♡ Enam Belas ♡

5.8K 152 1
                                    

Pagi Sabtu yang tenang, sejak awal pagi lagi aku sudah bersedia di butik untuk photoshoot koleksi terbaru Magenta.

Kata Kak Fatin, koleksi ini disasarkan untuk pasaran Indonesia dan Brunei.

"Beruntunglah Dhia.Masuk-masuk kerja terus jadi model International.."usik Kak Baiti.

Aku tergelak besar.Sebenarnya aku masih samar-samar dengan jenama Magenta.

Sebelum ini aku tak pernah mendengar pakaian jenama ini, tetapi sejak aku bermula kerja di sini, jenama ini rupa-rupanya sangat gah. Pasarannya bukan sekadar Malaysia dan Singapura sahaja, malahan sehingga Asia Barat.

"Customer Magenta ni limited Dhia tapi mana-mana ada.Sebab tu mahal.Setiap design pun tak banyak yang kita produce.Tak lebih 50 pasang.."terang Kak Baiti.

"Yelah, mengamuk pula mak-mak Datin tu tiba-tiba ada orang pakai baju sama dengan dia bila pergi event besar."tambahku pula sambil tergelak kecil.

Aku membelek wajah di cermin selepas disolek.Lain sungguh.

Walaupun nampak cantik dan memukau apabila disolek, aku kurang suka sebenarnya. Kulitku yang sensitif mudah naik jerawat apabila kerap disolek tebal.

Sebab itu apabila selesai sahaja photoshoot, aku akan segera membersihkan wajah untuk membiarkan rongga-rongga di kulit wajahku kembali bernafas bebas.

"Dhia..."suara lelaki memanggilku dari belakang.Mirza rupanya.

"Ya.."kataku sambil berdiri menghadapnya. Rasa biadap pula bercakap dengan boss jika membelakanginya.

"Malam ni free?"tanyanya.

Kak Baiti dan Kak Fatin masing-masing berpandangan dan terus berlalu meninggalkan aku dan Mirza sahaja.

"Habis photoshoot ni I balik rumah ajelah.Tak tahulah kot Kak Baiti nak ajak I jalan-jalan.."terangku tentang aktiviti petang ini.

Duniaku hanya Kak Baiti sahaja buat masa ini.Kalau dia duduk di rumah, aku pun di rumah.

"Emm..tak payahlah jalan-jalan dengan Baiti tu.You jalan-jalan dengan I okay.I tunggu you dekat parking rumah you pukul 8."kata Mirza menetapkan.

Aku membuat memek muka pelik.Amboi, senang aje buat keputusan kan.

"Okay.."kataku sepatah bersetuju.

Walaupun diberi amaran oleh Kak Baiti supaya berhati-hati dengan Mirza, aku tidak mampu menolak ajakannya.

Tertanya-tanya restoran mewah manalah yang hendak dibawanya aku kali ini?

"I ada belikan you 2-3 pasang blouse. Tak tahulah you suka ke tak? Ada dekat meja Baiti.I tag your name at the bag.."

"Wah, siap belanja baju lagi.Birthday I lambat lagi la Mirza..."kataku malu-malu.

Tak sangka akan mendapat hadiah lagi hari ini.Apa maksud Mirza kali ini?

Hari itu bertujuan untuk membantunya menjadi pelakon tambahan.Kali ini untuk apa pula?

"Tak apalah..I saja suka nak bagi you nampak cantik..."kata Mirza menggoda.

Aku menarik nafas.Fuh, ini dah lain macam.

"Jangan lupa pakai yang colour black ok for tonight.."pesan Mirza lagi sebelum berlalu.

Aku memandangnya dari belakang.

Mirza Fadhli.

Adakah ini peluang untuk aku mencapai angan-angan?

Atau sebenarnya ancaman yang harus aku elakkan?

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now