Jogging

5.5K 310 4
                                    

ILLA POV

Aku pandang cermin meja solek. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus. " Aku nervous lah Illa" Yuni disebehku bersuara. " Haah laaa... nervous aku lagi teruk daripada main pingpong masa dekat final tau" aku tersenyum. " In Sha Allah tak ada apa-apa. Dah jomlah. Aku nak tolong Wan. Kesian Wan sorang-sorang dekat dapur" nasib aku bawa baju jersi lengan panjang. Kalau lengan pendek tak ke naya.

Kalau betul-betul nak tutup aurat, mestilah kena tutup semua. Aku tak adalah jahil sangat mengenai aurat ni. Aku tahu baju-baju aku yang tak sesuai dengan imej baru ku ni, aku nak buat macam mana. Otak ni sudah ligat berfikir. Pintu bilik aku buka. Aku menganguk kecil sebelum melangkah ke dapur.

Di dapur, aku mendengar keriuhan suara insan-insan yang sangat dikenali. " Assalamualaikum" mereka yang sedang ketawa terhenti dan menjawab salam kami hampir serentak. 4 pasang mata di dapur merenung kami bertiga tunak. Ariq, Zef dan Arraz tergamam seribu. Senduk yang berada di tangan Ariq jatuh ke lantai.

Erk... teruk sangat ke? " Subhanallah.. cantiknya kamu bertiga" Wan meluru ke arah kami dan memeluk kami bertiga erat. Kami bertig tersenyum. Terpancar riak gembira di wajah mereka. Aku nak sangat tengok reaksi semua nanti. " Terima kasih Wan" Ara membalas bagi pihak kami bertiga.
" Tariq Akhtar, Zefrieq Shafeen, Harraz Daniel, jangan tenung anak dara orang lama-lama. Tak baik. Wan ketuk kepala sorang-sorang dengan senduk ni nanti" kami tergelak tatkala melihat tiga jejaka itu gopoh menyambung kerja yang tergendala.

Comel. Aku nampak Tariq blushing!! Asal nampal cute sangat tu. Kami bergerak mendekati mereka semua. Okay... suasana sekarang sangat janggal. Awkward. " Nak suruh tolong apa-apa tak?" Ara memecah kan suasana awkward itu.

" Erk.. t..t..tolong potongkan timun ni lah" Ara angguk dan mencapai pisau. " Raz, need any help?" Harraz angguk. Yup! Really need it" dan Yuni tolong Harraz bersihkan ikan bilis. Aku dekati Tariq. " Tariq!" lelaki itu berpaling memandangku. " Boleh aku tolong?" dia angguk. Senduk bertukar tangan. " Korang nak pe jogging dula kan?" Tariq angguk. " Kalau lagu tu, Wan makan dulu lah sebab Wan nak pe tengok pekerja dekat sawah nung" kami angguk perlahan.

" Cantik!" Aku berpaling memandang Tariq di sebelahku. " apa yang cantik?" aku masih blur. " Engkau lah yang cantik. Manis aja bertudung. Takkan lah kuali ni pula yang cantik kan" muka aku sudah membahang. Malu!! Aku rasa muja aku lagi merah dari sambal tumis yang aku sedang kacau ni.

" malu lah tu" Tariq seronok mengusik aku. Kurang asam punya manusia. " Kami pergi dulu wan"Wan hanya mengangguk. Kasut sukan sudah kemas dipakai. Dan kami mula berlari anak . Nyaman sangat udara dekat sini. Confirm tak tercemar udara dekat sini. Burung-burung pun berkicau riang. Tariq menyapa orang-orang kampung ramah.

" Thanks" aku berpaling memandang Tariq. Kening dijongket. Zefrieq berlari disebelah aku. Well, Kaki Ara masih dalam pemantauan Wan, jadi Wan tak benarkan Ara join kami berjogging. Sebab takut kaki Ara tu makin sakit. Nasib kau lah Ara. Harraz berjogging dengan Harraz dibelakang aku.

" For?" Tariq tersenyum. " ikut nasihat aku" aku mengangguk kecil. " patutnya aku yang cakap thanks. Thanks Riq, kau memang kawan yang baik" ucapku sepenuh ikhlas dari hati. " Kau tahu tak, kami bertiga nak belit shawl ni bukan main payah tau. Last-last pakai macam ni aja. Lain kali kau beli lah tudung sarung tu. Tak pun kau beli lah tudung syria ke. Kami ni baru nak belajar pasal tudung ni tau. Nasib kau beli warna hitam, boleh match dengan semua baju" dan aku mula rambling sebab aku gementar. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi nervous depan Tariq.

