ARA POV
Aku bercekak pinggang. Hmm... 3 buah bagasi dipandang. Dah cukup ke eh? Aku takut ada barang-barang yang tertinggal.
"Sayang, renungkan apa tu? Dari tadi dah saya tengok!" Zef muncul entah dari arah mana.
"Hah? Eh tak ada lah. Saya check takut ada barang-barang yang tertinggal. Nanti itu tak cukup, ini tak cukup. Pastu kita ni duduk dekat Pulau. Mana ada mall" aku masuk mood cik kiah membebel.
"Hmm.. Iyalah Cik Kak sayang! Nanti jangan salahkan saya kalau awak tak larat nak angkat beg sendiri" aku mencebik. Tak gentleman langsung laki aku ni.
"Apa guna ada laki kalau tak boleh bawa beg bini!" Aku smash.
"Farha Umirah, iyalah. Nanti saya dengan segala hormatnya jadi hamba awak sepanjang cuti ni" hiperbola lah Zefrieq Shafeen ni.
"Tak ada lah sampai nak jadi hamba. Eh! Anak mana?" Aku mencari.
"Hmm.. Reen kemana lagi kalau bukan main basikal dengan Ray" Zef jawab selamba.
"Hmm.. Saya kesian dengan Reef tu. Selalu kena buli dengan Srikandi Alauddin ni" aku mengeluh.
"Itu lah. Saya ni dah penat ajar Reef supaya jangan bagi muka sangat dekat budak berdua tu.Tapi itu lah.. Reefqi tu sebijik ikut perangai Harraz.
Harraz macam Reefqi lah masa kecil. Manja. Harraz selalu kena buli dekat saya dengan Ariq masa kecil-kecil dulu" Zef ketawa kecil.
"Padan pun. Tak apa. Besar nanti, tengok lah. Si Reefqi tu pula yang buli Reen dan Ray" aku ketawa.
"Budak-budak. Saya turun dulu eh. Bola dah nak start tu" aku angguk. Esok nak bertolak, malam ni sempat lagi diorang tengok bola.
Orang lelaki dengan bola memang tidak boleh dipisahkan. Ni diorang semua tengok game antara JDT and Selangor.
I'm debating nak sokong team mana sebab sama-sama kuat. Aku rasa aku akan sokong team yang menang lah. Hahaha...
"Sepak lah! Ya Allah dia pergi past dekat pihak lawan!" Riuh rendah sekali.
"Tendang lah! Lari laju sikit! Game macam budak-budak" aku sudah menggelengkan kepala.
"Kau ni bisinglah. Kalau rasa bagus sangat, main lah sendiri. Tutup TV tu" Illa marah Aza. Aza hanya sengih. Illa, Aza and Afiq kalau tak gaduh tak sah. Dari dulu sampai sekarang.
Diorang stay sampai midnight. Lepas habis tengok bola diorang sembang sekejap sebelum dihalau balik oleh Yuni. Kalau tak halau, menang diorang berkampung dekat Villa Alauddin lah jawabnya.
"Ariqa Raysa!" Kelihatan Illa sedang menyeru anak gadisnya yang nakal tahap abadi itu.
"Whats up Mom!" Aku ternganga. Mak ai... Boleh si budak Ray ni cakap macam tu dengan mama dia.
Macam lah tak tahu, Illa since jadi COO, a mother to a pair of twin, a wife to a successful CEO and a cousin that has two crazy impulsive cousins ni garang dia makin menjadi-jadi.
"Raysa! Apa Whats up kan mama tu! Nanti mama mengamuk baru tahu langit tu tinggi ke rendah!" Si Abang kembar kepada Ray yang penuh bertanggungjawab dan lebih matured memarahi Ray.
And Ray being Ray, she totally ignore her twin brother warning. Illa muncul bersama phone ditangan.
"Kenapa Cariño?" Ariq yang masih lagi menonton television menjongket kening memandang isteri terchinta.. Hahaha
"Ray, Rizq, dah kemas baju ke belum?" Kedua-duanya mengangguk serentak.
"Good. Now it's bed timeee!!! Naik bilik dan dipersilakan dengan segala hormatnya pergi tidur!" Tidak mahu mamanya mengamuk, pasangan kembar itu hanya menurut perintah permaisuri hati mereka.
