51

7.4K 186 3
                                    

Aku tiba di Empire Condominium Subang Jaya tepat jam 1 petang untuk mengambil cincin pemberian Mirza yang tertinggal sebelum ini.

Walaupun sedikit ralat terpaksa melepaskan cincin semahal itu, ku relakan sahajalah demi kesedaran bahawa "cintaku pada Wahyu lebih besar dari cintaku pada kemewahan".

Geli pula aku bila kata-kata itu bergema di telingaku.Mana pula hilangnya gadis materialistik yang sanggup lari dari rumah emapat tahun lalu? Tergadai sudah identiti pisau cukur ku dek penangan aksi romantis tanpa henti suami yang aku tak relakan satu ketika dulu.

Teringat pagi tadi sebelum aku bertolak, hampir setengah jam aku memaksanya keluar dari kereta. Ada sahaja benda yang mahu dibualkannya walau aku masih lagi malas hendak melayan.

"Sayang dulu, baru abang keluar..."ugut Wahyu sambil menunjukkan pipinya. Aku membuat muka tak kuasa. Lagilah ada beberapa staf kilang sedang berdiri di kawasan dibenarkan merokok berhampiran keretaku.

"Suruhlah Iman cium.Peluk boleh, takkan cium dia tak nak.."marahku. Wahyu senyum simpul sahaja mendengar aku berbunyi cemburu.

"Dhia marah abang nak buat apa? Bukan abang peluk dia. Dia yang peluk abang.Abang yang dinodai.Lagipun Dhia yang letak katak tu kat situ kan.."Dia cuba membuat lawak.

"Tapi abang sukarela dipeluk nampaknya...."aku menjegilkan mata dan memasamkan muka.

Malas hendak melawan gurauan yang menyakitkan hati itu. Memang dasar lelaki, pantang ada yang menyerah.

"Dahlah...keluar la.Dhia nak sampai KL awal.Abang yang suruh Dhia balik sebelum pukul 6 kan? Lepas jumpa Mirza,Dhia nak kemas barang dekat rumah sewa pulak, ambil kereta lagi.."kataku berkeras. Badannya ku tolak-tolak keluar melalui pintu kereta yang terbuka. Tapi tak bergerak seinci pun, kaku dan tegap.

"Yalah, abang keluar. Janji bawak kereta elok-elok. Sampai sana telefon. Mesti balik hari ini. Kalau tak abang cari Dhia sampai lubang cacing. Kali ni kalau terpaksa culik pun abang sanggup..Faham tak ni?"tegasnya.

"Takutnya..takutnya saya..."kataku mengejek.

Wahyu tergelak sebelum laju mencium dahiku. Aku mencapai tangannya untuk bersalaman.

"Jalan elok-elok.Ingat Dhia. Abang sayang sangat Dhia.Janji balik hari ini jugak..."katanya lagi sambil menggenggam kuat tanganku. Matanya merenung tajam padaku kali ini.

Aku mengeluh.Risau betul dia agaknya melepaskan aku kali ini.

"Ye sayang...Dhia takkan tinggalkan abang lagi.Tolonglah percaya.."

Sayangnya pengakuan itu cuma bergema di dalam hati sahaja.Entah kenapa susah sungguh untuk bibir aku meluahkan apa yang sebenarnya terpendam di dalam hatiku terhadap Wahyu.

Egokah aku?

"Miss, are you resident here?"seorang pegawai keselamatan mengejutkan aku dari lamunan tentang Wahyu. Tanpa sedar aku sudah tiba di hadapan lif untuk naik ke atas.

"Aa..yes .."kataku sambil menunjukkan kad akses ke tingkatku. Tiba di tingkat 11, pintu lif terus terbuka.

Suasana rumah sama seperti saat aku dilamar tempoh hari.Kosong tiada sebarang perabot. Cepat-cepat aku menuju ke tepi dinding di mana tempat cincin lamaran Mirza ku letakkan. Mujur elok sahaja tersorok di tepi tiang berhampiran sliding door.

Aduhai, memang nasib baik sahaja.Jika hilang, menjadi satu masalah pula untuk aku terangkan pada Mirza.

