35

6.6K 183 15
                                    

"Assalamualaikum.."suara mak memberi salam di muka pintu dapur membuatkan aku dan Wahyu berpaling seketika. Aku berdiri di sebelah Wahyu membantunya menggoreng cucur bawang. Bukan membantu sangat sebenarnya, sekadar melihat supaya tiada rasa bersalah kerana membiarkan Wahyu membuat semua kerja di dapur.

"Waalaikumussalam.."aku membalas perlahan. Aku mengetipkan bibir dan memandang mak. Ada bahang panas terasa di muka. Rindu yang membuak-buak kerana terlalu lama tidak bersua. Wajah bersih yang memberikan aku kekuatan walau jarak antara kami jauh.

Sayangnya mak seolah-olah tidak kisah akan kehadiranku. Dia terus menghampiri Wahyu di sebelahku.

"Masak apa? Kenyang ke makan cucur bawang aje?"tanya mak pada Wahyu mesra. Aku membatukan diri sahaja. Sebenarnya pedih sungguh hatiku bagai dicucuk besi panas. Tidak pernah lagi mak memperlakukan aku seperti manusia halimunan seperti ini. Biarlah aku dilempang atau dimarahinya, tapi aku tak sanggup didera dengan "silent treatment" seperti ini.

"Dhia ni mak, nak masakkan untuk mak katanya. Tapi rupa-rupanya nak potong bawang pun tak tahu.."jawab Wahyu sambil tergelak-gelak. Aku tak mampu memberi respon terhadap gurauannya itu. Yang pasti aku menjadi terlalu sedih ketika ini. Air mataku mula bergenang namun ku tahan agar tidak tumpah.

"Emm..mak dah kenyang makan dengan Iman dekat pasar tadi. Ni mak belikan nasi lemak kerang dengan teh tarik madu. Nanti minum dengan isteri kamu.."kata mak sambil meletakkan bungkusan nasi lemak di atas meja makan. Aku melihat aksi mak itu sekilas dengan ekor mataku. Di muka pintu pula perempuan bernama Iman itu sedang berdiri melihat bagaimana aku tidak dipedulikan oleh ibuku sendiri.

Mak sanggup bersarapan dengan wanita yang tiada kena mengena dengannya dan pada masa yang sama membuatkan aku sedih pagi ini. Tetapi ingat pula mak dengan kegemaranku nasi lemak kerang dan teh tarik madu.

Ah Dhia, kau tak layak nak marahkan mak. Bertahun-tahun kau membuatkan mak sedih dan pagi ini kau mahu dilayan seperti anak manjanya yang biasa, marah suara hatiku.

Mak meninggalkan kami di dapur. Iman pula tanpa dipelawa terus masuk ke ruang dapur dan duduk di meja makan.

"Wahyu, masak apa tu? Rajin pulak you pagi ni.."tegur Iman dalam nada manja kepada Wahyu. Selain air mataku sudah mula mengalir perlahan-lahan di pipi, aku malas hendak menegurnya mengucapkan salam perkenalan.Tahukah dia yang perempuan yang berdiri di sebelah Wahyu ini isterinya yang sah? Mana letak hormatnya?

"Iman, you duduk dulu tau. I ada hal sekejap dengan my wife.."jawab Wahyu sambil pantas menarik tanganku menaiki tangga menuju ruang tamu dan seterusnya ke bilikku. Mak nampaknya sudah masuk ke biliknya.

Aku menarik tanganku daripada genggaman Wahyu.

"Kenapa?'tanyaku. Mataku yang sudah banjir dengan air mata merenung tajam padanya.

"Pergilah mintak maaf dekat mak. Ini masa yang paling sesuai. Takkan nak diam aje macam kau tak buat salah apa-apa.."nasihat Wahyu perlahan. Tak mahu mak terdengar perbualan kami agaknya.

Aku menggelengkan kepala. Tapak tangan ku gunakan untuk mengesat air mata.

"Mak buat tak nampak aje aku tadi. Dia tak kisah pun aku balik sebab kau dengan budak nama Iman tu ada.."

