Benar seperti yang aku jangkakan.Rasa kesal dan bersalah itu tidak kekal lama.
Balik dari Bangi aku menangis dan bermonolog semalaman.Rindukan mak teramat sangat.Mengharapkan Wahyu ada di sisi sekali lagi, memberikan pelukan hangat.
Keesokan hari dan seterusnya seperti tiada apa yang berlaku.Rutinku sama seperti biasa.Dimanjakan dengan kemewahan yang aku gilakan sejak dahulu.
~~~~~~~☆☆~~~~~~~~~☆☆☆~~~
2 Tahun Berlalu
Pagi.
Seawal 8 pagi Mirza menjemputku bersarapan di hotel lima bintang dengan Range Rover nya, bersama sejambak besar mawar merah membuatkan aku sentiasa rasa dihargai.
"Kita breakfast dekat sini ya. Lepas ni I ada meeting.Nanti Pak Halim hantar you pergi butik.."kata Mirza merujuk kepada pemandunya yang bertugas pagi ini.
Jika kami keluar makan malam, Mirza akan memandu sendiri.Kebiasaannya Pak Halim memandu pada hari bekerja sahaja.
"I suka keluar dengan you waktu pagi."kata Mirza.
"Kenapa?"
"You look so fresh..wangi.."
Aku tergelak.Dah mulalah tu mahu menggoda aku.
"Habis waktu lain I busuk ke?"
"No..bukan macam tu.Cuma waktu pagi you extra wangi..Tengok aje pun I berjangkit rasa segar.."
Aku gelak lagi.Mirza memang dilahirkan untuk membuat perempuan rasa istimewa.
Ada sahaja ayat dan tingkah lakunya yang membuatkan aku rasa takut, bimbang hatiku terlajak sayang padanya.
Aku hanya mahukan duitnya, hadiahnya dan bukan dirinya.
Tapi untuk memiliki itu selamanya aku harus memiliki dia.Dan itu mustahil.Aduh, konflik yang tiada kesudahan.
"Hai Mir.."seorang wanita menegur Mirza.Di sisinya ada seorang lelaki separuh umur, sedang memeluk pinggangnya.
"Hai Fadh, Tan Sri Mukhtar.."
Mirza terus bangun bersalaman dengan lelaki tersebut.Aku turut bangun bersalaman tanda hormat.Manalah tahu ini kenalan bisnes Mirza.
Wanita yang dipanggil Fadh oleh Mirza ini rasanya aku pernah lihat dia berjalan bersama Mirza.
Fadhlina mungkin.Model yang selalu diceritakan Kak Baiti, katanya ada hubungan dengan Mirza.
Perlukah aku takut kerana keluar dengan Mirza pagi ini?Tapi apa hubungannya dengan lelaki di sebelahnya ini? Rasanya melihat aksi mesra mereka lebih dari hubungan yang biasa.
"Wah, girlfriend baru ke?Mirza.Laju betul you ni.Hot stuff selalu"lelaki yang dipanggil Tan Sri Mukhtar oleh Mirza itu cuba mengusik.
Mirza tergelak besar.Usikan dan ketawa itu menjengkelkan aku.Sekurang-kurangnya hormatlah sikit pada aku atau Fadhlina yang perempuan ini.
"Tan Sri, alang-alang kita dah jumpa ni can we discuss something in private..Fadh, you temankan Dhia sekejap boleh tak? Dhia, 10 minutes okay?"
Tan Sri Mukhtar mengangguk dan berjalan mendahului Mirza menuju ke meja lain tidak jauh dari meja kami.Fadhlina duduk di hadapanku.
"Dhia Qaireen kan?"
Aku mengangguk.
"Cik Fadhlina..Glad to see you in person.Biasa tengok kat tv aje.."kataku cuba berbahasa.
Sebenarnya tak adalah aku begitu mengikuti perkembangannya.Kadang-kadang sahaja jika diceritakan oleh Kak Baiti.
