♡ Lima ♡

7.7K 204 0
                                    

"Aku cop bilik ni.."kataku pada Wahyu.Dia turut sama-sama menjenguk bilik yang ku maksudkan.

Baiknya mak.Rumah serba lengkap diberikan kepada aku dan Wahyu.

Dua bilik.Satu bilik dengan katil  besar dan satu lagi dengan katil bujang.

Aku memilih bilik dengan katil besar.Semuanya dengan tema purple kegemaranku.

"Katil besar untuk suami isteri la.."kata Wahyu tersenyum-senyum memandangku.

"Sorry sikit.Kau jangan nak berangan lebih-lebih ye.Kita takkan sebilik.Sekatil lagi lah tak mungkin.Never.."tegasku.

"One sweet day nanti, in shaa Allah.."katanya, masih mahu mengusikku.

Aku membawa beg masuk ke dalam bilik. Lagi dilayan dia ni lagi seronok dia mengusikku.

Wahyu yang ku sayang sebagai sahabat selama ini semakin berubah.Semakin lembut melayanku sebagai perempuan.

Aku pun tak tahu apa perasaanku.Yang pasti aku rasa tak selesa, itu sahaja.

Pintu ku rapatkan.Apalah yang bakal terjadi selepas ini.Aku masih samar-samar.

"Dhia..keluar jap.."suara Wahyu memanggilku yang hampir terlena di atas katil.

Aku membetulkan baju.Bau makanan dari dapur membangkitkan selera.

Aku menuju dapur.Kelihatan Wahyu sedang menyusun pinggan di atas meja makan.

"Makan jom..dah pukul 3 ni.Karang perut kau masuk angin.."Wahyu menarik kerusi menyuruh aku duduk.

"Kau masak ke?"

"Masaklah.Kalau beli sekali makan dah 20 ringgit.Masak jimat sikit.."

Tak sabar pula rasanya aku hendak mencuba masakan Wahyu. Udang masak lemak cili api dan sambal ikan bilis.Kedua-duanya kegemaranku.

"Sedap tak?"tanyanya sebaik aku mencuba suapan yang pertama.

Aku mengangguk.Sungguh.Memang sedap.Tak sangka aku Wahyu ada bakat terpendam memasak.

"Mana kau belajar masak?"

"Duduk rumah sewa kat universiti itulah kelebihannya.Kena masak sendiri sebab nak jimat duit..Terus belajar masak sekali.."

Aku menganggukkan kepala sahaja sambil terus menyambung suapan.

"Esok aku balik U kejap.Nak kemas barang.Nak settlekan hal habis belajar.."

Aku mendiamkan diri sahaja.

"Kau ada kelas kan..Kalau rasa tak larat lagi, tak payah pergi dulu.Rehat kat rumah.Khamis aku balik.Lepas tu biar aku hantar ambik kau ke kolej.."

Panjang lebar Wahyu memberikan pesanan.

"Tak apalah, selama ni aku sendiri aje.Tak payahlah susah-susah.Kau kan nak mula kerja kat kilang dah.."aku menolak pelawaannya.

"Dulu lain Dhia.Sekarang lain.Dulu kita kawan..sekarang kau tanggungjawab aku.."

"Eleh, tak payah lah beria sangat.."ejekku.

Aku masih tak boleh menerima hakikat perkahwinan ini.

Wahyu pula nampaknya mengambil serius dan dia kelihatan bersungguh-sungguh menjadikan perkahwinan ini bukan sekadar hajat arwah ayah.

"Wahyu.."

"Emmm..."

"Perluke kita teruskan lagi? Ayah dah tak ada.."akhirnya terkeluar juga ayat yang lama ku simpan sejak ayah meninggal dunia seminggu yang lalu.

Wahyu menatap wajahku lama. Dia tidak menjawab dan terus makan.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now