Aku memandang Wahyu yang mengeluh dan duduk di atas katil menghadapku yang sedang berdiri.

"Kenapa jadi macam budak tak boleh fikir ni? Kalau mak tak kisahkan kau dia tak belikan nasi lemak favourite kau tu. Kau yang tinggalkan mak bertahun-tahun, kau pulak nak kecik hati dengan dia dah kenapa? Mak kau takkan kau tak kenal. Dia kan memang jenis tak tunjuk sayang dia. Kau tahu tak dia selalu sakit masa kau tak ada? Pagi ni baru aku nampak dia senyum lebar.."

Aku diam sahaja. Mustahil aku tak ada rasa bersalah kepada mak. Sebab itu aku takut untuk berhadapan dengan kenyataan. Cuma aku bagai tak bersedia dipulaukan oleh mak di hadapan Wahyu.

"Abang, Kak Dhia..."Dhina tiba-tiba muncul di sebalik langsir pintu bilik kami. Aku dan Wahyu sama-sama terkejut.

"Dhina ni..apa main sergah aje macam ni. Selamat abang dengan Kak Dhia tengah sembang-sembang kosong aje.."Wahyu acah-acah menegur Dhina tapi matanya sedang melihat aku. Senyum nakal sahaja dia seolah-olah lupa apa isi perbincangan kami tadi.

"Memangla sembang-sembang kosong. Ingat apa?"balasku sambil membulatkan mata. Malas hendak melayan usikannya. Dhina senyum malu-malu sahaja.

"Yelah, lain kali Dhina ketuk pintu dulu. Bukan main lagi abang punya happy ye hari ini girlfriend dah ada depan mata? Ni mak panggil akak dengan abang masuk bilik dia.."

Aku dan Wahyu saling berpandangan.Wahyu bangun dan berjalan mendahuluiku.Aku mengekorinya sahaja.

Mak sedang duduk di atas katilnya sambil melipat telekung. Wahyu duduk di kerusi berhadapan katil mak, Dhina bersandar di dinding dan aku pula berdiri di sebelahnya.Lagak kami seolah-olah pelajar yang sedang berjumpa dengan guru disiplin.

Akulah pelajar bermasalah itu!

"Wahyu ada apa-apa hal penting ke hari ni dengan esok?Wahyu ambil cuti boleh"tanya mak.

"Tak ada yang penting pun mak.Kerja macam biasa aje.Okay aje nak cuti. Kenapa tu mak?"jawab Wahyu.

Mak memandangku sekilas. Aku menundukkan kepala.

Mak, tanyalah aku. Suara dalam hatiku bagai merayu meraih soalan daripada mak ditujukan buatku pula.

"Mak nak ajak pergi Cameron Highland.Mak teringin sangat nak pergi sejak dari arwah ayah ada dulu lagi. Dhina pun tak ada apa-apa ujian kan, boleh tak kalau tak datang kelas sehari?"

Mak memberitahu niatnya. Aku menundukkan wajah. Betapa aku berseronok mengejar mimpi di kota raya sedang ibuku sendiri memendam impian yang sepatutnya aku dapat tunaikan dengan mudah.

"Okay je mak.Dhina memang tak ada kelas minggu depan.Study week.Lagi pun memang sesuai kita berjalan.Abang dengan akak pun boleh honeymoon.."selamba sahaja Dhina mengusik kami.

Lebar sahaja senyum Wahyu memandangku membuatkan aku menjeling tajam padanya.

"Mak, Dhia ada benda nak cakap pada mak.."

Wahyu memberi isyarat dengan mata agar aku menghampiri mak. Aku perlahan-lahan melutut di kaki mak. Kedua-dua tangan mak ku raih dan ku cium lama.

Lama sehingga akhirnya aku menangis teresak-esak.Tiada sebarang kata yang mampu ku lafazkan kerana esakan yang tidak mampu ku kawal menghalang bait kataku keluar.

Aku terasa tangan mak akhirnya mengusap-usap rambutku.

"Dhia jangan tinggalkan mak lagi.."suara mak akhirnya menyebut namaku.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now