"Tak payah cik-ciklah dengan I, Dhia.You pun apa kurangnya, macam fries sekarang ni.Laku..Mirza pun selalu cerita pada I tentang you ."cerita Fadhlina.
Wanita ini nampak mudah mesra.Sungguh-sungguh dia bercerita tentang dunia modelling yang penuh laju.Memberikan nasihat bagaimana mahu memilih kontrak yang bagus.
Sambil-sambil itu kami mencuba satu demi satu menu yang ada di buffet sarapan hotel Ritz Carlton ini.
"You jangan salah faham tau kalau nampak I selalu dengan Mirza.."
Fadhlina menyuap salad ke mulut dan mengunyah dengan berhati-hati.
"Mirza dengan I tu dah kawan lama.Sejak I mula-mula jadi model.Nak dekat 6 years jugaklah."
Aku senyum sahaja.Tidak mengiyakan atau menyampuk.Lagipun aku bukan apa-apa lagi pada Mirza.
Belum pernah lagi dia mengungkapkan kata cinta padaku.Hanya puji-pujian yang membahagiakan.
"We use each other sebenarnya.Sometimes he need me.Sometimes I need him."tambah Fadhlina.
Jika benar aku kekasih atau isteri Mirza, pasti aku sudah melompat berang.Ayat "use each other" itu sahaja sudah memberikan tafsir yang pelbagai.
Use untuk apa?Business or personal?
"Its okay Fadh.No need to explain.Mirza and I memang tak ada apa-apa hubungan.Kami kawan aje.."aku memberikan respond akhirnya.
"Yelah tu kawan.He likes you like a hell.you tahu tak?Grab him faster sebelum orang lain sambar.."
Aku senyum sahaja mendengar kata-kata wanita cantik di hadapanku.
Memang aku terkedek-kedek sebenarnya dalam menambat Mirza.Aku hanya mengikut rentak Mirza dan sekali-sekala bermain tarik tali agar dia tahu aku mahal untuk dimiliki.
"Seronoknya bersembang.."
Mirza tiba dan duduk di sebelah Fadhlina.Gadis itu tersenyum sahaja memandang Mirza.
"Nothingla Mir..I saja bagitahu Dhia, kalau you main-mainkan Dhia, jangan tunggu lagi.Chow cepat.."
Fadhlina tergelak.Mirza juga gelak tersipu-sipu memandangku.Aku senyum sahaja, cuba berlagak biasa.
Ada sedikit cemburu di dalam hati melihat aksi mereka seakan memahami sepenuhnya satu sama lain.
"Okayla Dhia,Mir, I need to go.Mana Tan Sri tadi, nanti merajuk pulak baby I tu.."kata-kata akhir itu diungkapkan secara berbisik kepada Mirza namun masih mampu didengar olehku.
Fadhlina bangun dan meninggalkan kami berdua.
Baby..loya pula tekakku lelaki setua itu digelar baby..
"Fadh tu you tak payah layan sangat, kadang-kadang bukan boleh pakai.."pesan Mirza padaku.
Aku sengih sahaja dan menghirup kopi yang masih panas.
"Terutamanya pasal main-mainkan you tu.Tolong jangan percaya.I want you and I am serious with you..Jangan sesekali terfikir untuk chow..Okay Dhia?"
Lembut dalam tegas suara Mirza saat melafazkan kata-kata itu.Aku meletakkan sudu di atas meja.
Seperti biasa, aku sukar mencari getar di hati tiap kali Mirza cuba melafazkan kata sayang padaku.Ianya lebih kepada rasa dihargai dan disayangi.
Perasaanku padanya kosong.Aku hanya melihat Mirza sebagai peluang yang tak boleh dilepaskan.
"Kalau serius apa buktinya? Kita dah keluar bersama almost 2 years I think."aku akhirnya bersuara.
Mahu menduga sejauh mana keikhlasan Mirza.Lelaki itu merenungku.Seolah-olah tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulutku.
"You nak bukti? This weekend I tunjuk pada you buktinya."Mirza bersuara tegas.
Aku melemparkan senyum nipis.
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
Roman d'amourDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...