58

8.6K 174 1
                                    

"Seronok ke kak bila dah tahu tersalah tuduh?"tanya Dhina padaku. Aku memegang tangan Dhina.Tak kisah jika dia marah padaku kali ini.

"Dhina macam mana nak buat ni? Wahyu mana?"tanyaku pada Dhina.Dhina mengeluarkan bungkusan plastik dari beg laptopnya.

"Abang tengah busy ada majlis malam ni.Dia suruh kau pakai baju ni.Lepas tu dia suruh bawak kau pergi sana."kata Dhina.

Aku membuka bungkusan itu.Sehelai baju kurung moden berwarna krim.Cantik berlabuci di keseluruhan permukaannya.Tak pasti dari jenis kain apa kerana tidak berkedut.

Aku terus masuk ke bilik dan menukar pakaian.Wahyu memang bijak mencari baju untukku. Semuanya elok terletak di tubuhku. Aku memakai shawl berwarna krim juga. Wajah ku solek tipis. Cukup untuk menghilangkan sembab di wajah. Aku mahu segera berjumpa Wahyu dan memohon kemaafan padanya.

"Wahyu ada majlis apa?"tanyaku bila keluar semula ke ruang tamu. Baru teringat untuk bertanya.

Dhina memandang Kak Baiti.Kak Baiti mengetapkan bibir dan mengangkatkan keningnya padaku.Wajah mereka berdua kelihatan serba salah.

"Majlis apa? Bagitahulah.."desakku. Perutku jadi kejang tiba-tiba.

"Abang..abang.."Dhina teragak-agak hendak memberitahuku.

"Abang apa?Wahyu nak nikah lain ke?"aku menjerit kali ini mahukan jawapan pada Dhina.

Dhina mengetapkan bibir dan mengangguk dua kali. Aku terus terduduk di sofa. Kak Baiti dan Dhina sama-sama menghampiriku dan duduk di kiri kananku.

"Sabarlah Dhia.Sempat lagi ni kalau nak halang Wahyu nikah lain.."pujuk Kak Baiti padaku. Tangannya mengusap-usap belakangku.

Aku tiada daya lagi hendak menangis. Muka ku tutup dengan tapak tangan.Ini adalah kejutan yang lebih menyakitkan.Kejamnya Wahyu jika dia merancang untuk bernikah lagi satu.

"Kenapa dia nak nikah lain? Wahyu kata aku seorang aje perempuan yang dia sayang?"aku bertanya perlahan. Lebih kepada diriku sendiri.Cuba memikirkan kewajaran tindakan Wahyu kali ini.

"Kau ingat kau Puteri Gunung Ledang ke kak? Abang dah cukup sabar dengan kau selama ini. Sekali aje silap, kau terus senyapkan diri.Menyorok dari dia. Kau ingat dia larat nak layan perangai kau sampai bila-bila?"

Aku memandang Dhina tajam.Geram pula aku dengan adikku ini. Dia adik aku atau Wahyu? Kenapa dia tergamak nak sokong Wahyu menduakan aku?

"Tapi kenapa aku kena datang jugak. Dia yang nak kahwin. Siap suruh aku pakai baju ni lagi kenapa? Nak suruh aku nampak bodoh depan orang ke?"tanyaku pada Dhina.

"Kak, korang kan satu kampung dah kenal. Ini bukan semata-mata nikah. Ramai orang akan tengok apa akan jadi pada keluarga kita. Kalau kau tak ada, nampak sangat kau sebagai isteri first tak support.."jawab Dhina selamba,

"Memanglah aku tak support! Kau ingat aku baik sangat ke? Wahyu kahwin dengan Iman ke??" aku makin naik hantu dengan Dhina dan segala penjelasannya yang tak masuk akal.

"Bukan dengan Iman. Iman dah resign awal minggu lepas. Dia tengah kena siasat dengan polis pasal kes seludup beras."

"Ha??Apa benda ni? Kalau dengan Iman, dengan siapa?" kepalaku jadi berselirat dengan cerita terbaru ini pula.

Dhina mengemaskan barangnya. Aku menarik dan menghembuskan nafas, cuba untuk bertenang. Rasanya make up di wajahku semakin cair dek panas dalam hatiku.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now