ILLA POV
Luka di lengan masih terasa sakit. Tapi, sakit lagi yang dalam hati ni. Terkenangkan kejadian semalam betul-betul menaikkan darah aku. Padan muka mat-mat drug tu semua. Aku belasah sampai longlai. Lepasni memang aku pasti dia orang dah takkan berani kacau perempuan. Trauma.
Jangan ingat perempuan ni lemah sangat lah. Habis terkoyak kain baju kurung aku. Dah lah aku baru beli. Haih... tanpa sedar aku mengeluh sendiri. Hampir jam 1 pagi kami sampai ke rumah Wan. Sepanjang perjalan dalam kereta, aku diam tak berkutik. Sedikit sebanyak aku terasa dengan kata-kata mambang bertiga tu. Kami tak sangka pula bakal jadi macam tu. I thought this is a peaceful village. Sebab tu aku tak expect benda ni terjadi.
Nasib baik Yuni and Ara tak cedera. Luka aku ni sebab aku terlepas pandang. Rupanya dia ada dua pisau lipat. Tak pasal-pasal lengan aku jadi mangsa. Aku dah janji dengan Ara and Yuni untuk rahsiakan perkara yang berlaku daripada Tok Ayah and Tok Maa. Mati kami kalau mereka berdua tahu.
Aku buat keputusan untuk bangun awal pagi tu. Hari ni dah nak balik. Boleh tak aku tak nak satu kereta dengan Tariq? Haih... mengeluh lagi. Pagi-pagi aku dah mengeluh banyak. Ini si Tariq tu punya pasal lah ni. Usai mandi aku terus tunaikan solat subuh. Selesai solat, aku kejutkan Ara dan Yuni untuk solat. Hat tu berdua mandi tak apa tak, lepas solat terus syahid semula. Teruk betul perangai.
Tok Ayah selalu pesan, tak elok tidur balik lepas solat subuh, nanti rezeki tak masuk. Kak Hana and Kak Hani pun tidur rumah Wan semalam. Tudung shawl hitam terus disarung dan dibelit ala kadar sahaja. Semasa terserampak dengan Wan, dia tanya aku okay ataupun tak. Aku just balas dengan senyuman. Mulakan pagi anda dengan senyuman. Marah-marah nanti, tak pasal-pasal aku cepat tua.
Badan aku memang sakit, tapi aku lawan rasa sakit tu. Gila ke apa 3 perempuan yang lemah lagi tidak bermaya lawan 5 mat drug. Walaupun kurus keding, tenaga diorang kuat okay. Nasib baik rib aku tak patah. Dah lama aku tak boxing ni. Kali terakhir aku boxing akhir tahun lepas. Itu kali terakhir sebab Tok Ayah tak bagi.
Aku ambil keputusan untuk hirup udara pagi yang nyaman lagi menyegarkan di halaman rumah. " Akak cun!!!" aku tersenyum. " Hai boys... awai nya hangpa datang sini? Mama ngan Tok dah tahu ke belum?" Aku tanya mereka berempat. " Dah habaq dah. Kami mai dengan Pak Su" aku angguk. Datang dengan Atai.... tapi, mana Atainya.
" Mana Pak Su nya?" soalku. " Nu hah! Tengah jalan lah tu. Pemalas punya manusia. Membuta aja kerjanya" aku ternganga mendengar bebelan Farish. Gila! Budak-budak besar ni pun dah pandai cakap lagu tu. Ish.. ish.. ish.. kid nowadays. Tidak lama selepas itu Atai muncul. " Kak!" sumpah aku terasa tua. " Tai, kau nak temankan aku pergi beli kuih tak? Teringin nak makan Kuih ketayap. Boleh tak?" aku buat muka comel. " Hmmmm... iyalah. Kau pergi bagi tahu Wan. Nanti dia cari pula" aku angguk. Terus aku belari dapatkan Wan. " Wan... Illa nak pergi beli kuih sat dengan Atai!!" Wan angguk. Sempat Wan suruh aku beli beberapa lagi jenis kuih.
Dan kami berjalan dengan riangnya. " Kak, kau nak tahu tak yang kau belasah semalam ialah geng-geng mat drug yang paling dikehendaki sangat. Diorang ni selain daripada aktiviti dadah, diorang buat banyak lagi aktiviti tau. Pecah rumah, mencuri, ragut dan sebagainya. Sekarang ni satu kampung dah tahu yang kau bertiga belasah mat-mat drug tu. Korang memang Hero kampung lah" tergelak aku dibuatnya.
"Tak ada apa-apa lah" aku try not to be riak here. " Kau tahu tak, teruk gila diorang kena belasah. Orang kampung jumpa diorang kena ikat dekat pokok. Memang legend ah" aku angguk. " Lepas ni orang kampung dah tak perlu bimbang pasal diorang. Semua dah settle" Atai hanya mengangguk. " Akak, macam mana akak lawan dengan orang jahat tu?" Naufal yang berada di sebelahku bertanya. " Akak boleh lawan macam tu sebab Akak belajar tae kwan do, boxing and mua tai. Korang jangan tiru apa yang akak buat tau. Kalau nampak orang jahat terus lari tau. Jangan pandai-pandai nak lawan pula. Akak dengan sepupu akak lain, kami belajar seni pertahankan diri. Ingat tu" panjang lebar aku bagi pesanan penaja. Mereka terangguk-angguk. Aku tengok dah macam burung belatuk.
YOU ARE READING
Triplet Troublemaker
Teen FictionTiga gadis. Tiga ragam. Tiga masalah. Adila Medina, Farha Umirah dan Ayuni Wathiqah. Mereka bertiga adalah sepupu. Ketiga-tiga mereka anak tunggal. Tinggal bersama Tok Ayah dan Tok Maa tercinta di Malaysia. Sering menimbulkan masalah dan huru-hara...