You wanna War?It's War

6.3K 365 0
                                    

ILLA POV

"Argh!!!!" jeritan kami bertiga bergabung. " Lipas!!!!" Ara sudah melompat-lompat. Mana tidaknya di atas meja kami kini terdapat 3 ekor lipas mati. Ya Allah! geli geleman. " Calm down girls" Adam, ketua kelas, salah seorang ahli kumpulan Bad Boy menenangkan kami. " Adam!!! samak meja aku!!!" Yuni menggoncang bahu Adam. " iya..iya.. sabar. Weh! Buang lipas tu dekat luar" arahan Adam diterima baik oleh Pudin.

Dia memegang sesungut lipas itu. " Din! Kau jangan dekat dengan aku!" makin dilarang, makin dibuat. Pudin menghayunkan lipas mati itu dihadapan muka aku. " Argh!!!!" makin kuat aku menjerit. Tangan aku menolak tangan Pudin menyebabkan lipas itu jatuh atas kaki Ara. " Pudinnn!!!!!" Ara sudah macam hendak menangis. Takkan faham perasaan orang takut lipas. Nasib baik dah mati.

" Pudin! Aku suruh buang! Yang bahalol sangat pergi usik Illa tu kenapa. Buang cepat!" Adam bercekak pinggang. Pudin tersengih tidak bersalah dan terus membuang lipas-lipas yang sudah arwah ke dalam tong sampah. " Lipas pun takut. Buat kecoh aja" aku menghadiahkan jelingan maut kepada Tariq. " Kau diam! Bukan nak tolong!" marahku. " eee... binatang mana punya kerja lah ni! Aku jumpa! Siap lah sekor-sekor" Bad Ara dah keluar.

" Kau rasa siapa yang buat?" Yuni duduk semula di kerusi. Hari ni guru-guru meeting sebab tu lah bising sangat. " entah. Siapa yang tak puas hati dengan kita eh? Yang lately" dan kami sama-sama berfikir. " Bukan kau yang buat kan" Jari ditundingkan ke arah Musketeers. " Sumpah kami tak buat. Sepanjang sampai sekolah, kitorang sibuk annoying korang aja. Ikut kehulu kehilir. Jadi kitoang tak ada masa nak kenakan kau" Tariq mempertahankan Musketeers.

Betul juga tu. Sepanjang sampai sekolah, Musketeers asyik ekori kami sebab nak sakitkan hati. Memang tak ada masalah nak pull a prank macam ni. " entah-entah bukan orang yang buat" Sampuk Ecah. " habis, kau nak cakap lipastu terbang naik atas meja kami dengan sendiri lepastu dia pun bunuh diri. Macam tu?" semua terdiam. Pasal 3 ekor lipas, habis kecoh.

" Tadi masa rehat ada orang dalam kelas tak?" semua menggelengkan kepala. Izzah tiba-tiba bangun mengutip sesuatu kemudian diletakkan di atas meja Ara. " Barang kau tercecir dekat kaki meja tu" dahi berkerut melihat anting-anting berwarna pink. Ada sebelah aja. " Eh, bukan yang aku. Aku tak ada anting-anting macam ni" Ara menggeleng. " habis tu yang siapa" kami merenung anting-anting itu.

" weh!weh! Tu bukan anting-anting Dania ke" Piqah bersuara. " Dania? Dania mana?" Yuni menyoal. " Kamilia Dania geng GEGEDIKS!" haah laa... bila Piqah cakap baru aku perasan. Memang anting-anting perempuan tu. Bila tengok balik, baru perasan dekat Anting-anting tu ada huruf KD. "Memang sah! Gegediks punya!" Ara menepuk meja. " Tak guna punya cacing pita! Memyusahkan orang" gumamku. " Triplet! kau nak buat apa lepas ni?" Hanis bertanya. " They wanna war, then it's a war" aku tersenyum sinis. Nantilah diorang.

Keesokan harinya, kami datang sekolah seperti biasa. Rancangan untuk membalas dendam sudah tersemat di dalam kepala. Musketeers tak habis-habis tanya pasal plan tu sebab dia nak tahu. Memang tak ah kami bagi tahu. Tapi yang peliknya, bila kami datang sekolah, pelajar-pelajar mamdang kami sambil tersenyum-senyum. Bila sampai di loker kami, ramai yang berkumpul. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

" Tepi sikit. Bagi laluan" laung Yuni. Dan mereka terus memberi laluan. Aku ternganga, Ara terlopong dan Yuni terlonggo. What the.... Loker kitorang yang cantik warna purple tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan gambar-gambar.... astaghfirullah halazim.... aku malu nak cakap. " Illa.... sapa buat ni semua" Yuni memandang aku. " GEGEDIKS!!" Ara menjerit kegeraman.

Gambar yang tertampal pada loker kami pantas ditarik dan dikoyakkan. " Buat apa lagi dekat sini! Masuk kelas!" semua menikus masuk ke kelas. " Gegediks memang dah melampau. Kita kena balas hari ni juga" kami mengangguk bersetuju. Masuk ke kelas muka masing-masing bukan main tegang. " Mahon bertabah Triplet" aku menjeling ke arah Aimin geram.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now