60

15.3K 298 11
                                    

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik persalinan itu, Wahyu memalingkan tubuhnya ke arah cermin.Dia terus mengeluarkan telefon dari sut yang dipakainya.

"Abang.."aku memanggilnya yang sedang ralit melihat telefon.

"Hmm.."dia menyahut sepatah.Sedihnya aku bila dilayan begini.Mana pergi suamiku yang romantik?

"Kenapa abang tak pakai baju melayu? Kata nak nikah.."tanyaku.

"Saja.Dulu masa dengan Dhia, abang dah pakai baju melayu.."jawabnya pendek.

Aku sedih.Rasa nak lari jauh-jauh dari situ.Betullah dia hendak bernikah lagi satu.Dia tak menafikan langsung soalanku. Akalku memberi arahan agar lari tapi tanganku bertindak sebaliknya.

Aku memeluk rapat-rapat tubuhnya dari belakang.Kepalaku sandarkan ke tubuhnya sehingga degup jantungnya kedengaran olehku.Haruman tubuhnya aku sangat rindukan sepanjang seminggu ini.

"Abang....."aku tak mampu menahan tangisan.

"Sayang..tak naklah nangis..."pujuk Wahyu.Aku tak peduli, habis basah belakangnya dek air mataku.

"Abang nak nikah dengan siapa?"tanyaku.

"Entahlah Dhia.Kawan Muzaffar..."jawabnya.Kritikal sangatkah bencinya padaku hingga sanggup menikahi entah sesiapa?

"Abang kata tak ada siapa boleh cabar tempat Dhia...kenapa abang boleh terfikir nak nikah lagi satu..."kataku tersangkut-sangkut.

"Abang penatlah sayang.."

"Penat apa?"tanyaku semula.

"Penat nak ikut rentak Dhia.Abang nak hidup dengan Dhia sampai abang tua.Tapi kalau Dhia asyik ikut kepala Dhia, abang tak mampu.Dhia kata Dhia percaya abang.Tapi bila ujian datang sedikit, Dhia terus sebut bab cerai.Abang ni tak ada apa-apa nilai sebenarnya dalam hati Dhia."jelas Wahyu.Ketara dia berkecil hati denganku.

Aku menguatkan lagi pelukan.Aku mahu Wahyu tahu dia sangat berharga untukku.

"Abang..Dhia minta maaf.Dhia janji akan berubah. Dhia tak akan sebut lagi perkataan cerai lepas ni. Dhia sayang abang sangat.Dhia akan jadi isteri yang baik.Tak akan lari dari rumah lagi.Abang tolong jangan nikah lagi."laju mulutku menabur janji dan merayu.

Ini janji yang akan aku kotakan.Aku tak mahu kehilangan lelaki yang aku cintai.

"Dah terlambat la sayang.Macam mana nak batalkan saat-saat akhir?"tanyanya.

Aku tak terkata lagi.Hanya mampu membalas dengan pelukan dan air mata.

"Bro, jom.Dah ready semua..."Muzaffar tiba-tiba membuka pintu. Aku melepaskan pelukan.

"Haah jom Bang Wahyu, kak.Tok kadi, pengantin semua dah ada.."Dhina pula menjenguk.

Dhina, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau dik.Kau pengkhianat paling teruk di muka bumi.Sakit hatiku melihat Dhina tersengih-sengih.

"Jom sayang.Temankan abang.."ajak Wahyu.Aku menggelengkan kepala.Kenapa semua orang bagai tak peduli perasaanku ketika ini?

"Jomlah, abang nak Dhia ada sekali.."ajaknya lagi.Aku menarik nafas.

Fine.Kalau itu yang kau mahukan.Fine.Kalau itu yang buat kau puas hati.

Wahyu menggenggam tanganku seperti yang biasa dilakukannya.Aku tunduk sahaja.Malu hendak memandang mata-mata tetamu yang datang.Tidak pernah dibuat orang, isteri pertama menemankan suaminya untuk bernikah lagi satu.

Kami berjalan sehingga di muka pintu dewan. Wahyu memegang daguku.Kepalaku didongakkan.Tangannya membetulkan tudungku.

