57

8.1K 198 3
                                    

"Tak ada apa-apa lah mak.Dhia dengan Abang Wahyu ok aje.Dhia cuma settlekan kerja-kerja Dhia sikit sebelum betul-betul pindah kampung.."kataku menjelaskan kepada emak.

Hal aku dan Wahyu terpaksa ku sembunyikan daripada emak.Tak sanggup untuk membuatkan emak bersedih dan risau lagi.Cukup-cukuplah aku menjadi anak yang membuatkan mak resah selama ini.

"Betul ke tak ada apa?Habis bila nak balik? Hari ini Dhia balik ya..Hari ni penting.Dhia kena bagi sokongan pada Wahyu."

Aku mengangkat kening.Sokongan kerana apakah yang patut aku berikan pada Wahyu hari ini? Ah, lantakla dia.Wahyu ada Iman di sisinya, dia tak perlukan aku lagi.

Aku merebahkan badan ke atas sofa setelah menamatkan perbualan dengan mak.Rancangan realiti Korea "Running Man" ku tonton di channel 393.Sedikit pun tidak menggembirakan hatiku seperti selalu.

Skrin telefon ku lihat buat ke berapa kalinya dalam hari ini.Beratus notification whatsaapp dan missed call daripada Wahyu tidak ku balas. Aku menunggu whatsapp dan panggilan untuk hari ini namun Wahyu senyap sepanjang hari. Walau whatsapnya tidak ku baca, aku tetap berharap dia sentiasa ingat padaku. Aku memang spesies yang pelik.

Bercampur-campur perasaanku.

Ada rasa marah yang tidak hilang lagi tentang video Iman dan Wahyu.

Ada rasa tidak percaya yang mulai tiba, Wahyu lelaki yang baik.Mustahil dia curang padaku.Jika dia mahukan Iman, sudah lama aku diceraikan.Tapi video itu bagaimana pula aku hendak menidakkan?

Ada rasa ragu-ragu.Berkemungkinan apa yang ku lihat itu adalah benar.Wahyu lelaki yang punyai nafsu dan Iman perempuan moden yang tidak kurang menarik.Mustahil dia tidak tewas jika digoda setiap hari.

Paling penting, ada rasa rindu yang asyik berkunjung terhadap suamiku.Rindu genggaman eratnya, rindu ciuman tiba-tibanya, rindu tatapan matanya yang tajam, rindu belaiannya, rindu usikannya yang membuatkan aku malu.Rindu segalanya!

Air mata tumpah lagi.Mataku sembab kerana asyik menangis sepanjang minggu ini.

"Mana ada orang tengok Running Man sedih macam Dhia ni.Terjun lombong director dia kalau tengok penonton menangis macam Dhia ni."

Suara Kak Baiti tiba-tiba menegurku.Entah bila dia pulang ke rumah pun aku tak perasan padahal aku menonton di ruang tamu.

Aku duduk dan mengesat air mata. Kak Baiti menghulurkan botol Mr Potato padaku.Aku membuka penutupnya dan mengunyah perlahan-lahan.

"Bila akak balik?"tanyaku.

"Dah setengah jam dah Dhia.Akak dah siap solat asar dah kat bilik.Teruknya keadaan Dhia ni.Sampai bila Dhia nak jadi zombie ni? Ni dah masuk seminggu Dhia duduk rumah, makan tidur aje.."

Aku menggeleng-gelengkan kepala.Kerepek Mr Potato tetap juga ku ambil perlahan-lahan dan masuk ke mulut.Tak mampu nak melayan pertanyaan Kak Baiti.Biarlah dia membebel seorang diri.Lagipun intipatinya sama sahaja.

"Dhia ni sebenarnya lari dari masalah.Dhia tak nak bagi peluang Wahyu beri penjelasan.Lepas tu Dhia nak menangis gila-gila."

"Penjelasan apa kak? Video tu sah-sah muka dia.Akak nak suruh Dhia kata tu orang lain?"kataku membantah kata-kata Kak Baiti.

"Yelah tu muka Wahyu.Tapi video tu sekejap sangat Dhia.Entah-entah ada cerita lain yang Dhia kena dengar."

"Entahlah kak.Dhia tak nak ambik tahu lagi. Wahyu pun dah tak kisah pun Dhia ni hidup ke mati. Hari ini dia tak hantar bunga pun.."kataku dan terus menonggeng seperti hendak sujud. Mungkin inilah yang dikatakan frust menonggeng.

Sudah enam hari Wahyu mengirimkan sejambak mawar merah padaku.Sekitar jam 10 pagi, ada penghantar bunga akan tiba menghantar sejambak mawar bersama sekeping kad yang ditulis kata-kata cinta.

