ARA POV
Sudah seminggu kejadian pergaduhan diantara Triplet Troublemaker and now diorang dikenali The Musketeers. Memang VIP dah jadi macam typical fairytale story. Ada Romeo, Enchanted, The Fairy, and yang terbaru The Musketeers.Dalam kelas memang masing-masing buat macam tak wujud. And kejadian minggu lepas sudah tersebar meluas. Tak sampai 3 jam, kecoh satu VIP. Tadi semasa bertembung dengan mereka, peperangan dunia ketiga hampir meletus tetapi sempat diselamatkan oleh Enchanted.
Laju mereka mengheret kami bertiga ke Auditorium. " Daripada kau orang bazirkan air liur dan buang tenaga gaduh dengan diorang, baik kau tolong kitorang. Masalah kitorang lagi besar tau" bebel Ecah. Jadi seharian kami bertiga berada di dalam auditorium bagi membantu. Yang pastinya, Miss Maya dah bagi green light.
Pulang dari VIP, Tok Maa memaksa kami untuk ke The Coast. The Coast ialah sebuah shopping mall terbesar and the main one.
" Alah Tok Maa, kitorang penatlah. Seharian kitorang duk menari" aku bersandar pada sofa Cleopatra berwarna hitam itu.
" jom lah" wanita berusia itu masih memujuk.
" buat apa dekat sana Tok Maa? Dalam closet tu dah penuh. Semua dah cukup" Yuni mencapai remote TV. Yuni menukar dari satu channel ke channel yang lain sehingga terhenti pada siaran X Factor.
" Kalau tak nak shopping,mai lah pe Spa" Oh Tidak! Spa?! jerit aku di dalam hati.
" Tak nak Tok Maa, kami penat gila hari ni! Lain kali ajalah" Illa sudah pun berbaring di atas Sofa. Mata di tutup.
" malam ni ada tetamu" terang Tok Maa. " siapa nak datang Tok Maa?" aku berpaling memandang Tok Maa yang sedang berdiri dibelakang sofa dimana aku pasti Illa sudahpun dibuai mimpi.
" kawan baik Tok Maa and Tok Ayah since University. Dia baru balik dari London. Masa korang kecik-kecik dulu, dia selalu main dengan korang. Then dia berhijrah ke London bersama keluarganya. Now he's back" penerangan Tok Maa membuatkan aku mengangguk faham.
" Dah! Jom pergi spa. Dah hampir dua bulan korang tak pergi spa kan" Puan Sri Hajah Fatimah masih tidak berputus asa bagi memujuk cucu-cucunya yang degil itu.
Memang dia akui, Illa, Ara, dan Yuni berbeza dengan anak gadis lain. Kau diajak ke spa memang perlu diheret. Nak ajak shopping perlu dipaksa. Perangai tak serupa perempuan!
" Tok Maa, tak penting pon benda tu semua. Lagipun Illa dah tertidur tu" bibir dimuncungkan ke arah Illa.
Illa antara orang tersibuk. Kesian Illa. Tiba-tiba Illa mencelik mata. Dia bangun terpisat-pisat.
" mana lipas?" Illa yang masih mamai bertanya.
Aku dan Yuni berpandangan. Kami serentak ketawa. " mana ada lipas sayang oi! Dah Illa pergi naik. Lepastu mandi,solat, kita nak ke The Coast" Illa mengangguk perlahan. Illa bangun dengan muka yang masih mengantuk.
" Yuni! Ara! Pergi mandi. 3:30 petang sharp di garage" kalau tadi permintaan, sekarang dah tukar jadi arahan. Nak buat macam mana. Akur aja lah. Aku bangun dan turut sam mengheret Yuni untuk naik. Aku memang bersiap ala kadar. Black jeans, pink flower blouse, ponytail, vans dark pink. Simple.
Turun ke garage, kelihatan Yuni dan Illa sudah pun siap. Kalau aku simple, Yuni lagi simple. Dark blue jeans, tank top with grey cardigan, grey converse, fishtail. Tapi.. Illa tersangat-sangat simple. Nasib baik dia tak sarung track.
Rip skinny jeans, white long sleve t-shirt, high top black converse and messy bun.
" okay, let's go girls!" aku segera masuk ke dalam BMW X6 berwarna kuning yang dipandu oleh Pak Man. Seperti kebiasannya, Illa akan duduk di hadapan.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...