Elok sahaja aku mahu melangkah menuju lif, aku terdengar ada suara dari dalam bilik utama. Serta merta naik bulu romaku.

Ada penghuni senyap kah yang turut menumpang? Dalam takut, aku memasuki juga bilik tersebut memandangkan pintu sudah sedia terbuka.

Baju-baju lelaki dan perempuan berselerakan di lantai yang sedia kosong. Termasuk pakaian dalam.Ada beg tangan perempuan juga.

Suara lelaki dan perempuan sedang berbual itu dari bilik air rupanya.Aku bersandar di tepi dinding untuk mendengar perbualan mereka.

Hatiku kuat merasakan Mirza di dalam ini memandangkan dia empunya rumah ini.Cuma perempuan itu masih belum dapat ku pastikan siapa.

"Sedih Dhia kalau dia tahu I dah rasmikan this bath tub with you.."kata suara perempuan itu.Aku dengar suara Mirza tergelak selepas itu.

"You janganlah bagitahu.You tak cerita, nobody will knows right.."

Wow..mandi sama-sama di tab mandi.Bisik suara hatiku.Terasa darahku mendidihku saat ini.Perempuan mana yang tahu rumah ini dihadiahkan padaku, pada saat yang sama berdua di dalam bilik mandi dengan lelaki yang melamar aku?

"So bila you nak nikah dengan Dhia? Jangan lupa jemput I. Tak sangka at last you choose that lady, that kampung girl.."

Mirza gelak lagi.

"Dhia lain la Fadh.She very attractive.Sometimes so clumsy and naive..I like her with no limit you know. Lagipun she one of my big planning for Magenta.."

Oh Fadhlina rupanya.Teringat kata Fadh masa kami sarapan bersama beberapa minggu lepas.

"Me and Mirza use each other."

Ini maksudnya use each other.Memuaskan nafsu masing-masing tanpa sebarang matlamat perhubungan serius.

"Oh, untuk modest market right?"suara Fadhlina kedengaran bertanya.

"Yes.Her face so pure and exotic for Malay market.Ramai owner hijab yang nak pakai dia untuk branding.Baik I pegang dulu dia ketat-ketat.."

Aku menarik nafas.Itu rupanya agenda tersirat Mirza di sebalik niatnya untuk menikahi aku.Memang ada beberapa jenama tudung dan pakaian terkemuka merisik untuk menjadikan aku duta mereka. Aku juga ada menyampaikan hasrat pada Mirza untuk bergerak secara solo tanpa Magenta selepas ini.Lebih mudah untuk aku mengembangkan sayap dalam dunia modelling.

"Lepas you kahwin, kita macam mana? You know right I wont survive if I dont get you?"tanya Fadhlina manja. Ada bunyi mendesah pada suaranya.

"Dont worry Fadh.Dhia is my commitment.You are my addiction.It's different..We will be like this as long as you wish.You like a drug.I'll die if I dont get you."

Bunyi air berkocak-kocak kedengaran selepas itu.Entah apalah adegan tayangan 18 tahun ke atas yang berlaku di dalam itu.

Biadap punya Mirza! Belum apa-apa lagi rupanya aku terpaksa berdepan dengan perbuatan curangnya di depan mata.Betullah kata Kak Baiti yang dia ini buaya.Mungkin cerita Farah Hanim bahawa Mirza adalah bapa kepada anaknya juga benar.

Aku menarik nafas. Adegan romantis mereka berdua  ini lebih tragis jika aku masuk dan jadi pelakon tambahan.Mesti akan diingati Mirza sampai bila-bila.

Paling penting, kau sangka kau playboy taraf dewa ya Mirza.Ingat aku boleh kau jadikan alas kaki, perempuan baik yang menangis di hujung katil akibat diduakan suami sendiri.

Mujur Allah gerakkan hati aku pulang ke kampung.Hikmah paling nyata akibat keterujaanku mahu bercerai dengan Wahyu bertukar dengan realiti rupa-rupanya aku sedang ditipu hidup-hidup Mirza Fadhli, si buaya tembaga.

Aku menolak pintu bilik mandi perlahan-lahan.Tak berkunci.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now