Hari Pertama : I need you because I love you

Hari Kedua :When I close my eyes I see you, when I open my eyes I miss you.

Hari Ketiga :I miss you my wife Dhia Qaireen.

Hari Keempat :I love you without knowing how, when or where

Hari Kelima :I love you my beautiful wife Dhia Qaireen

Hari Keenam : Loving you gives me strength.

Tapi hari ini aku menunggu sehingga petang, tiada pula penghantar bunga yang menekan loceng pintu rumah.Wahyu juga tidak menghantar whatsaap dan missed call hari ini.

Sudah jemukah dia padaku?

"Tak fahamlah akak Dhia ni.Akak kalau dapat suami hensem, romantik macam Wahyu tu, benda paling last akak nak buat ialah merajuk macam orang gila. Macam yang Dhia buat ni.Akak kepit tangan dia 24 jam, risau perempuan lain ngorat.."bebel Kak Baiti lagi.

Aku terus menonggeng.Walau sakit hati dikatakan gila oleh Kak Baiti, tapi ada betul apa yang dikatakannya itu.

Loceng pintu rumah berbunyi.Kak Baiti membukanya. Cepat-cepat aku bangun dan meninjau.

Bukan flower delivery. Tapi adikku Dhina.Kak Baiti menjemput Dhina masuk.

Aku membetulkan duduk.Rambut ku betulkan agar terurus.Takut Dhina akan bercerita pada emak tentang keadaanku.

"Okay ke kak? Kenapa teruk sangat muka sembap?"Dhina bertanya padaku.Aku menjawab dengan "hmmm" sahaja.

"Adik datang dengan siapa?Kenapa datang?"tanyaku Ada harapan di hati kecilku Wahyu ada di bawah mengajakku pulang.

"Aku datang seorang.Naik uber. Abang suruh kau tengok video ni.."katanya dan menayangkan telefonnya padaku. Aku melihat sekali imbas.Seolah-olah video yang sama seperti video yang mencetuskan pergaduhan antara aku dan Wahyu sebelum ini.Cuma kali ini rakamannya dari pandangan atas.

"Buat apa dia nak suruh aku tengok lagi.Nak suruh aku sakit hati lagi ke?"tanyaku pada Dhina sambil bersandar di sofa. Tanganku silang di dada.

"Tengoklah dulu kak.Ini video full.Yang Iman hantar dekat kau haritu dah edit.Entah siapa yang jadi balaci dia rekod benda tu. Yang ni video dari CCTV hotel.Penat abang mintak dari pihak hotel semata-mata nak bagi kau tengok.."

Aku memandang Dhina tajam.Kak Baiti datang dari dapur membawa air untuk Dhina.

"Kenapa dia tak bagi aku sendiri video ni?"tanyaku.

Kak Baiti menepuk dahinya sendiri.

"Dah Dhia tak baca whatsapp dia, tak angkat call dia, macam mana Dhia nak tahu Wahyu ada hantar video tu atau tak?"marah Kak Baiti padaku.

Aku mengetapkan bibir.Malu sendiri.Betul juga kata Kak Baiti itu.

"Memang pun Kak Baiti.Kak Dhia ni, dia ikut kepala dia aje.Kalau bukan kakak saya, dah lama saya kasi sedas kat muka dia.."sampuk Dhina pula.Aku mencebik.

Dhina menekan butang play.Aku melihat video yang berdurasi 5 minit pula kali ini.

Mula-mula Dhina, Wahyu dan Iman tiba di hadapan lif.Kemudian Dhina bergerak ke tempat lain.

Pada minit keempat, Iman menghampiri Wahyu tiba-tiba dan memeluknya.Tapi Wahyu segera menolak Iman dengan kedua-dua tangan seolah-olah terkejut dengan tindakannya.

Sesaat kemudian, Iman mencium Wahyu pula laju di bibir.Sekali lagi Wahyu menolak Iman laju dan kasar.Iman tertolak ke dinding bersebelahan lif.

Wahyu kelihatan marah pada Iman.Jari telunjuknya dihalakan berulang-ulang kali ke arah Iman.Kemudian dia berlalu.

Minit kelima, Wahyu dan Dhina berjalan semula ke arah lif.Iman tiada di situ.Mungkin sudah naik ke atas.

Aku mengetapkan bibir.Air mataku menyambung semula kerjanya.

"Adik, aku dah tersalah tuduh Wahyu..."kataku pada Dhina dan memegang kedua-dua tangan Dhina.

Giliran Dhina pula menyilangkan tangannya di dada dan merenungku tajam.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now