"Tak naklah sedih macam ni.."katanya.Aku terus mengalirkan air mata. Sedih melihat diri sendiri diperbodohkan begini.

Wahyu memimpin tanganku masuk ke dalam dewan.Bunyi kompang dipalu membuatkan aku terpinga-pinga.Wahyu terus menarik tanganku sehingga ke tengah dewan. Hampir seratus mata tertumpu ke arah kami.

Aku mencari-cari di mana pengantin perempuan yang sepatutnya dikahwini suamiku.

"Kenapa ada kompang pulak?Bukan ke abang nak nikah hari ini?"tanyaku.Wahyu tersenyum lebar mendengar soalanku.

Dhina dan Muzaffar gelak besar di belakang.Aku menoleh.Masih tak faham apa lagi yang berlaku.

"Kesian sayang abang kena tipu hari ini..."kata Wahyu sambil menarik hidungku.Aku terdiam.

"Ketibaan pemilik Wahreen Resort, Encik Wahyu Hanafi bin Waliuddin dan Puan Dhia Qaireen, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan."

Pengumuman  daripada pengacara majlis menyebabkan aku terus tersedar.

Serta-merta aku terpandang tulisan besar di pentas.

"Majlis Perasmian Wahreen Resort oleh Adun Kuala Selangor"

Tak guna! Aku memukul lengan Wahyu kuat.Dhina dan Muzaffar sudah bergerak jauh dari kami. Wahyu tergelak dan memegang tanganku kuat-kuat.

"Jom duduk.Malu orang tengok.."katanya.Genggaman tanganku dibawa ke bibirnya.

Aku mengetapkan bibir. Siap semuanya yang bersubahat mengenakan aku hari ini.Dhina, Muzaffar, Kak Baiti dan Abang Daim. Kak Baiti dari kejauhan aku melihat dia tersenyum lebar.

"Jadi abang tak nikah lagi satu lah hari ni?" tanyaku perlahan.Mak, ummi dan abah memerhatikan sahaja gelagat kami yang serba tidak kena dari tadi.

"Abang nikah.Nikah dengan resort ni.So Dhia kena bermadu dengan kerja abang la lepas ni.."jawab Wahyu berbisik juga.

"Ni ke bisnes baru abang ? Bisnes petai tu?"tanyaku semula.

Wahyu tergelak besar kali ini.Dia mengusap-ngusap lenganku.

"Itu abang tipu ajelah.Macam mana Dhia boleh percaya?Tapi kalau Dhia nak, abang boleh bukakan gerai jual petai kat depan sana.Dhia handle ."

Aku membulatkan mata.Jahatnya dia ni.Atau aku yang keterlaluan lurus bendul?

Dalam kesibukan semua acara yang berlangsung hari ini, mataku hanya menatap Wahyu di sisi. Mataku mengekori gerakannya ke mana-mana.

Kami berjalan mengiringi YB Adun ke keretanya selepas majlis berakhir. Wahyu berbual-bual dengan YB sementara aku memerhatikan sahaja.

"Jom.."ajak Wahyu padaku bila kereta YB berlalu pergi.Dia menarik tanganku ke kawasan yang tiada orang.

"Ke mana?Ramai orang tak balik lagi?"

"Kita rasmi bilik dulu.."katanya nakal. Tangannya memeluk pinggangku.

Aku malas hendak menjawab katanya itu.Aku mahu mengungkapkan apa yang ada di hatiku terlebih dahulu.

"Dhia sayang abang.."kataku.Dia tersenyum.

"Dhia sayang sangat abang.."kataku lagi.

"Tahu..Abang pun sayang Dhia.Resort ni bukti sayang abang pada Dhia.Abang bukan jutawan macam yang Dhia nak..tapi abang akan kerja kuat untuk bahagiakan Dhia.."jelasnya.

Aku mengangguk. Tanganku pula melingkar di pinggangnya.

"Abang bukan suami pilihan Dhia tapi abang akan jadi yang terbaik untuk Dhia.."

Aku mencium bibirnya.Tak mahu dia meneruskan lagi kata-kata.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now