Lelaki itu pula hanya tersenyum kecil. " Iyalah.. nanti kita pergi beli tudung yang kau sebutkan tu. Pakai macam ni pun okay. Asalkan tutup aurat kan" aku bersetuju dengan kata-kata Tariq. " Zef, kau nak makan lepat pisang tak?" Tariq menyoal Zef yang berada di sebelahku. " Nak..nak" laju sahaja Zef bersetuju.

Dan kami berhenti di sebuah warung di persimpangan. Ramai juga orang beli sarapan dekat sini. Aku dan Yuni mengekori mereka. Orang kampung hanya memandang kami. Erk.. segan. " Assalamualaikum Mak Long" ramah Tariq menyapa. " Waalaikumussalam.. Akhtar! Bertuah ni! Balik tak habaq dekat Mak Long" wanita itu memeluk Tariq.

" Akhtar baru sampai semalam. Sebab kami ada kem dekat perak. Itu yang dah terlanjur kami balik Kedah" wanita itu hanya mengangguk. " Ini Mak Long, Akhtar nak kenalkan kawan Akhtar" Aku dan Yuni tersenyum. Aku nampak dengan jelas Mak Long Tariq tarik muka masam. Air muka aku sudah berubah. Yuni di sebelah pun dah berubah habis air muka. "ini ke perempuan rambut karat yang kau bawa tu Tariq?" sentap siak! " Erk.. mana ada rambut karat Mak Long. Kam diorang bertudung ni" Tariq membela kami.

" Yasir dah datang sini semalam. Bawa khabar angin kau bawa perempuan rambut karat balik kampung. Ingat Mak Long tak tau" gigi aku ketap. Geram! Suka hati aja cakap rambut aku rambut karat. Rambut aku ori memang macam tu. Kutuk pula. Sabar Illa, orang tua kena hormat.

"Maknanya Mak Long dah tahu lah yang saya dah balik kan? Kenapa buat-buat terkejut pula?" Tariq tersenyum sinis. Berubah terus air muka wanita awal 50-an itu. "Mak..mak... mak long.." tergagap-gagap dia menjawab. " Tak apalah Mak Long, kami balik dulu" Tariq terus tarik lengan aku. Muka pun bengis semacam takut aku. Harraz sedaya upaya buat lawak bodoh untuk ceriakan semua. Nasib lawak dia menjadi. Sekurang-kurangnya boleh lah kami ketawa. Tapi Tariq tetap macam tadi. Sepatah perkataan pun tak keluar. Aku mengeluh.

" Tariq, hiraukan ajalah. Kau janganlah moody macam ni. Tak best lah kau moody. Tak ada geng lah aku nak bahan diorang" aku berjalan beriringan dengan Tariq. " Kau tak faham Illa. Kaum kerabat aku ni pelik. Tak macam kaum kerabat orang lain. Mentang-mentanglah aku ni anak yatim piatu" lirih. Aku tahan sebak. " Ariq, kau janganlah cakap macam tu. Maybe diorang tu... diorang tu... erk.. apa eh.. ayat yang satu tu.. kau tahu tak?" tiba-tiba Tariq ketawa. " Yang ketawa ni dah kenapa! Aku tak buat kelakar!" aku sudah bercekak pinggang. Tariq tersengih. " Tak, kau tu siapa suruh kelakar sangat. Just forget about it" aku tersenyum. Berjaya pun!

Sampai di rumah, Ara sedang menonton TV. " kau dah makan?" aku terus duduk disebelahnya. " belum, aku tunggu korang" Ara menjawab. " ololo... so sweet tunggu kitorang" Yuni memeluk Ara. " eee.. berpeluh-peluh nak peluk orang pula. Dah pe blah" Tudung yang senget dibetulkan. " Iya lah. Jom makan. Aku lapar" Yuni sudah bangun. " Yuni dan makanan mana boleh dipisahkan" kami ketawa. Dan kami makan dengan berseleranya. Dah 2 hari makan nasi lemak. Gemuklah kalau macam ni.

--------------------------------------,-----------------------
Done for this chapter. Stay cool and kept reading everybody.... Enjoy it
VOTE AND COMMENT if guys like it

Triplet TroublemakerWhere stories live. Discover now