"Tariq Akhtar!" Kali ini, nama suaminya diseru.
"Cukup-cukup lah tengok tv tu! Pergi tidur sana. Esok kita ada sebuah trip yang memenatkan. Jangan sampai separuh jalan, awak suruh saya pula yang drive!" Mood mak nenek Illa sudah diaktifkan.
Padan muka Tariq! Kali ini dia yang menjadi mangsa bebelan Illa. "Iyalah Cariño. Nak naik tidur lah ni" cemberut habis muka Ariq. Aku hanya mampu ketawa kecil.
Baru sahaja Illa hendak berlalu, Tariq pantas menarik tangan Illa. "Habis tu awak tak nak tidur ke Cariño? Esok kalau awak dalam mood sleeping beauty, semua orang awak nak marah, saya yang susah tau!" Illa sudah terkebil-kebil.
Couple berdua ni memang tak berubah-ubah. Sejak dari zaman arab jahiliah, sampailah abad ke 21 ni tak pernah berubah."Kejap lah! Saya ni nak pergi siapkan bekal untuk anak-anak esok. Dua monster dekat atas tu tahu nak makan aja! Pergi naik sana! Shuu" penuh kejam Illa menghalau.
"Mama!!!! Bed time story!!" Suara Ray dah memepuhi ruangan Villa.
"Ask your papa!!!" Illa balas laungan tersebut.
"Tak nak!!! Papa baca nanti dapat nightmare!!" Aku dan Yuni sudah berdekah-dekah ketawa. Ariq buat facepalm. Illa hanya mampu menggelengkan kepala.
"Habis tu? Kalau tak nak papa bacakan. Just go to sleep. Sebelum tu basuh kaki, gosok gigi, mengucap then baca doa tidur!! Baru lah tak dapat nightmare!" Ray diam.
"Tak nak! Mama lah yang bacakan!" Illa sudah mengeluh.
"Tak apa Cariño,biar saya tolong masukkan muffin dalam ketuhar. Just leave it to me" Ills mengangguk sebelum mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur kembar. Tariq sudah ke dapur. Nasib baik Ariq reti juga memasak.
Lepas keluarga bahagia tu dah hilang dari pandangan, now hanya tinggak aku dan Yuni. Aku tak tahu kemana perginya laki aku and laki yuni.
Bertuah berdua tu pergi ajar anak Yuni yang baik macam malaikat tu tentang macam mana nak jadi jahat.
Bangang punya spesis manusia! Aku pun sebenarnya tertanya-tanya, si Reefqi ni ikut perangai siapa. Sebab baik dia tu lain macam. Dengan pendiamnya. Yuni dengan Harraz setahu aku bising.
Dia nak ajar Reefqi, kalau kena buli dengan Raysa dan Shazreen, Reefqi kena balas balik. Buat balik dua srikandi nakal tu menangis. Persoalannya, mampukah Reefqi yang baik tu nak ikut ajaran jahat dua syaitan gojeng tu? Atau Reefqi mampu merubah nasibnya yang sering di buli?
Aku pun tak tahu. "Reen! Masuk tidur sayang" aku tengok Reen dah mengantuk sangat. Budak perempuan itu hanya mengangguj tanpa suara.
"Harraz Daniel! Zefrieq Shafeen!!! Sudah-sudah lah ajar anak perkara bukan-bukan!!! Let him be!" Yuni bercekak pinggang.
"Sabar lah Yuni. Satu tip lagi" aku menggelengkan kepala. Laki sape lah tu???
"Zefrieq Shafeen!! Kau ni memang syaitan betul ajar anak aku buat benda jahat kan. Dah-dah! Otak budak ni suci murni lagi ni!" Yuni pantas menari Reefqi lalu berlalu ke atas.
Zef dan Harraz baru kepala. Kan dah kena marah. Hahaha... Aku sudah menguap.
"Naik lah Ara oi! Aku tengok dah serupa mayat hidup kau ni!" Disebabkan aku mengantuk! Aku tak balas apa yang Harraz kata.
Penuh malas aku daki anak tangga naik ke bilik. Penat siaa... Lepas tu aku terus tumbang menyulam mimpi indah!-------------
Belanja satu chap dulu.... TOV dah habis... (Menari tango sebab too happy) 😂😂
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...