Akhirnya aku kembali juga ke sini.Setelah 4 tahun melarikan diri, aku jejaki semula tanah kelahiranku.
Sawah luas terbentang.Bagai hamparan sejauh mata memandang.Berlatarkan bukit-bakau,tempat letaknya hutan yang masih belum diancam arus pemodenan.
Sungguh, tempat ini ada aroma tersendiri.Ada bau yang menenangkan.
Aku terus bersandar di kereta.Kaca mata hitam ku betulkan.
Dengan kasut tinggi hampir lima inci, busana dan tudung fesyen terkini, aku nampak "jangok" kata orang kampung.
Berlebih-lebihan dalam bergaya di tempat yang tidak sepatutnya.Beberapa orang staf kilang padi tersebut yang berjalan melintasiku memandang tidak berkelip.
Kagum atau pelik?
Huh, lantaklah. Aku di sini setengah jam sahaja.Habis urusan dengan Wahyu Hanafi, aku akan pecut semula ke Kuala Lumpur.
Itu tempat sesuai denganku.Class dan elegan.Bukan kampung yang terperuk ini.
Mana pula Wahyu ni?Kan aku dah mesej kata pukul 2 aku tunggu di tempat parkir.
Aku: "Woi Wahyu.Ni aku Dhia.aku datang kejap lagi.Ada benda nak mintak tolong dari kau.Tunggu kat tempat parking pukul 2.."
Wahyu : " 4 tahun kau hilang.Tiba-tiba kau "woi" kan aku aje..Apa benda nak mintak tolong.."
Aku: Please.Pukul 2.
Itu sahaja dan tiada lagi balasan dari Wahyu.Bersungguhkah dia marah?
Dah memang itu bahasa aku dulu-dulu dengan dia.Woi, aku kau.Takkan tiba-tiba nak bersopan santun pula.
Nak suruh panggil abang pula ke?
Hisyh.. Cukup membuatkan bulu roma aku meremang.Walau itu yang sepatutnya.Hmm..
"Apasal tak masuk dalam? Sanggup buat fashion show kat sini dari masuk kilang sendiri..."
Satu suara menegurku.Aku menoleh.
Wahyu.Nampak berbeza dari dulu.Walau segaknya masih sama, dia nampak lain bila berbaju pejabat.
Aku menarik nafas.Fokus Dhia.
Misi kau satu sahaja.Jangan lebih dari setengah jam.Selesaikan dan balik cepat."Aku nak cepat.Tolong, sign sikit..."kataku dan terus menghulurkan dokumen keramat itu.
Wahyu mengambil dokumen bersaiz A4 itu.Berkerut matanya membaca.
Sekali-sekala matanya merenungku.Sinis sahaja senyumannya.
"Kau ingat macam sign report kad sekolah ke apa? Senang aje kan nak suruh aku sign.."
"Please.Kita kan suami isteri atas kertas aja.Lepaskanlah aku..Aku nak kahwin lain ni."
Sungguh.Itu ayat merayu spontan.Aku tak menyangka kata-kata bagai menolak itu keluar dari mulutnya.
Tak apa, jika perlu merayu.Aku merayu.Janji settle.
"Huh, mimpilah Dhia.Dalam mimpi pun aku tak akan lepaskan kau."
"Wahyu!!"
"Dah, aku ada kerja ni. Meeting tak habis lagi. Dari kau sibuk fikir pasal nak kahwin, baik kau tengok apa dah jadi dengan kilang ayah kau ni..apasal aku pulak yang kena fikir sorang-sorang. Aku menantu.."
Wahyu membebel dan terus berjalan masuk semula ke dalam kilang.
Bagai anak kecil tak dapat apa yang dihajati, aku menghentak-hentakkan kaki.
Misi gagal..Apa aku nak buat ni??
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomanceDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...