Beg Sukan

7.2K 414 7
                                    

ARA POV
Aku masuk ke dalam dewan pingpong penuh santai. Padahal aku sudah lambat. Lewat 15 minit. Tak berdisiplin langsung. Aku hanya tersenyum mesra kepada junior-junior yang baru menyertai pasukan pingpong sekolah.

" amboi... bukan main santai kau kan? Kau tahu tak apa fungsi jam?" Firash muncul entah dari mana. " lah... mestilah tahu fungsi jam tu apa. Kau ingat aku duduk zaman batu kapur ke?" kening dijongket. " dah kalau tahu tak reti nak guna ke jam tu? kau tahu tak kau dah lewat 15 minit. Penat kitorang tunggu. Serupa patung cendana" Rash sudah masuk mood membebel. " releks ah... kau ni tak payah lah membebel. Tok Maa aku pun tak membebel macam kau!" beg sukan aku letak di atas lantai tempat biasa.

" kalau tak nak aku membebel, lain kali datang awal. On time! Sharp!" aku hanya mengangguk. Tidak mahu Rash menyambung bebelan dia yang maybe sampai raya tahun depan pun takkan habis. " hari ni kita buat aktiviti apa?" aku dan Rash berjalan seiring. " Kita buat latihan lah. Nak asah skill budak-budak baru. Dah bahagi kumpulan tau" aku mengangguk tanda mengerti.

" Zayn!" bahu lelaki itu aku tepuk. Sengihan ditayang. " awal sampai. Kenapa tak datang raya aidil adha tahun depan aja?" Zayn memerli. " hehehe... biar lah. Sorry lah weh! Kau macam tak kenal Triplet. Bila dapat bergossip tak ingat dunia. Sampai tak tengok jam. One more time, sorry" senyuman comel terlakar di bibir aku.

" hmm.. cakap dengan kau pun tak ada gunanya. Dah pergi masuk kumpulan" aku membuat tabik. " Amin mana amin?" mata meliar mencari Amin. " wah... ada orang rindu kita lah. Terharunya" aku hampirmelompat tatkala terdengar suara garau yang tiba-tiba muncul.

" ish kau ni! Terkejut aku. Bukan nak bagi salam ke apa. Aku bukan rindu kau! Aku tanya sebab pelik aja. Kau tu kan mana pernah miss latihan" panjang lebar aku berkata. Amin hanya mencebik. " Zayn, aky kumpulan mana?" aku kembali memandang Zayn. Wajah lelaki itu mendung.

Tidak seperti tadi. PMS agaknya. " sebab kau datang lambat, kau kumpulan sana" aku memandang ke tempat yang Zayn tunjuk. " Zayn! like seriously?! Kau tahu apa yang berlaku minggu lepas and kau still letakkan aku satu kumpulan dengan that freaking guy!" aku menjerit kecil.

" wow! chill Ara. Sabar itu separuh daripada Iman" Rash cuba tenangkan aku. " Chill engkau! Tak ada Zayn. Aku tak nak duduk satu kumpulan dengan dia" aku berpeluk tubuh. Zayn melepaskan keluhan berat. " Kau yang datang lambat siapa yang suruh. Lagipun kau hiraukan ajalah dia tu. Buat macam tak wujud" aku menggeleng.

" tak nak!" aku menghentak kaki persis anak kecil. " Jangan degil sangat boleh tak? My games! My rules. No matter how bad your problem with him, I don't care. Go now Ara!" tegas Zayn mengarah. " Kalau salah seorang daripada kami yang terbunuh! Kau yang bertanggungjawab" dengan itu aku terus menapak ke arah kumpulan junior yang perlu aku ajar bersama dengan si Pelat R tu.

Zayn hanya memandang langkah gadis itu. Payah, kata dia aja orang nak dengar. " eh.. datang pun. Ingatkan tak datang" aku buat-buat tak dengar. Dengan cara menghiraukan dia, aku terus memulakan sesi latihan. Setiap kali aku cuba untuk menerangkan apa yang patur, Zef menyampuk.

Bila aku berhenti, dia turut sama.berhenti. Then, bila sambung balik, dia turut sama bersuara. Argh!!.sumpah annoying tahap dewa! Apabila aku sudah selesai tentang penerangan, beberapa skill aku ajakan kepada junior kumpulan aku.

Tiba-tiba, bola pingpong yang warna oren tu hinggap tepat di dahi. " ouch!" sakit. Gila sakit. Even bola kecik pun sakit. Tak percaya try lah dekat rumah. Aku memandang Zefrieq Shafeen yang buat muka bodoh dia tu. Memang bodoh sungguh lah.

" kau boleh tak janggan kacau aku?" marah aku. " Tak boleh! hidup aku takkan lengkap tanpa mengacau kau. Sebab nanti kau kacau aku balik dalam mimpi. Tak nak aku. Ngeri" aku mengetap bibir geram. " Kau ni memang tak boleh tengok aku senang sikit kan?" selamba badak berendam aja dia menggeleng. " nope! Sebab kalau kau senang maksudnya aku sedang sengsara" dada diurut perlahan. Cuba mengumpul kesabaran.

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now