Assalamualaikum sahabatku dunia akhirat.
Wahyu Hanafi-yang kini bergelar suami
Maafkan aku.Berjuta-juta maaf.Aku sangat sayangkan kau.Tapi cuma sebagai sahabat.Untuk lebih dari tu, aku betul-betul tak mampu.
Tolong tengok mak dan adik aku Dhina.Walaupun kau nak lepaskan aku, tolong jaga diorang. Aku faham jika kau lepaskan aku.
Aku sendiri sedar aku tak layak untuk lelaki yang sangat baik macam kau.
Kau akan jumpa perempuan yang lebih menghargai kau.Sahabat
Dhia QaireenAir mataku meleleh-leleh saat aku menulis surat ini.Ianya memang lahir ikhlas dari hatiku.
Aku sangat sayangkan Wahyu.Aku tak mahu dia hilang dari hidup aku.Tapi aku tak mahu berkongsi dengannya diari sebuah ikatan bernama perkahwinan.
Aku menampal nota tersebut di televisyen.Berharap dia kuat.Berharap dia tidak membenci aku.
Seperti mustahil.
Mulai saat ini aku adalah musuh dalam hidupnya.
Enjin kereta ku hidupkan.Sempat aku melintasi rumah mak untuk meninjau buat kali terakhir mak dan Dhina.
Rumah bertutup.Mungkin mak ke masjid belajar agama atau ke kilang padi meninjau apa yang patut.
Dhina pula ke sekolah.SPM tak lama lagi.
Maafkan Dhia, mak.
Maafkan aku, Dhina.
Lagu Tak Semuanya Indah dari kumpulan seberang Geisha mengiringi perjalananku.
Air mata masih juga seperti tadi.Setia menemani tekad dan rasa bersalah yang berlumba-lumba dalam diri.
Jika kau ingin membenciku tak mengapa
Jika kau ingin mendengarku tak mengapa
Ku telah cuba semua semua ku terima
Tak segalanya indah
Tak segalanya cerah
Tak segalanya mudah
Tak segalanyaKau terluka
Ku terluka
Kau percaya
Ku percaya
Kau bahagia
Ku bahagia
Bertahanlah dengan cinta yang ada
YOU ARE READING
Suami Bukan Pilihan
RomanceDhia Qaireen dilamar oleh jutawan muda industri fesyen Malaysia, Mirza Fadhli. Apa yang dimimpikannya selama ini bagai mimpi jadi nyata. Jadi isteri jutawan. Tapi realitinya tidak semudah itu. Dhia ada rahsia besar. Kisah rekaan semata-mata.Tiada ke...