55

8K 192 7
                                    

Selesai urusan check out dari hotel, Wahyu mengajakku berjalan-jalan di KLCC. Kami makan tengahari dan seterusnya dia membelikan aku beberapa helai pakaian.

Selepas solat asar di Masjid KLCC, kami duduk di kerusi yang diletakkan di taman berhadapan masjid.

"Ingat tak dulu, abang pernah janji nak bawa Dhia jalan-jalan dekat KLCC?"tanyanya.

"Bila tu?"aku buat-buat bertanya sedang detik itu tersemadi kemas dalam memoriku.Sehari sebelum pernikahan kami dan dua hari sebelum pemergian arwah ayah buat selama-lamanya.

"Masa dekat tali air 4 tahun lepas.Masa tu abang tengah memancing. Lepas tu Dhina datang,ajak kita balik.Sampai kat rumah, arwah ayah suruh kita nikah.."

Aku tersenyum.Kepalaku sandarkan ke bahunya.

"Abang ingat?"tanyaku.

Tak sangka dia juga sama, masih mengingati dengan jelas kenangan itu.Yang suatu ketika dahulu sangat menyakitkan hatiku.

"Mestilah ingat.Itu detik paling mahal dalam hidup abang.."akuinya.Tanganku diramas-ramasnya seperti biasa.

"Terima kasih bang terima permintaan arwah ayah tu.Kalau abang kata TAK masa tu, mesti kita tak duduk berdua macam hari ini.."ucapku tulus dari hati.

Jika dulu habis Wahyu ku hamburkan sumpah seranah kerana setuju menikahiku, hari ini aku bersyukur.

"Cerita pasal duduk berdua.Cuba tengok dekat sana.."

Wahyu menunjukkan ke arah pengawal keselamatan yang menegur pasangan sedang duduk berdua-duaan. Aku secara spontan terus bangun.

"Jomlah balik.Malu nanti kalau kena sound.."

"Tak apa.Abang ada bawa kad nikah.. "jawabnya tapi tetap bangun juga. Kami berlalu dari situ dan menuju ke kawasan parkir.

*************

Aku sedang asyik mendengar Wahyu bercerita tentang hal-hal syarikat apabila telefonku berbunyi petanda ada pesanan Whatsapp masuk. Kami dalam perjalanan dari KLCC ke rumah sewaku di Damansara.

Aku membuka whatsapp tersebut. Ada video dari penghantar yang tak dikenali.Laju pula jemariku menekan butang Play.

Patah hatiku ketika ini.Mataku merenung Wahyu di sisi yang sedang laju berceloteh.Nampak dia kelihatan gembira sekali.

Dalam video tak sampai 30 saat di tanganku ini, Iman menghampiri Wahyu, memeluknya dan mereka berciuman.Suasana seperti berhadapan dengan lif, seolah-olah sedang menunggu pintu lif terbuka.

Terus aku kehilangan fokus.Pandangan ku halakan ke luar. Hatiku terlalu sakit ketika ini.Laju sahaja air mataku  mengalir.Bukan mengalir lagi tapi mencurah-curah.

Cuma esakan sahaja ku tahan  agar tidak terkeluar dari bibir, tak mahu disedari oleh Wahyu.

Peritnya hatiku ketika ini. Bagai pisau tajam bertubi-tubi menusuk dada.Episod demi episod aku ditipu minggu ini. Mirza dan hari ini suamiku saat hatiku sudah jatuh kasih tidak berbelah bahagi kepadanya.

"Dhia kenapa ni?"

Kereta Mazda CX5 miliknya tiba di kawasan parkir apartment tempat aku menyewa.Aku tak perlu bertanya bagaimana dia tahu di mana aku tinggal.Aku rasa semua rahsiaku sepanjang aku tinggal di Kuala Lumpur ini ada di dalam koceknya.

"Kenapa ni?"tanya Wahyu lagi, tangannya menarik tubuhku agar berpaling menghadapnya.

