♡ 32♡

6.6K 167 2
                                    

"Dhia, mandilah dulu.Bersihkan diri dulu.Kau boleh tidur ya tak mandi?"

Aku yang hampir terlelap terjaga semula apabila Wahyu mencuit-cuit kakiku dengan tuala.Aku cepat-cepat duduk.Malu dilihatnya berbaring.

"Kau boleh sembahyang ke tak?"tanyanya lagi.Aku merenungnya tajam.Dia sudah bersih berbaju Tshirt dan berkain pelekat. Selamba sahaja pula dia bertanya soalan peribadi itu.Tapi akhirnya aku mengangguk.

"Tengok.Boleh solat rupanya.Berapa waktu dah kau tinggal hari ini? Zohor, Asar,Maghrib,..Pergi mandi, solat.Doa banyak-banyak supaya aku lembut hati bagi apa yang kau nak tu..." Sempat lagi dia memerli aku.

'Apa yang kau nak tu 'merujuk kepada matlamatku hari ini untuk memohon perceraian darinya.Pandai dia menyakitkan hatiku. Sudahlah aku tak dapat apa yang aku nak, malam ini terpaksa pula aku tidur sebilik dengannya.

"Pergi mandi.Dalam almari tu aku tak pernah usik baju kau, rasanya tuala dengan telekung pun ada..."

"Yalah. Bising betul.Macam nenek kebayan.."marahku dan cepat-cepat mencari persalinan dari dalam almari.Benar katanya, tuala dan telekung semua lengkap di dalam almari.

Selesai mandi dan bersiap, aku keluar dari bilik air. Wahyu yang sedang berbaring di atas katil sambil memegang telefon memandangku tajam.

Mesti tengah main whatsapp dengan si gedik Iman tu. Tak puas berkepit di pejabat, sambung pula di rumah. Lepaskan aku sahajalah Wahyu dan kahwin dengan Iman, bolehlah kau berkepit sampai ke bilik tidur.

Wahyu masih lagi merenungku yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala. Aku memerhati pakaianku, seluar track dan t-shirt lengan panjang rasanya tidak menjolok mata.

"Apa pandang-pandang?"marahku padanya.Tangan ku tunjuk penumbuk padanya.

Dia mengalihkan pandangan semula ke arah telefon. Tiada sepatah perkataan atau segaris senyuman pun yang terbit dari bibirnya.Dah kenapa pula dia ni? Tadi bukan main bising membebel, ini tiba-tiba serius.

Aku membentangkan sejadah dan memakai telekung.Usai solat, aku berdoa. Seperti yang dinasihatkan Wahyu, aku berdoa pada Allah supaya melembutkan hatinya agar setuju berpisah denganku.Sempat juga aku meminta agar Allah permudahkan urusan untuk menghadap emak esok pagi.

Wahyu sudah nyenyak tidur di atas katil.Aku menggaru kepala. Mana pula aku hendak tidur malam ini.Tiada bantal dan selimut buatku. Kedua-dua bantal ada pada Wahyu. Dua-dua di bawah kepalanya. Selimut tebal juga menutupi tubuhnya.Takkan aku hendak baring di sebelahnya pula? Itu sudah tentu-tentu bertentangan dari matlamat asalku untuk melenyapkan dia dari hidupku.

Wahyu memang tak gentle langsung.

Akhirnya aku membentangkan sejadah di lantai. Merebahkan badan sambil berbantalkan kain batik yang ku lipat-lipat agar tebal dan kain telekung ku jadikan selimut menutup tubuh.Oleh kerana rumah mak ini betul-betul di kaki bukit, kadang-kadang sejuk di tengah malam boleh mengalahkan rumah yang mempunyai penghawa dingin.

Rasanya malam ini aku akan mengerekot kesejukan.

Baru tersedar hampir separuh hari aku tidak melihat telefon.Oleh kerana Iphone telah ku tetapkan dalam silent mode, aku baru tersedar ada hampir 20 missed called dan puluhan notifications whatsapp.

Mirza : Dhia sayang..where are you? I cuba call banyak kali you tak angkat.

Mirza : Dhia, you ada problem ke? Kenapa senyap aje ni.Ada masalah just let me know.

Mirza : Dhia..please answer sayang.

Kak Baiti : Dhia, bermalam dekat sana ke atau balik semula hari ini?

Alahai romantiknya Mirza ni.Dia sudah mula bersayang-sayang denganku semenjak lamarannya ku terima pagi tadi.

Bukan seperti Wahyu yang sedang tegak tidur di atas katil yang empuk, dengan dua bantal di bawah kepala berselimut tebal sambil membiarkan aku kesejukan di lantai saat ini. Langsung tidak romantik.

Aku membalas whatsapp dari Mirza dulu.

"Mirza.Sorry.I lupa nak tengok phone.I think I need two weeks leave. Tak apa, cuti unpaid pun okay.Dont worry, already checked my schedule, no photoshoot for me this 14 days. My mother tak berapa sihat..."

Maafkan Dhia mak.Terpaksa gunakan mak sebagai alasan. Pening kepalaku memikir alasan terbaik agar tidak menimbulkan syak pada Mirza.

Pada Kak Baiti juga ku balas namun ayat yang berbeza.

"Kak, sorry.Dhia silentkan phone. Rasanya tak semudah yang disangka.Dhia mungkin lama dekat kampung.Dah apply cuti dari Mirza 2 minggu.Akak tolong bagitahu Laila ye..Dan lagi satu tolong rahsiakan hal tu. Please kak.I love you so much."

Aku sendiri tak pasti 14 hari itu mencukupi ataupun tidak.Rasanya Wahyu benar-benar berkeras tak mahu melepaskan aku.Mati kutu aku memikirkan apakah cara hendak melembutkan hatinya.

Seminit selepas itu whatsaap daripada Kak Baiti masuk.

Kak Baiti : Dhia, jangan tergesa-gesa. Nilai dulu baik buruk setiap pilihan.Kadang-kadang permata yang Dhia kejar sebenarnya plastik.Batu yang Dhia buang rupa-rupanya nilam yang tak ternilai harganya.

Aku merenung tulisan itu lama.Geli hati pula membaca madah berhelah dari Kak Baiti seawal jam 2 pagi.Aku faham apa yang dimaksudkannya.

Mirza adalah permata yang berkemungkinan plastik.
Wahyu adalah batu yang berkemungkinan nilam.

Ah, plastik ataupun batu, esok baru aku fikirkan. Sekarang ini aku menggigil kesejukan.Aku mengangkatkan kepala mengintai Wahyu di atas katil.Aduh, nikmatnya tidur bergulung dalam selimut tebal.Sedang mimpikan Iman agaknya.

Rasanya aku tak akan menzalimi diri malam ini.Tak sanggup rasanya membiarkan kakiku kecut akibat sejuk.

Perlahan-lahan aku naik ke atas katil. Selimut dari Wahyu ku tarik sedikit untuk menutup tubuhku.Tangan Wahyu ku tarik perlahan-lahan untuk ku jadikan bantal.

Terasa hangat dari badannya memindahkan sedikit haba buat diriku.Perlahan-lahan tanganku melingkar memeluk tubuhnya.Nikmatnya panas benar-benar berharga buatku saat ini.Tak apalah, aku tidak melakukan apa-apa yang salah.Ini suamiku yang sah.Dalam mamai, akalku cuba mencari logik.

Rasanya tak sampai seminit, aku terus dibuai mimpi.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now