♡ Tujuh Belas ♡

5.7K 165 2
                                    

Selesai sessi photoshoot, aku membersihkan kembali wajah di bilik air.

Penat.Terliang liuk di hadapan kamera dan senyum tanpa henti.

Tapi tak mengapa, pulangan agak lumayan. Hasil bayaran sekali photoshoot untuk menjadi model Magenta hampir menyamai gajiku menjadi pembantu butik.

Ada sekali aku menerima tawaran untuk menjadi model jenama tudung.

Tapi memikirkan yang aku sudah menandatangani kontrak setahun untuk Magenta, terpaksa ku tolak dengan baik tawaran tersebut.

Lagipun aku juga tidak bertudung dengan baik. Kadang-kadang bertudung, kadang-kadang togel.

Ada sesekali terkenang arwah ayah yang selalu menegur perangaiku yang satu ini..

"Selagi belum kahwin, dosa tak bertudung ni ayah sama-sama tanggung untuk Dhia tau, nanti dah kahwin, suami pulak."

"Jangan ambil suami yang banyak dosa, nanti dengan dosa Dhia pulak dia nak tanggung, malanglah suami Dhia.."lembut sahaja ayah menegurku dalam gurauannya yang berkias.

Suami..

Terus terkenang pula pada Wahyu Hanafi.Ada rindu yang sukar hendak ku perinci.

Bila berdiri di sisinya, aku hanya di paras bahu.Bila bergurau denganku dia suka menarik rambutku perlahan..

"Biar botak aku tarik rambut kau, susah sangat nak bertudung kan?"perlinya selalu.

Peliknya aku susah hendak berasa hati dengannya.Mungkin disebabkan selalu berdua sejak kecil, kami menerima seadanya satu sama lain.

"Dhia, ada orang cari Dhia kat luar.."Kak Fatin memanggilku dari luar tandas.

Aku keluar dari tandas.Baju ketika shoot terakhir tadi sudah ku gantikan dengan seluar jeans dan kemeja longgar.

"Siapa Kak Fatin..?"tanyaku sambil membetulkan ikatan rambut.

"Entahlah Dhia.Handsome jugak.Peminat kot.?Maklumlah awak kan dah masuk 3 majalah terus last month.."usik Kak Fatin.

Handsome? Siapa agaknya? Berderau laju jantungku membayangkan wajah yang baru ku terkenangkan sebentar tadi.

Terasa longgar lututku apabila melihat susuk tubuh yang ku kenali membelakangiku dan sedang berdiri di luar butik. Tetapi kakiku perlahan-lahan juga melangkah menghampirinya.

"Assalamualaikum..Wahyu.."

Wahyu menoleh memandangku.Tiada senyuman di wajah kacaknya untukku kali ini.

"Waalaikumussalam, boleh keluar minum kejap..?"tanyanya.

Aku mengangguk perlahan.Telefon bimbit di dalam poket seluar ku capai untuk menelefon Kak Fatin.

"Kak Fatin, Dhia keluar minum dengan kawan sekejap ya..Tolong beritahu Kak Baiti tunggu Dhia sekejap kalau nak balik.."

"Okay Dhia.kerja Dhia pun dah settle hari ni, pergilah.."jawab Kak Fatin.

Aku mengekori Wahyu menuju ke kafe berhampiran butik Magenta.

Kami duduk berhadapan.Dia memesan dua gelas jus oren.Tanpa bertanyakan aku terlebih dahulu.

Ok.Ini bukan Wahyu yang aku kenal.Biasanya aku yang akan memesan makanan dan dia hanya menurut.

Wahyu mendiamkan diri sahaja.Matanya dihalakan ke kaca tv.Aku pula yang ralit meneliti setiap inci wajahnya yang bersih.

Itulah Dhia.Bila dekat kau tolak dia.Bila dia marah macam ni, tahu pula kau takut.

"Mak dan Dhina sihat?" tanyaku membuka ruang sunyi di antara kami berdua.

Wahyu mengalihkan pandangannya ke arahku.Tajam menusuk ke paru-paru.

"Ingat pulak kau pada mak dan adik kau? Aku ingat kau dah seronok sangat masuk majalah dah lupa yang mak kau hidup lagi.."

Nyatalah sangkaanku meleset.Aku masih mampu dijejaki walaupun wajahku disolek tebal dan dipaparkan di majalah yang bukan dalam Bahasa Melayu.

Aku mengetapkan bibir.Sungguh aku sedih dengan tuduhannya ini.Tak pernah sekali pun aku lupa pada mak.

Tapi aku tak mampu menjawab kata-kata Wahyu.Aku tak mampu kerana ini memang nyata salahku.

"Dahlah Dhia, jangan nak buat-buat sedih.Aku datang sini bukan nak tengok muka seposen kau.."

"Ni buku ASB kau.Kalau tak ada duit boleh keluarkan.Aku bank in tiap-tiap bulan.."

Wahyu menghulurkan buku ASB milikku. Aku membelek cetakan di dalamnya.

Kalaulah dia tahu aku kini tak memerlukan lagi pertolongannya untuk wang.Dengan bergaya di hadapan kamera sahaja, aku mampu mengecapi kemewahan dengan mudah.

"Wahyu, tak payahlah.Aku dah kerja sekarang.."kataku menolak.

Aku takut hendak menghadapi amarah Wahyu kali ini.Dia tak pernah meninggikan suara di hadapanku.Tetapi kali ini tatapan matanya sahaja sudah cukup membuatkan aku kecut.Dia tidak memandang aku dengan redup seperti biasa.

"Aku tahu. Aku tak pernah lupa kau dah kerja sekarang.Tapi aku lagi tak lupa kau isteri aku.Selagi aku tak mati, selagi tu aku akan bagi nafkah untuk kau.."

Kata-kata itu membuatkan aku terasa hendak masuk ke bawah meja.Kenyataan yang sangat pahit untuk aku telan.

Wahyu menyedut jus orennya dan bangun.

"Bila kau dah puas cari jutawan dekat sini, balik kampung. Aku tunggu kau.."tegas sekali pesanan akhirnya.

Wahyu berlalu meninggalkan aku yang perlahan-lahan menyeka linangan air mata.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now