Hari ini adalah hari yang ditunggu. Kini aku bersama Triplet, Musketeers, Enchanted, dan Bad Boy sedang berjalan penuh tenang menuju ke Victorious Hall. Di situ lah tempat kami menduduki SPM. Hari ni paper BM.

" Air masak ada bawa tak?" aku tanya. "Mestilah ada" aku angguk perlahan. " So this is it, good luck guys. Do the best" dan kami mula bersalaman. Alif Ikhwan memimpin bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan. Alif Ikhwan ni adalah GENG SURAU. Memang itu nama dan gelaran untuk dia dan rakan-rakannya. Dengan langkah bissmillah, kami mula menjawab soalan peperiksaan. Masing-masing focus.

Memang betul-betul berperang. Bukan berperang menggunakan pedang ataupun panah,tetapi berperang dengan Kertas peperiksaan yang susah itu. SPM selama sebulan. Dan selama itu lah kami sentiasa komited dan focus. Bad Boy yang suka main-main pun sekarang ni berubah serius. Sebulan kami jadi budak nerd. Kemana-mana mesti dengan buku. Semua nak berjaya di dunia mahupun akhirat.

Walaupun kami exam, masa petang memang wajib bersukan untuk mengeluarkan peluh. Barulah otak dapat berfungsi dengan baik. Biar kasi oksigen mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Bila dah cergas baru otak pun jadi cerdas.

" Yeay!!! Kita dah merdeka!!!" dan itulah laungan keramat kami menandakan peperiksaan sudahpun berakhir. Keluar aja dewan, Triplet dan Enchanted sudah berpelukkan. "It's okay guys. Kita dah buat yang terbaik. Sekarang ni kita hanya mampu berdoa dan berserah pada ilahi" semua angguk bersetuju dengan Ara.

" Hmm.. memandangkan kita dah merdeka, jom kita enjoy!! Hilangkan stress sebab belajar non stop dua tiga bulan ni!" dan semua bersorak gembira. " Betul tu! Kita happy-happy aja. Jangan risau guys! The most important sekarang ni kita kena hilangkan stress" semua setuju. " Nanti kita set balik timing. Sekarang ni aku nak balikk!!" berakhir sudah penderitaan kami pelajar SPM. Tapi tak juga. Tinggal satu benda lagi, kami kena tynggu keputusan SPM keluar. Hmm.. In Sha Allah, kami dah buat yang terbaik. Sekarang ni kami hanya mampu berserah kepada Allah, berdoa untuk memohon pertolongan, lembutkan hati pemeriksa kertas. We already did the best.

------------------------------------------------------------
SPM dah around the corner... hmm.. good luck lah kepada budak-budak SPM...

To all my readers... stay cool and kept reading. Jangan lupa VOTE AND COMMENT... Thanks kepada semua sebab sudi baca my books..

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now