Aku menyerahkan telefonku padanya.Biar dia melihat sendiri kezaliman yang dia lakukan padaku.

"Ya Allah, apa benda ni?Dhia, benda ni tak betul..."katanya.Badanku ditarik lagi.

Sakit ditarik, aku memandangnya.Mataku berkaca memandangnya.

"Dhia, benda tu tak betul.."

"Tak betul apa nya bang...Dah sah-sah itu abang..Perempuan tu Iman..abang nak kata apa lagi.."balasku dalam tangis yang masih belum mahu reda.

Wahyu memegang kedua-dua bahuku.Aku menolaknya kasar.

"Dahlah bang.Abang pun sama tak guna macam lelaki lain. Belakang Dhia entah apa-apa benda abang buat.Kata Dhia first love la apa la.Rupa-rupanya abang memang ada affair dengan Iman..Penipu!!"

Kali ini aku berjaya menjerit meluahkan apa yang ada dalam hatiku.Terhambur semua kesakitan yang ada di dalam diriku.

"Dhia, percayalah cakap abang..Abang tak tahu macam mana boleh jadi macam tu pulak..."Wahyu merayu.

Tangannya masih cuba memegang tubuhku, mencapai tanganku namun semua ku tepis kasar.

"Dhia tak nak balik kampung hari ini.Abang balik dulu..Nanti Dhia balik sendiri.."kataku. Tali pinggang kaledar ku buka.

"Janganlah macam tu sayang.Kita dah janji nak hidup sekali.Kesian dekat mak, kesian dekat Dhina.."pujuknya.

Aku tersenyum sinis.

"Abang jangan nak babitkan keluarga Dhia dalam hal ni.Ini hal kita.Dhia akan balik kampung jugak, tapi bukan hari ini.Bukan dengan abang.Abang boleh pergi cari Iman, pergi bercium sampai habis oksigen.."sumpahku laju.

Wahyu menarik tanganku.Aku cuba melepaskan tapi tak berjaya.

"Ok, Dhia naik atas dulu.Tenangkan diri.Rasanya kalau abang cakap apa lagi pun Dhia tak nak dengar sekarang. Petang esok abang datang ambil Dhia."kata Wahyu lembut.

"Tak nak.Tak faham ke? Kalau Dhia balik, Dhia balik sendiri.Tak payah susah-susah nak ambil Dhia.Dhia tahu bila nak balik. Abang pergi berkepit dengan Iman tu.."

"Dhia isteri abang.Apa keadaan sekali pun abang akan bawa Dhia balik."tegas Wahyu tak mahu beralah.

"Dahlah.Tak payah nak guna kuasa veto sangat.Nanti Dhia naik mahkamah, tuntut cerai.Patut benda tu dah settle lama."jawabku.

Wahyu terus mencium bibirku.Kasar kali ini.Aku cuba menolak tapi dia tetap memaksa hingga akhirnya aku merelakan.

Lama baru dia melepaskan.Aku mengelap bibir dan memandangnya tajam.Geram dengan diriku sendiri juga kerana tak cukup kuat untuk menolak ciumannya.

"Kenapa suka sangat sebut benda tu? Gaduh sikit nak cerai.Dhia tak kesian dekat abang ke?Memang tak ada langsung ke rasa sayang Dhia dekat abang? Abang sayang sangat dekat Dhia.Kenapa Dhia nak tinggalkan abang?"

Aku melihat ada air mata yang menitis di pipi Wahyu.Pertama kali seumur hidup aku melihat dia menangis.

Aku terus keluar dari kereta. Wahyu juga keluar dari sebelah sana.

"Dhia..!"

Aku menoleh.Rupa-rupanya Kak Baiti dan Abang Daim ada di situ.Adakah mereka jadi penonton aku dan Wahyu bercumbu sebentar tadi?

"Kak..Abang Daim.Dhia naik dulu."tegurku sepatah dan terus berlalu.Aku perasan Wahyu menghampiri mereka.

Entah apa lah yang dibualkannya itu?Dasar lelaki hipokrit.




Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now